Rabu, 26 Oktober 2016

Jatuh Bumbung dirumah Pelanggan Ketika Pasang Piring Astro@Claim Socso/Perkeso

1.Semalam aku ke Desa Wawasan rumah PPRT kampung Pianggu Rompin beb..haha kawasan Rompin pun adakalanya masuk dalam kawasan aku jugak tu..haha jauh la jugak..kes ini terpaksa ke rumah pekerja sebab kakinya patah..tak leh jalan dan tiada siapa nak hantar ke tempat majikan untuk jumpa aku..takpa la kita faham dia susah tak jadi masalah.. jauh mana pun aku leh pi no problem..itu dah kerja kita..lagipun kasian kat dia..bukan orang senang..mudah mudahan bantuan perkeso ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban seketika beliau dalam cuti sakit ni..
2.Sebabkan tak pernah masuk ke perumahan PPRT kampung Pianggu ni maka bab2 sesat dan berputar2 tu biasala hahahaha..dah tak pelik kalau aku sesat cari rumah2 orang ni hahaha..pekerja ni jatuh ketika sedang memasang piring astro di rumah pelanggan..jatuh dari bumbung nasib baik kaki jatuh dulu so kaki la yang patah..kalau jatuh kepala dulu dan kalau kepala yang patah habis la jawabnya hehe..kes macam ni dikatagorikan sebagai kes kemalangan semasa bekerja senang sangat majikan untuk lapor kepada perkeso jangan tunggu lama2 beb dapat aje cuti sakit/mc 4 hari terusla hantar kat perkeso/socso dan majikan tak perlu buat laporan polis untuk claim socso/perkeso dalam keadaan kes kemalangan semasa bekerja ni..jatuh bumbung buat lapor polis buat apa hahaha..apa yang penting isi borang tuntutan macam biasa, lampirkan slip gaji 6 bulan sebelum bulan kemalangan,dan bukti kerja luar seperti invois atau apa saja lah..dalam kes ini invois pemasan piring astro tu lah hahaha..senangkan tak susah pun!!!
3.Ok la geng hehehe kadang2 kerja2 luar ni seronok juga..bukan apa..selain ia adalah tanggungjawab hakiki kita pada masa sama kadang2 bila kita jumpa orang yang berbeza dengan kes yang berbeza pada setiap hari banyak memberi pengajaran dan keinsafan..hehe aku kadang2 gelak jugak banyak yang patah kaki dan tangan akan conteng kat simen balut patah macam bro ni buat kah kah kah kah nak aje aku cop perkeso ka situ nanti takut di viral plak wakakakakakakka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan