1.Hehehe dua hari lepas aku siasat satu kes melibatkan tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso sakit triger fingger..sakit ni memang betul lah dianya berpunca dari kerja yang SECARA BERULANG-ULANG pada setiap hari, senang cakap hari2 kerja 8 jam tu asyik dok gosok besi aje kerjanya hahaha tu sebagai contohla dan melibatkan kuantiti ratusan besi yang perlu digosok dan lama kelamaan telah menyebabkan si penuntut mendapat bahana sakit triger fingger pada beberapa jari tangan beliau..sakit triger fingger ni sakit wooo hahaha..silap2 kena buat pembedahan wooo..hanya mereka yang mengalaminya akan tahu sakit macam mana hahaha..
2.Kalau hangpa bekerja teruk dengan mengunakan tangan pada setiap hari dan lama2 mendapat penyakit ini di sebabkan kerja maka boleh lah buat tuntutan degan perkeso di bawah tuntutan Penyakit Khidmat.Caranya amat mudah geng..hangpa pi pejabat Perkeso dan minta borang tuntutan Penyakit Khidmat dan pastu beli lah Laporan Perubatan di Hospital yang hangpa pi untuk merawat sakit tu...bila dah dapat laporan Perubatan maka isilah borang tuntutan Penyakit Khidmat tu dan kemudian hantarlah ke pejabat Perkeso..perkeso akan hantar pegawai untuk mengambil pernyataan hangpa dan kalau betul ianya berpunca dari kerja seharian hangpa menyebabkan sakit triger fingger maka sudah pasti hangpa akan di rujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) pihak Jemaah Doktor Khas inilah yang akan tentukan secara MUKTAMAD hangpa disahkan dapat tuntutan perkeso atau tidak..Jemaah Doktor Khas inilah yang akan putuskan sakit yang hangpa hidapi itu berpunca dari kerja atau sebab yang lain hehehe kalau sebab yang lain jadi punca sakit itu maka tak dapatlah bayaran dari perkeso..
Ok lah geng..cukup setakat tu lah hahaha sebenarnya ini kali kedua bab triger fingger aku habaq kat sini..selain sakit carpatunel sindrom tempoh hari kalau tak silap lah..tapi takpa akan sentiasa aku ulang dan ulang sebab aku yakin hangpa tak kan tahu bab2 tuntutan perkeso ni hahahahaha..inilah ruang aku nak cari sedikit pahala beb hahaha..yang dah jemu baca tu dan yang dah tahu sampai2 kan lah pada yang tak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan