1.Akhir-akhir ini berlaku banyak kes serangan 'stroke' di tempat kerja, senang cakap ia berlaku di tempat kerja,untuk mengelakkan majikan dan pekerja pening sama ada boleh claim atau tidak maka mai la aku nak habaq sikit la berkenaan tuntutan perkeso melibatkan serangan 'stroke' di tempat kerja ni.Untuk makluman jika berlaku serangan 'stroke' di tempat kerja ia bukannya satu kejadian 'kemalangan' semasa bekerja mengikut istilah 'kemalangan' dalam Akta Keselamatan social pekerja 1969(AKSP 1969), sebabnya ia melibatkan serangan penyakit dan bukannya 'kemalangan' semasa bekerja..kemalangan contohnya terpijak paku di tempat kerja..kejadian terpijak paku adalah kemalangan,jatuh dari kerusi ditempat kerja ia kemalangan,kena pisau di tempat kerja ia adalah kemalangan bla bla bla..BEZA di sini adalah serangan 'stroke' adalah 'penyakit'/'serangan penyakit' dan bukannya kemalangan..aku faham mungkin ada yang pening hehehe..oleh yang demikian jika berlaku serangan 'stroke' di tempat kerja adalah kurang tepat untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso terutamanya dengan mengisi borang 21(laporan kemalangan),tapi kalau nak cuba tiada masalah tiada sesiapa yang menghalang hehehe aku cuma bagi pendapat dari pengalaman aku saje..itu pandangan peribadi aku la hehehe ni bukan pandangan jabatan tauuuu takut wooooo nanti hangpa salah faham kikiki..sekadar pandangan peribadi..ada tuntutan yang lebih betul dan lebih afdal dan cerah peluangla berbanding tuntutan kemalangan jika melibatkan serangan stroke yang teruk..senang cakap banyak kes tuntutan stroke semasa bekerja di tolak sebab ia bukan kemalangan(SEKALI LAGI AKU HABAQ INI ADALAH PANDANGAN BERDASARKAN PENGALAMAN AKU)
2.NAMUN untuk serangan 'stroke' yang teruk yang menyebabkan lumpuh sepenuhnya saya nak bagi nasihat yang penting...sila rujuk ke pejabat perkeso terdekat dengan membawa salinan Kad Pengenalan yang orang kena serangan 'stroke' itu dan buat semakan di pejabat perkeso terdekat untuk MENYEMAK KELAYAKAN CARUMAN PERMOHONAN PENCEN ILAT..ini kerana seandainya di serang 'stroke' yang teruk sehingga lumpuh sepenuhnya maka PELUANG ADALAH CERAH untuk mendapat PENCEN ILAT dari pihak perkeso dari membuat tuntutan kemalangan yang biasanya 'akan'di tolak kerna ia bukan 'kemalangan'. OK geng macam aku bagitahu tadi langkah awal sila ke pejabat perkeso terdekat buat semakan kelayakan dari segi caruman dahulu bila layak dari segi caruman pastikan UMUR BELUM CAPAI 60 TAHUN!bila kedua syarat itu di penuhi maka ambil lah borang TUNTUTAN PENCEN ILAT di pejabat perkeso tersebut dan isilah borang tersebut beserta Laporan Perubatan dan bila Laporan Perubatan siap maka hantarlah ke pejabat perkeso...mcm biasalah lepas tu tunggu kita akan rujuk pesakit ke JEMAAH DOKTOR(JD) pihak Jemaah Doktor akan membuat pemerikasaan dan akan memutuskan seseorang itu di sahkan Ilat atau sebaliknya..jika di sahkan ILat pesakit 'stroke' yang lumpuh itu akan diberi PENCEN bulanan sepanjang hidupnya..InshaAllah!!!ayuh bantu kawan2 yang tak tahu tentang ini!!!
3.Ohhhh ya kalau dah ada yang telah 'terbuat' tuntutan kemalangan akibat serangan 'stroke'di tempat kerja dengan menghantar Borang 21 dan kes tuntutan di tolak maka aku sarankan jika 'stroke' itu menyebabkan berlaku kelumpuhan yang menyebabkan pekerja tidak boleh bergerak atau lumpuh maka sila lah mohon tuntutan pencen ilat!!!ayuhhhh mohon TAPI DENGAN SYARAT CUKUP KELAYAKAN DARI SEGI CARUMAN DAN UMUR TIDAK LEBIH 60 TAHUN!!!
4.Sekadar itu sahaja nak aku kongsikan hari ni..sebab banyak la ni yang kena serangan stroke...bantulah mereka2 yang tidak tahu ini agar ia mendapat HAK HAK mereka..aku hanya dapat membantu berkongsi maklumat begini sahaja lah..ilmu aku ni tak banyak tapi boleh la untuk dikongsikan..kalau tersalah maafla aku hehehe..INI sekadar Pandangan PERIBADI bukan nak NASIHAT atau bagi JALAN YANG TAK BETUL hahaha.
info yang bagus.. terima kasih
BalasPadam