Khamis, 15 Disember 2016

kanser tulang tahap 4 kampung shari simpang renggam@skuad pantas perkeso cari dan bantu!


1.Salam Geng hope semua sihat belaka,hari ni ada satu kes viral melibatkan seorang suri rumah yang mengidap kanser tulang tahap 4..tup tup masuk plak ke group whasap skuad pantas perkeso maka berkebetulan aku berada di lokasi yang berhampiran dengan kes viral ini maka pergila siasat betul ke tidak viral itu....tak susah cari rumah beliau sebab aku dah biasa jalan2 kawasan ni..Allahuakbar tabahla wahai saudari semoga saudari sembuh seperti sedia kala..besar ujian hidupnya..anak2 masih kecil kuatkan semangat saudari..aku sampai rumahnya di depan sebuat tahfiz terletak di lorong warisan jalan masjid lama kampung shari simpang renggam Johor..semasa aku pergi umahnya ramai kawan2 nya datang menziarah..beliau aku tengok letih lesu dan tak bermaya..sakit tuu Allahuakbar..terbaring aje..rehatla..

2.Dari info skuad pantas perkeso johor jelas viral kes ni ada benarnya dan setelah semakan dibuat beliau layak untuk memohon pencen ilat perkeso..semasa aku sampai ke rumahnya di sambut ibu mertuanya..telah aku terangkan panjang lebar dan memberi nasihat agar segera membuat tuntutan pencen Ilat dengan pihak perkeso..InshaAllah kami akan jaga pencarum kami..kami akan bela pencarum kami!Itu amanah dipertanggungjawabkan pada kami!buat puan Azura binti Shafee kuatkan semangat puan!!!

3.Untuk kes sebegini prosedurnya tetap sama perlu membuat permohonan dengan mengisi borang tuntutan pencen Ilat..isi borang..dan seperti biasa perlu di lampirkan dengan Laporan Perubatan..Inshallah kes ini akan di rujuk ke Jemaah Doktor pada kadar segera setelah kesemua dokumen yang diperlukan telah disediakan, jom kawan2 kita doakan agar beliau diberi kesihatan dan ketabahan untuk melawan sakitnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan