1.Salam geng..hope semua sihat-sihat belaka..dalam kes-kes tuntutan perkeso/claim socso kita telah biasa jika 'terjumpa' kes-kes melibatkan kemalangan jalan raya dan juga kemalangan di tempat kerja..itu normal kalau tidak kemalangan jalan raya pasti ia kemalangan di tempat kerja bla bla bla Namun harus kita ambil maklum/ambil tahu/ambil peduli bahawa selain dari kes-kes atau senario kemalangan tersebut ada juga kes yang melibatkan kejadian BUNUH/pembunuhan yang mana ia sebenarnya boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso tertakluk pada fakta-fakta kes kejadian bunuh itu berlaku ini kerana ia bakal digunakan untuk menentukan kes itu sebagai bencana kerja yang melayakkan waris mendapat pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) atau juga pencen Penakat jika layak dari segi caruman dan faktor umurnya.
2.Dalam kes-kes bunuh yang melibatkan situasi contohnya ketika dalam perjalanan hendak/balik kerja semasa berhenti di trafic light anda ditembak mati hehehe..majikan yang terlibat boleh hantar tuntutan ke perkeso sebabnya mangsa ditembak mati dalam perjalanan balik kerja hehehe tak kira la terkena peluru sesat atau tersalah sasaran/silap orang bla bla bla..balik kerja atau pergi kerja atau tengah tunggu bas sekali pun kalau hendak atau balik kerja mati itu inshallah boleh dibuat tuntutan dengan pihak perkeso UNTUK PENCARUM PERKESO SAHAJA hehehe..hangpa faham ka dak ni aku pun tak tahu lah hahahahaha..harap2 faham kikikiki:)
3.Nak bagi contoh kes-kes bunuh yang layak mendapat faedah perkeso ni banyak geng..tapi tak boleh la bagi sebab sensitif karang tak pasal2 aku kena pecat kerja hahaha..harap sikit maklumat yang aku bagi kat atas tu sudah mencukupila..Ohhh ya satu lagi contoh..semasa sedang berjalan keluar dari tempat kerja hendak ke kereta untuk balik ke rumah dari tempat kerja tiba-tiba hangpa diragut oleh peragut...masa tu hangpa tak nak lepaskan beg yang di ragut lalu peragut tikam dengan pisau lalu matilah hangpa hehehe kes bigini adalah kes yang boleh dibuat tuntutan degan pihak perkeso!!!sebabnya kejadian berlaku semasa hendak balik kerjaaaaaaa!!!!harap2 apa yang di sampaikan ini sedikit sebanyak membantu..nak bagi contoh sebenar ta boleh la geng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan