Rabu, 30 November 2016

bulan kualiti dan inovasi Perkeso peringkat Perkeso Kluang 2016

1.Hehehe hari ni diadakan majlis sambutan bulan kualiti dan inovasi Perkeso peringkat pejabat Perkeso bagi daerah Kluang kikiki macam biasala tiap2 tahun ada buat majlis ni..dimulakan dengan bacaan perutusan Dato Ketua Eksekutif Perkeso bla bla bla pastu lafaz ikrar bla bla bla hahaha..bahawasanya kami bla bla bla hahaha..majlis sebegini menambahkan lagi semangat kami untuk membantu pencarum2 kami hahaha..tambah2 lagi bila pencarum kami dilanda musibah kemalangan hehehe..lani dah tak ada kes2 yang lewat di proses geng..sekarangs emua kes tuntutan/claim socsoi laju aje dapat KECUALI jika kes2 itu bermasalah seperti tidak lengkap dokumen dan penuntut sendiri yang sukar memberi kerjasama haha yang tu tak leh buat apa la..
2.Hari ni jugak sambil2 buat sambutan bulan kualiti dan inovasi ada jugak dibuat acara sisipan, hahahaha sambutan hari lahir staf2 Perkeso Kluang kikiki amacam hari ni dapat makan cake free geng hehehe ..sedap woooo kikiki..bos yang belanja thanks bos kikiki secret recipe woooo..benda2 macam ni mampu mengeratan hubungan sesama staff haha makan free mau tak rapat hahahaha..

3.Yo..minggu depan aku balik kampung hahaha..balik kelantan geng 1 minggu so kalau balik kampung maka tak de la aku nak jenguk blog ni selama seminggu hahahaha..selamat bercuti la buat kawan2 yang turut saa bercuti sempena cuti sekolah ni hahaha

Ahad, 27 November 2016

kamunting beach resort melaka

1.Hari jumaat lalu aku ke kamunting beach resort melaka..geng2 tempat kerja wife buat fmly day so mau tak mau kena join gak la hehehe..kawasan tu tak asing sangat sebab leh kata tiap2 bulan aku turun ke melaka..ala 2 jam perjalanan aje da sampai..tak la jauh..duk bermalam kat resort ni ok la..boleh la untuk penginapan bajet..untuk tidoq no hal la..pantai tak jauh dari resot depan aje..time aku pi ombak leh tahan tapi leh la mandi..lagi pun kat pantai ni leh la buat apa2 aktiviti sebab kawasannya luas jugakla..
2.Kikiki time pi orang tak ramai lagi sebab cuti sekolah baru nak mula..so sempatla merasa naik banana bot ulang ulang kali hahaha..wokeyyy wooo kakakaka naik dengan anak2 leh hilang stress wooo kikikiki..ni kalau jatuh time macm ni cedera socso tak cover ni bahahaha
dan dikala kakaknya naik banana bot berulang kali..si adiknya berpasir pasir hinga ke kepala hahahaha

Rabu, 23 November 2016

Duty hari ni@claim socso/perkeso

Hahaha hari ni bertugas kat opis aje geng kikiki bila duty kat opis maka tak leh kuar mana-mana leee kikiki..sepanjang hari duty jumpa sesiapa saja yang nak jumpa aku le kikiki yang tak nak jumpa takpa la alhamdulilah leh buat kerja2 lain bahahahaha..hangpa kalau pi opis perkeso/socso dan ada masalah yang nak tanya yang tak boleh diselesaikan di kaunter hadapan mai jumpa pegawai bertugas mcm ni lah (maksud aku pegawai bertugas di setiap pejabat lah bahaha)..hahaha Inshallah depa yang bertugas ni akan sedaya upaya selesaikan masalah dan ketidakfahaman yang kita hadapi kikiki..jangan duk malu2 nak jumpa kalau nak tanya apa2..baik depa ni kakaka..mai la nak sembang2 gak :)

Selasa, 22 November 2016

Gatal seluruh badan kerana mandi di tempat kerja@claim perkeso/socso

1.Hehehe 2 hari lalu aku ke kampung cik wook sri pantai Mersing..macam biasala buat siasatan kes tuntutan/claim perkeso..tapi kes ini lain dari kes2 biasa ..agak rumit sikit sebab punca sakit tak diketahui secar jelas sebab depa ni buat tuntutan kemalangan di tempat kerja hehehe..antara kata depa ni@'dakwaan' dan agakan 'rasa-rasa' pesakit katanya beliau mandi di tempat kerja iaitu di tandas sebuah sekolah menyebabkan kulitnya gatal2..hm hm tapi pelik kalaulah air yang didakwanya tercemar...kompem satu sekolah termasuk guru2 dan murid2 akan alami gatal2 hahaha tapi tak plak guru atau murid2 alami apa yang pakcik ni alami..depa tak dak apa pun..
2.Tapi takpa setiap tuntutan yang dihantar kita akan proses dan siasatan akan dilakukan sehingalah diketahui puncanya..jika benar sebab pencemaran air tersebut menyebabkan pakcik ni alami gatal2 teruk diseluruh badan maka sudah tentu bayaran akan dibuat..namun sebaliknya jika tidak kerana air tercemar maknanya ada la sebab lain hehehe maka takde la bayaran dibuat sebab lain tu bukan sebab kerja atau kena di tempat kerja dengan kata lain tiada berlakunya kemalangan di tempat kerja..susah jugak nak siasat ni sebab ia libatkan banyak pihak ni termasuk agensi2 lain lagipun tak dak saksi dan agak tak munasabah juga kalau sekali fikir...kalau air benar2 tercemar takkan depa nak lepaskan air tu untuk kegunaan di sekolah?kalau air tercemar kompem sekolah tutup hahaha...takpa takpa untuk berlaku adil kes2 sebegini perlu kepada medical report kita tengok apa puncanya jeng jeng jeng :)

Sabtu, 12 November 2016

Jatuh longkang perjalanan hendak makan masa rehat boleh claim socso/perkeso

1.Khamis lepas aku ke SAJ Mersing macam biasala siasat kes tuntutan socso la hehehe..kes tuntutan ni sebab time makan pekerja nak pi makan masa dok jalan entah macam mana jatuh longkang hehehe dalam plak tu hahaha..jerlus terus seluruh badan dalam longkang..jatuh dalam keadaan berdiri..sian dia..patah jugak la tulang peha...jatuh mengejut macam tu aduhhh..puncanya penutut longkang tak de...jalan2 lain2 penut longkang ada tiba tang longkang last tak dak penuh hehehe kedebom la jawabnya sian kikiki..sib baik masa kejadian ada orang nampak dan depa pi tolong dan panggil ambulan bawa pi Hospital.
2.Kes sebegini yakni dalam perjalanan nak pi makan dalam waktu rehat yang di benarkan dan jatuh/kemalangan maka..boleh aje claim dengan socso/perkeso tak jadi masalah hehehe mungkin ramai yang tak tahu..maka yang tahu tolong sampai sampaikan lah hehehe..claim macam biasala..minta majikan isi borang 21 dan bermula Januari 2017 isi borang 34 aje sebab borang 21 dah x guna dah hehehe..

Selasa, 8 November 2016

Geng driver lori kalau kemalangan cepat-cepat minta majikan claim socso/perkeso!

1.Hahaha kadang2 dalam banyak2 kes untuk siasatan kes tuntutan/claim perkeso/socso yang paling susah dan payah mengikut pengalaman aku la yang payah dan susah kita nak jumpa untuk ambik keterangan dalam siasatan adalah driver lori hahaha..depa ni kalau  dah sihat terus bekerja,bekerja dan bekerja dan kalau nak jumpa depa ni punyalah payah hahaha..kadang2 temu janji demi temu janji nak kena buat kadang2 terpaksa jumpa dilokasi luar tak kirala tepi jalan ka,kedai kopi ka mana2 tempatlah janji leh ambik keterangan hahaha ada meja nak dijadikan alas nak menulis kikiki..bukan apa depa ni terikat dengan trip perjalanan dan dari trip perjalanan itulah gaji depa dikira dan kita amat faham :) so tak jadi hal lah jumpa kat mana pun janji kerja dan tuntutan hangpa di proses dengan cepat..
haha jumpa kat KFC pun ok leh pinjam meja KFC buat tulis2
2.Ada driver lori yang senang jumpa pun kalau masih terlantar kat umah hehe itu memang tak dak masalah..sebab dah terlantar memang tak leh pi mana2 hahaha, cuma masalah akan timbul bila mana majikan lambat hantar laporan kemalangan/tuntutan lewat dibuat pada pihak perkeso..depa tunggu driver sihat dan boleh kerja baru hantar tuntutan pada perkeso nahhhh bila depa geng2 driver dah sihat kompem la tiap2 hari kerja luar hahaha itu pasai payah sangat nak jumpa dan buat temujanji dengan depa ni...kalau jumpa pun macam aku habaq tadi kena jumpa kat lokasi luar hahaha..ada yang driver trip jauh...mampuih hari minggu baru leh jumpa..itu lah pentingnya tolak ansur..hari minggu ada kala terpaksa kerja sikit2.. of rekodla hahaha apa nak buat..kita kerja mana ada OT..tapi takpala itu harap2 allah bagi ganjaran kot lain hehehe Inshaallah amal jariah jugak tu.
                                            banyak cara untuk buat amal jariah ni...
3.Hope sangat syarikat2 pengangkutan ni jangan la tunggu driver lori sihat baru nak hantar claim ke perkeso..kikiki dan mereka sihat payah kami nak jumpa woooo hahaha..sebenarnya semasa mereka sakitlah/dan dalam cuti sakitlah kita cepat2 submit borang tuntutan sebab dalam masa tu kita dapat segera bantu depa..ada juga pendapatan depa ni..socso bayar mc ..janganla tunggu sampai depa sihat..macam biasala dapat aje 4 hari cuti sakit terus buat tuntutan kat socso jangan dok tunggu pekerja sihat baru nak hantar..driver2 lori trip2 jauh ni payah oooo nak jumpa tak caya tanye la geng2 driver lori kikiki

Isnin, 7 November 2016

Kes Bunuh boleh Claim Socso/Perkeso Seandainyaa....

1.Salam geng..hope semua sihat-sihat belaka..dalam kes-kes tuntutan perkeso/claim socso kita telah biasa jika 'terjumpa' kes-kes  melibatkan kemalangan jalan raya dan juga kemalangan di tempat kerja..itu normal kalau tidak kemalangan jalan raya pasti ia kemalangan di tempat kerja bla bla bla Namun harus kita ambil maklum/ambil tahu/ambil peduli bahawa selain dari kes-kes atau senario kemalangan tersebut ada juga kes yang melibatkan kejadian BUNUH/pembunuhan yang mana ia sebenarnya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso tertakluk pada fakta-fakta kes kejadian bunuh itu berlaku ini kerana ia bakal digunakan untuk menentukan kes itu sebagai bencana kerja yang melayakkan waris mendapat pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) atau juga pencen Penakat jika layak dari segi caruman dan faktor umurnya.
2.Dalam kes-kes bunuh yang melibatkan situasi contohnya ketika dalam perjalanan hendak/balik kerja semasa berhenti di trafic light anda ditembak mati hehehe..majikan yang terlibat boleh hantar tuntutan ke perkeso sebabnya mangsa ditembak mati dalam perjalanan balik kerja hehehe tak kira la terkena peluru sesat atau tersalah sasaran/silap orang bla bla bla..balik kerja atau pergi kerja atau tengah tunggu bas sekali pun kalau hendak atau balik kerja mati itu inshallah boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso UNTUK PENCARUM PERKESO SAHAJA hehehe..hangpa faham ka dak ni aku pun tak tahu lah hahahahaha..harap2 faham kikikiki:)
3.Nak bagi contoh kes-kes bunuh yang layak mendapat faedah perkeso ni banyak geng..tapi tak boleh la bagi sebab sensitif karang tak pasal2 aku kena pecat kerja hahaha..harap sikit maklumat yang aku bagi kat atas tu sudah mencukupila..Ohhh ya satu lagi contoh..semasa sedang berjalan keluar dari tempat kerja hendak ke kereta untuk balik ke rumah dari tempat kerja tiba-tiba hangpa diragut oleh peragut...masa tu hangpa tak nak lepaskan beg yang di ragut lalu peragut tikam dengan pisau lalu matilah hangpa hehehe kes bigini adalah kes yang boleh dibuat tuntutan degan pihak perkeso!!!sebabnya kejadian berlaku semasa hendak balik kerjaaaaaaa!!!!harap2 apa yang di sampaikan ini sedikit sebanyak membantu..nak bagi contoh sebenar ta boleh la geng.

Selasa, 1 November 2016

Kenyataan Akhbar Penjenamaan Semula Perkhidmatan Perkeso/Socso



logo perkeso
KENYATAAN AKHBAR
PELANCARAN PENJENAMAAN SEMULA PERKHIDMATAN
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
  1. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang kini berusia 45 tahun terus komited memberikan perlindungan keselamatan sosial terbaik kepada golongan pekerja di Negara ini melalui dua skim perlindungan yang dilaksanakan iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1971 sehingga kini, PERKESO telah mendaftarkan seramai hampir 16 juta orang pekerja berdaftar terkumpul dan dari bilangan tersebut, seramai 6.5 juta orang pekerja yang sedang bekerja dengan 420,476 majikan kini masih terus dilindungi. Perluasan perlindungan dan penambahbaikan faedah-faedah di bawah kedua-dua skim telah beberapa kali dilaksanakan untuk memberikan perlindungan yang komprehensif dan bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa Negara.

  2. Daripada perlindungan kepada pekerja yang bergaji RM500.00 dan ke bawah sebulan pada permulaan penubuhan, kini PERKESO telah meluaskan perlindungan kepada semua pekerja tanpa mengira jumlah gaji bulanan yang diterima, namun caruman maksimum ditetapkan hanya pada siling gaji RM4,000.00 sebulan sahaja. Begitu juga dengan skim perlindungan yang awalnya hanya Skim Bencana Pekerjaan dan kemudiannya Skim Keilatan pada tahun 1974 hinggalah kini dengan transformasi faedah-faedah serta kemudahan baru pada tahun-tahun berikutnya. Di antara penambahbaikan faedah serta kemudahan baru itu termasuklah pelaksanaan perlindungan semasa perjalanan, meneruskan bayaran faedah tunai kepada balu dan duda sepanjang hayat, menaikkan kadar bayaran faedah bagi setiap 5 tahun selepas kajian aktuari bagi penyesuaian kos sara hidup semasa, pengenalan kepada Program Saringan Kesihatan, pelaksanaan Program Kembali Bekerja (Return to Work Programme) dan lain-lain.

  3. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, PERKESO telah mencapai prestasi yang membanggakan menerusi beberapa pengiktirafan dalam Negara dan peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Anugerah Khas Hak Asasi Manusia Tahun 2013 menerusi Program Return To Work juga PERKESO telah mendapat tempat pertama di International Media Festival for Prevention (IMFP) sempena World Congress Safety and Health at Work menerusi ‘Video Bayangkan” pada tahun 2014. Tahun 2015, PERKESO turut menerima anugerah Transformation Recognition Award menerusi Projek Pusat Rehabilitasi PERKESO. Di samping itu, PERKESO turut menerima pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam tahun 2015-2016 dengan memperolehi Lima Bintang. Pengiktirafan ini adalah hasil daripada pelbagai inisiatif penambahbaikan dan transformasi yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan keupayaan sistem penyampaian perkhidmatan, kemampanan dana dan kualiti kesejahteraan sosial pekerja.

  4. Dengan visi untuk menjadi `Peneraju Keselamatan Sosial yang unggul dan cemerlang menjelang tahun 2020’, PERKESO menyedari bahawa di samping penambahbaikan secara berterusan skim-skim perlindungan sedia ada, keberhasilan dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan PERKESO kepada pelanggan juga perlu diutamakan. Selaras dengan hasrat kerajaan dalam mendepani cabaran globalisasi melalui pendekatan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Wawasan 2020 yang mana antara intipatinya rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, PERKESO telah membangunkan pelan perancangan strategik bagi tempoh 5 tahun sehingga tahun 2020 yang turut mengangkat kepentingan perkhidmatan kepada pelanggan sebagai salah satu teras utama. Teras ini kini diterjemahkan dalam aktiviti penjenamaan perkhidmatan PERKESO yang dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Menteri Sumber Manusia pada 26 Oktober 2016 di perkarangan Menara PERKESO, Kuala Lumpur.

  5. Penjenamaan semula perkhidmatan ini amat penting kerana ia merupakan satu proses strategik ke arah pembinaan semula imej, kredibiliti serta perubahan ke arah pelaksanaan agenda pembangunan bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan. Dalam merangka proses penjenamaan ini, PERKESO turut peka kepada perubahan yang berlaku dalam persekitaran sosial dan ekonomi serta memberi penekanan kepada pengukuhan tadbir urus yang baik (good governance) dalam memenuhi ekspektasi stakeholders dan pelanggan. Konsep ini yang mengutamakan kesejahteraan golongan pekerja dan orang tanggungan yang dilindungi menampakkan kesungguhan PERKESO dalam membantu meringankan bebanan sosial pekerja terbencana untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Dalam erti kata lain, PERKESO sangat prihatin kepada nasib pekerja terbencana untuk meneruskan kehidupan seharian mereka.

  6. Berpaksikan kepada halatuju untuk dikenali sebagai sebuah organisasi yang prihatin, PERKESO telah menggariskan tiga elemen utama dalam menjenamakan semula organisasi ini iaitu dengan cara menaiktaraf kemudahan fizikal, menambahbaik struktur perkhidmatan dan memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kesemua pendekatan ini menjurus kepada usaha bersungguh-sungguh PERKESO untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan ketika berurusan dengan PERKESO.

  7. Menaiktaraf Kemudahan Fizikal. Kaunter pelanggan PERKESO mencatatkan bilangan pengunjung yang semakin meningkat dengan pelbagai urusan antaranya pendaftaran pekerja dan majikan, pertanyaan, khidmat nasihat, mengemukakan tuntutan, bayaran caruman dan penghantaran dokumen. Sebagai perbandingan, bilangan pelanggan yang hadir ke kaunter pelanggan PERKESO seluruh Negara mencatatkan seramai 1.1 juta orang pada tahun 2013 dan ianya meningkat kepada 1.3 juta orang pada tahun 2014 dan seramai 1.5 juta orang pada tahun 2015. Peningkatan ini berlaku kerana tahap pengetahuan pelanggan yang semakin meningkat dan kesedaran pekerja atas hak-hak mereka di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh PERKESO. Oleh kerana pelanggan PERKESO yang pelbagai termasuk dari kalangan orang kelainan upaya, warga emas dan anak-anak, PERKESO telah mengambil pendekatan untuk menaiktaraf kemudahan fizikal di kaunter-kaunter pelanggan dan persekitaran bangunan pejabat bagi memberi keselesaan kepada pelanggan semasa berurusan. Dengan menyediakan ruang kaunter yang luas, tempat menunggu yang mencukupi, sistem pencahayaan yang sesuai, sistem menunggu giliran mendapatkan perkhidmatan yang lebih cekap dan kemudahan infra yang mesra pelanggan merupakan ciri utama kaunter pelanggan yang kini sedang hebat dipertingkatkan secara berperingkat ke seluruh Negara.

  8. Kaunter pertanyaan dan saringan juga telah disediakan di kaunter pelanggan PERKESO untuk membantu memberi penerangan dan menyalurkan pelanggan ke kaunter sebenar bagi mendapatkan perkhidmatan yang dikehendaki. Kaedah ini juga dapat menjimatkan masa pelanggan semasa berurusan dengan PERKESO.

  9. Kaunter-kaunter pelanggan PERKESO juga kini boleh menerima dokumen-dokumen tuntutan pelanggan bagi pejabat-pejabat PERKESO di luar kawasan pentadbiran sesebuah pejabat tersebut. Jika dahulu, tuntutan perlu dikemukakan ke Pejabat PERKESO di mana majikan dan pekerja berada tetapi kini proses itu dipermudahkan dengan penerimaan di mana-mana sahaja kaunter PERKESO di seluruh Negara. Kaunter PERKESO itu kemudiannya yang akan dipertanggungjawabkan untuk mengemukakan dokumen tuntutan tersebut ke pejabat yang berkaitan. Dengan cara ini, PERKESO dapat membantu pekerja terbencana dalam urusan mengemukakan tuntutan supaya tuntutan dan bantuan dapat disalurkan kepada mereka dalam waktu yang singkat.

  10. Penambahbaikan Struktur Perkhidmatan. PERKESO kini tidak lagi hanya menunggu pelanggan hadir ke pejabat untuk berurusan tetapi juga turut memberikan tumpuan kepada perkhidmatan kepada pencarum di luar pejabat termasuk di kediaman pekerja, premis majikan atau di lokasi di mana pekerja sedang menerima rawatan. Menyedari ada pekerja atau orang tanggungan mereka yang masih kurang menyedari faedah perlindungan PERKESO terutama yang melibatkan kes-kes kemalangan, atau kesukaran pekerja yang ditimpa kemalangan untuk memaklumkan kepada majikan supaya mengemukakan permohonan, PERKESO telah mengambil tindakan proaktif bagi membantu golongan ini.

  11. Perkhidmatan khas yang baharu diwujudkan dengan penubuhan Pasukan PERKESO Prihatin di semua Pejabat PERKESO merupakan satu inisiatif bagi membantu dan memastikan setiap kes yang layak dapat diproses dan diselesaikan dalam waktu yang singkat tanpa menunggu tuntutan dikemukakan oleh pekerja yang ditimpa kemalangan ke Pejabat PERKESO. Pasukan PERKESO Prihatin ini akan sentiasa memantau berita-berita kemalangan yang dilaporkan oleh media massa dan juga menjalin hubungan kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia bagi mendapatkan maklumat kemalangan setiap hari untuk disemak kelayakan mangsa kemalangan sebelum menghulurkan bantuan dalam kadar yang segera. Pasukan ini akan keluar menemui mangsa kemalangan dan waris mereka bagi membantu proses mendapatkan tuntutan faedah dari PERKESO. Sejak penubuhan pasukan ini pada bulan Januari 2016, sebanyak 887 kes telah dapat diuruskan di mana sejak 664 kes adalah kes melibatkan kemalangan maut.

  12. Memantapkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. Kualiti penyampaian perkhidmatan pelanggan diukur dari tahap kepuasan pelanggan semasa berurusan dengan petugas di kaunter. Pelanggan berpuashati bukan sahaja ditentukan oleh apa yang dipohon dapat dipenuhi tetapi juga berpuashati jika mendapat layanan yang mesra dari petugas kaunter. Menyedari hakikat ini, modal insan perlu dilatih supaya kompeten dan mampu memberikan kualiti perkhidmatan yang diharapkan. PERKESO menekankan kepentingan pengetahuan produk di kalangan petugas kaunter supaya mereka dapat membantu secara efektif pelanggan yang hadir di kaunter. Di samping itu, petugas kaunter PERKESO juga telah didedahkan dengan maklumat berkenaan program-program keselamatan sosial lain yang turut disediakan oleh agensi kerajaan, swasta atau badan-badan bukan kerajaan yang lain. Pendedahan ini bertujuan supaya petugas kaunter PERKESO mampu memberi nasihat, bantuan atau cadangan kepada pelanggan yang tidak layak di bawah skim-skim yang ditadbir oleh PERKESO untuk membuat permohonan kepada pihak lain yang terlibat. Dengan cara ini, pelanggan tersebut masih mempunyai peluang untuk memohon bantuan bagi meneruskan kehidupan mereka.

  13. Petugas kaunter PERKESO juga telah dberikan latihan mencukupi untuk memberikan layanan terbaik dan mesra kepada pelanggan melalui modul dalaman PERKESO yang dibangunkan iaitu Modul S4P – Senyum, Sapa, Salam, Santun dan Prihatin.

  14. PERKESO yakin dengan penjenamaan semula perkhidmatan ini, ianya akan dapat membantu masyarakat mengetahui lebih mendalam peranan PERKESO serta hak-hak pekerja dalam skim perlindungan keselamatan sosial yang dilaksanakan. PERKESO akan terus komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sangat prihatin dengan keperluan serta kesejahteraan kehidupan pencarum serta orang tanggungan mereka. Sebagai sebuah organisasi yang mengambil berat kesusahan yang ditanggung oleh pekerja yang mengalami kemalangan atau musibah, PERKESO rasa sangat bertanggungjawab untuk sama-sama meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Justeru itu, PERKESO kini berada di landasan sebenar untuk menjadi organisasi yang unggul dan cemerlang dengan imej baru yang sentiasa prihatin dalam menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pelanggan-pelanggan khususnya kepada Orang Berinsurans dan orang tanggungan mereka. 

Gold Coast Melaka International Resort@Cuti Depavali 2016

1.Cuti depavali hari tu aku ambil peluang bawak anak-anak jalan-jalan hehe sia tengok anak-anak cuti panjang dok lepak aje kat rumah kiki..tak jauh bawa pi Gold Coast Melaka ja kakaka..kira-kira 2 jam lebih aje dari tempat aku duduk ni hahaha..macam biasala chek in jam 3.00 la..tapi masa aku pi ni orang tak ramai lagi sebab hari Jumaat hahaha hari Sabtu baru ramais ebab cuti Umum Depavali..so nak check in pun tak la tunggu lama sangat.
2.Ada kunci apa lagi terus masuk letak beg pakaian dulu hahaha..aku tempat 2 bilik tapi masuk dapat 3 bilik kakakaka tak tahu lah depa sengaja bagi free satu bilik kot wahahaha..so selesa la kami hari tu kikiki tido tanpa ganguan anak2 bahahaha..aku duduk kat blok Hang Tuah hahaha kira malam tu aku nyer semangat sama macam Hang Tuah kakakaka kot-kot mana tahud apat anak laki-laki la plak wahahahaha..
3.Kat sini ada 3 kolam untuk mandi manda lah hehehe 1 kolam biasa,1 kolam ada budak2 nyer mainan dan 1 kolam yang berombak hahaha anak2 aku dok bantai semua sekali..hm hm teringat dulu-dulu masa aku kecil dulu-dulu mana la nak berbaun main kolam-kolam ni hahaha..sekadar berkubang kat lumpur dan paya belakang rumah aje la..bertuah budak-budak zaman la ni..

kolam berombak Gold Coast Melaka ni tak lah sebesar dan sekuat yang ada kat Bukit Gambang resort tu hahaha..tapi boleh lahhh
4.Makan malam kat melaka ni senang mana-mana tempat pun ada kedai makan hehehe..aku macam biasala kalau pi melaka kadang-kadang terpengaruh gakla makan kat ikan bakar kat umbai tu hahaha..malam tu pun sama daaa adeiii pengaruh apa benda tak tahu la pi makan kat umbai gak kikiki..nak parking punyelah banyak kereta adehhh..

5.Hehehe sesekali update pasal anak-anak ni best la jugak nanti hangpa bosan asyik dok bantai bab-bab perkeso aje kikiki



Jom Ke Hari Bertemu Pelanggan Perkeso Pada 3 November 2016

Ayuh kawan-kawan..jom kunjungi mana-mana pejabat perkeso terdekat untuk berjumpa pengurusan tertinggi setiap pejabat perkeso senang cakap BOS lahhh...jangan lupa setiap KHAMIS PERTAMA setiap bulan ada HARI BERTEMU PELANGGAN, so kalau hangpa rasa ada masalah yang tak dapat-dapat diselesaikan dan nak jumpa BOS sendiri maka inilah peluangnya hahaha depa tak leh tolak dari tak jumpa hangpa geng ayuhhh ambil peluang ni geng.hehehe KITA ADALAH MAJIKAN UNTUK DEPA..kita rakyat KITA BAYAAQ GAJI DEPA hahaha..