Jumaat, 28 April 2017

Menjerit pabila kedai di serbu Perkeso

1.Duhaiiii hati..bertabahlah..beginilah rintangan,halangan dan dugaan dalam menghadapi kerenah sesetangan majikan yang masih dan masih dulu kini dan mungkin buat selamanya yang tidak mahu faham serta berpura-pura tak faham akan betapa pentingnya mereka mendaftar perusahaan dan perniagaan mereka dengan pihak Perkeso..acap kali dah dok bagitahu tolongla jaga kebajikan pekerja hangpa tu..bayar caruman Perkeso tidak banyak pun tuan2..jangan dok berkira sangatla ianya bukan untuk tujuan suka2 kerajaan wajibkan kesemua majikan yang mempunyai pekerja mendaftar dan mencarum pekerja mereka dengan pihak Perkeso,ia semata mata untuk melindungi Pekerja mereka juga tahkala ditimpa musibah dan kemalangan..tak kena hangpa tak tahu..hangpa kaya raya takpa la..segala jenis perubatan hangpa mampu bayar..tapi nasib pekeja hangpa macam mana pulak?pekerja mampu ka dapat rawatan macam hangpa yang kaya raya?jika berlaku kematian pada pekerja...hangpa nak tanggung anak bini pekerja ni sampai mati ka?hangpa nak bagi pencen kat depa tiap2 bulan macam perkeso buat ka?sebab itu carum dan daftarla dengan pihak Perkeso..ubahla sikap tu...ini kali lah kasi ubah hahahahaha..
2.Usahlah memberi alasan demi alasan lagi..ayuh tuan2 daftarla perusahaan dan perniagaan tuan2 dengan Perkeso..tak kirala tuan2 niaga apa sekalipun..warung ka,kedai makan ka,kopitiam ka bla bla bla kilang ka,kontraktor ka ahhhhh apa2 lah jenis perniagaan wajib daftar dengan perkeso jika mempunyai sekurang kurangnya 1 pekerja warganegara Malaysia hehehe oiiit geng niaga ladang babi ka ladang unta ka pun kalau ada pekerja kena daftar dengan Perkeso jugak tauuu kah kah kah..kadang2 bila kita pi serbu kedai ni..bagi salam perkenal diri tak sempat nak cakap apa pun kita dulu yang kena tibia kikiki maki hamun santapan biasa hahaha..takpa la kita ni jenis muka tebal hangpa makin berbakul pun amanah yang diberi tetap kami jalankan..satu hari hangpa akan sedar juga..aku yakin sangatlah sepertimana yang banyak dok berlaku sekarang ni hahahaha..banyak majikan dan pekerja dok mari jumpa ucap terima kasih kat Perkeso hahaha..tak caya tengok la kat media2 hehehe saban hari dok ada..kah kah kah tok sah la dok jerit2 sampai dua jam adeiiii buat malu kat orang kampong ja ehhhhhh aiyaaaa..kikikiki..tapi tu lah kalau operasi kedai makan la pakai degil sekali dan paling liat nak daftar Perkeso..

Rabu, 19 April 2017

Ops kesan@bukan kompaun kami kejarkan lebih dari itu ianya untuk kebajikan pekerja kamu!

1.Salam geng..Alhamdulilah semalam sempat jugak aku sertai satu operasi yang dinamakan 'OPS KESAN' Ops Kesan ini satu Operasi khas untuk mengesan majikan yang masih gagal dan tidak mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso walaupun perusahaan/perniagaan mereka telah mempunyai sekurang-kurangnya satu pekerja di perusahaan/perniagaan tersebut. Operasi ini sebenarnya telah acap/kerap kali dilakukan sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat daerah, namun masih adaaaa sahaja majikan yang masih 'culas' dan masih selesa dengan sindrom 'rela' menunggu dan sedia 'mengamit' penguatkuasa untuk berkunjung ke premis mereka barulah mula menunjukkan ciri-ciri seakan-akan berminat untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso dan bermula lah episod memberi pelbagai alasan untuk mengelak di kompaun atas kesalahan tersebut..kadang kala ada lucunya dengan pelbagai alasan yang di reka-reka oleh mereka  ini hahaha..ada kalanya kesian dibuatnya..namun apa yang lebih penting mereka harus sedar dan faham betapa mereka sebagai majikan perlu bertanggungjawab melindungi pekerja mereka itu..yang penting,bukannya takut pada kompaun yang dikeluarkan oleh pihak Perkeso..mereka harus sedar jika tidak mencarum Perkeso apa akan jadi pada pekerja mereka jika berlaku apa jua 'kecelakaan' dalam perjalanan balik atau datang kerja atau semasa bekerja..siapa tahu malang berlaku tanpa memberi apa2 signal..hehehe..begitu juga jodoh ada kala hadir tanpa diduga hahaha..
2.Dalam Operasi yang dilakukan dari jam 10 pagi hingga 5.00 petang itu telah berjaya memeriksa 99 premis perniagaan dan dari jumlah itu didapati 15 majikan masih gagal mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso, kegagalan majikan untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak Perkeso sedikit sebnyak mengecewakan aku dan rakan-rakan seperjuangan sebenarnya..jauh disudut hati tertanya tanya juga aku apa lagi mereka mahukan..setelah pelbagai info di beri,pelbagai promosi dibuat,hebahan saban tahun dilakukan dan setiap masa dibuat sesi penerangan termasuklah memberi penerangan kepada pemimpin masyrakat setempat namun adaaa sahaja yang masih ingkar pada tuntutan perundangan..bahkan diperkenalkan bulan 'Pemutihan' untuk mereka pemilik-pemilik perniagaan yang belum mendaftar dengan pihak Perkeso 'menyerah diri' lantas mendaftar perusahaan mereka tanpa dikenakan apa-apa tindakan dalam bulan 'pemutihan' tersebut namun ruang dan kesempatan yang diberi tidak diambil dan dimanfaatkan sepenuhnya..sayangnya..untuk memberi dan mereka-reka alasan dengan mendakwa mereka 'tidak tahu' yang perusahaan mereka perlu mendaftar dengan pihak Perkeso merupakan satu alasan yang amat amat memalukan dan bukanya satu alasan yang selamat untuk mengelak dari dikenakan tindakan..di era serba canggih ini ada lagi alasan sebegitu rupa..apa yang menyedihkan ada juga memberi alasan tiada masa untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso hahaha alasan itu lagi kejam..kejam mereka pada pekerja mereka sendiri..kemalangan berlaku tidak pernah menunggu masa dan tidak pernah akan bertanya dahulu sebelum berlakunya kemalangan..aku suka dan amat suka untuk bersembang dengan insan memiliki fikiran sebegini hahaha unik dan klasik sekali hahaha..
3.Jauh di sudut hati setiap kali adanya Operasi sebegini aku seringkali berdoa dan berdoa agar setiap kawasan yang aku lawati dan setiap perusahaan yang di periksa hendaknya bebas dari majikan yang tidak mendaftar perusahaan dengan Perkeso, dengan kata lain pi sahaja kawasan Operasi semua dah daftar dengan Perkeso pehhh dapat dibayangkan betapa tenangnya rasa hati dan jiwa ini geng hahaha..sejuk suasana rasanya..nyaman udara rasanya hehehe..masakan tidakkk..bukan matlamat kami untuk mengejar kompaun..bukan jumlah kompaun yang kami dambakan..apakah kamu fikir kami suka dan melonjak kegembiraan apabila boleh keluarkan kompaun?? tidak tidak sama sekali geng..untuk mengeluarkan kompaun pada kamu? 1001 rasa menikam di jiwa..gundah gulana jadinya..apatah lagi disaat untuk menghulurkan kompaun pada kamu??hahaha namun apakan daya jika kalian yang mahukannya, apakan daya jika kalian yang menanti dan menunggu untuk itu..apatah lagi jika kalian yang dambakannya ..mahu tidak mahu terpaksa jua kami memberi apa yang kalian minta..kompuan hanyalah pengikat tanda'cinta'..yang cintanya kamu akan melekat pada Perkeso selagi adanya manusia yang bernama pekerja hehehe..ikatan cinta itu tak akan putus selagi kalian mempunyai pekerja..akhirnya bukan alasan demi alasan yang merepek yang kalian berikan untuk mengelak dari mendaftar dengan pihak Perkeso namun renung dan pikul lah amanah yang ada pada bahu kamu..fikirkan lah nasib para pekerja kamu jika berlakunya perkara2 buruk keatas diri meraka..apa nasib anak bini meraka?pehhh renung jauh2 geng dibenak fikiranmu pasti akan ada jawapan..bukanya mereka cipta alas an demi alasan..
4.Hahaha walaupun bukan kompaun yang kami dambakan dalam setiap operasi namun apakan daya jika sudah suratan..kamu yang dambakan maka kami dengan berat hati terpaksa memberinya..dalam operasi yang berakhir jam 5.00 petang tersebut 15 kompaun yang berjumlah rm10500 telah dikeluarkan kepada majikan/perusahaan/perniagaan yang mendambakan kompaun ini hehehe yang gagal mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso walau telah diberi sebulan tempoh pemutihan!kalau dah minta terpaksa lah kita bagi nak buat macam mana hehehe..setiap kompaun yang dikeluarkan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 14 hari dan jika gagal tindakan mahkamah akan menyusul..alangkah bestnya jiwa duhaiiii jika majikan faham akan tanggungjawab mereka..aku masih berharap dan berharap satu hari nanti pasti ia akan menjadi reality..jom kita mulakan dengan mimpi indah dahulu hahaha..
 

Isnin, 17 April 2017

Tema Hari Pekerja 2017

Hahahaha ada tinggal 13 hari lagi nak sambut Hari Pekerja.hangpa tahu dak tema hari pekerja tahun ni hahaha bab tema hari pekerja kompem hangpa tak nak ambik tahu ni aku dok wase la kah kah kah kah kalau bab naik gaji Inshallah cepat nak tahu hahahaha..tahun ni tema hari pekerja 2017 adalah seperti dibawah ni..kikiki

Aduiii tema ni macam pernah aku masuk bertanding dulu rasa2 la kah kah kah..takpa la..tu lah tema hari pekerja untuk tahun 2017 ni..

Ahad, 16 April 2017

Cara Nak Isi Borang 34 Perkeso@Tuntutan Kemalangan..semudah A B C

1.Salam geng hahaha awat ramai sangat dok pening nak isi borang 34 Perkeso ni hahaha jangan dok pening geng senang jah ehh nak isi boring 34 Perkeso tu..dulu kalau kita nak claim/buat tuntutan dengan Perkeso banyak sangat borangnya claim kemalangan borang lain,claim kematian borang lain.claim penyakit khidmat borang lain,sekarang semua claim Perkeso depa buat dalam satu borang aje haha nama borang tu Borang 34,jangan dok tanya sebab apa depa panggil Borang 34 hahaha aku sendiri pun tak leh jawab wakakaka..mai aku nak ajaq sikit cara nak isi..Pertamanya hangpa tengok dulu claim apa yang hangpa nak buat hehehe kalau kemalangan di tempat kerja hangpa isi aje di bahagian kemalangan..mai tengok borang ni..muka surat pertama ..tengok gambaq kat bawah tu hahhh jangan dok tengok gambaq lain kakaka Wo wo semua borang2 ni majikan kena isi hangpa jangan dok memandai isi sendiri..
Bahagian 'A' butir-butir Orang Berinsurans tu adalah merujuk kepada 'orang yang nak claim'hahahaha senang cakap 'orang yang terlibat dalam kemalangan lahhh' hahhh jadinya isi la nama bla bla bla di 'Bahagian 'A'  tersebut alahhh senang aje ehhh..selesai kita pi 'Bahagian 'B' plak kiki 'Bahagian 'B' adalah butir-butir majikan maka hangpa isilah nama majikan bla bla bla tak leh isi hangpa ketuk kepala kat dinding lahhh senang aje tu pun x leh ka wakakakaka.. siap isi 'Bahagian 'B' kita pi 'Bahagian 'C' hak ni merujuk kepada butir-butir/maklumat gaji haaaaa yang ni ISI BETUL2 geng..yang lain tu senang cuma bahagian 'C4' tu hangpa kena isi maklumat gaji ENAM BULAN KE BELAKANG DARI BULAN KEMALANGAN contohnya kalau hangpa kemalangan bulan 4/2017 maka maklumat gaji yang perlu hangpa isi kan di 'bahagian 'C4' ini adalah maklumat-maklumat gaji dari BULAN 3/2017 ke belakang enam bulan iaitu bulan 3/2017,2/2017,1/2017,12/2016,11/2016 dan bulan 10/2016 maka cukuplah 6 bulan maklumat gaji pekerja yang nak claim tuuuuu hahahaha..geng jangan dok lupa kena lampirkan slip gajinya sekali hahahaha..pehh ni baru muka surat pertama borang 34 ni kikiki senang aje kan..baik mai tengok pula 'bahagian 'C3'bahagian ni KENA TANDA jangan dok tinggal kosong macam tu aje hahaha kalau hari kemalangan majikan bayar gaji maka tick/tanda lah di ruangan ada bayar gaji dan kalau tak bayar gaji pada hari kemalangan maka tanda lah di ruangan tak bayar gaji pada hari kemalangan...alahhhh kacang aje lahhhh tapi bab kacang ni lah kalau tertinggal nak ISI dan nak TANDA ia sedikit sebanyak melambatkan claim hangpa dapat wakakakakaka..OK maka habislah muka surat PERTAMA Borang 34 di isi senang kan..so jom masuk muka surat kedua plakkk iaitu 'Bahagian 'D'
 
Bahagian 'D' ni adalah PERLU di isi untuk kes2 tuntutan Kemalangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya sahaja..yang nak claim lain2 jenis tu jangan dok gatal2 nak isi bahagian 'D' ni hahahaha..ok 'Bahagian 'D' ni senang ajo lah hangpa tulislah dan isi lah tarikh kemalangan tu,masa kemalangan tu bla bla bla yang tu jangan dok lupa isi lahh pastu bahagian 'D3' itu nak kena 'tandakan/tick' kemalagan tu berlaku kat dalam kedai/tempat kerja ka atau kat jalan raya ka..hangpa tick salah satu aje jangan dok ngada-ngada nak tick kedua duanya hahaha..manakala 'Bhagian 'D4' plak  'Bila Kemalangan Berlaku' yang ni jugak hangpa kena 'tanda/tick' yang mana berkenaan sahaja kalau kemalangan 'semasa bekerja maka tanda/tick' diruangan tersebutlahhh kalau kemalangan dalam perjalanan atau balik dari kerja tanda/tick di ruangan berkenaan alahhhh senang aje lahhhh..untuk 'Bahagian 'D6' hangpa kena cerita secara ringkas la bagaimana kemalangan berlaku bahagian 'D6' ni ianya focus pada kemalangan di tempat kerja hangpa ceritala sikit..contohnya "ketika pekerja sedang memotong ayam tiba-tiba pisau yang digunakan terpelanting lalu terkena pada tangan kenan pekerja"hahahahaha tu contoh lahhh hahahaha..senang aje lahhh..cuma 'Bahagian 'D8' tu hangpa kena hati2 sikit hahaha hati2 bukan kerna apa pun hangpa kena nayatakan secara jelas PERIHAL Kecederaan yang dialami pekerja tersebut...contoh nya patah tulang kaki kanan,buta mata sebelah kiri hehehe tu contohnya nak kena habaq anggota yang cedera kiri atau kanan,patah atau luka2 bla bla bla lepas selesai isi bahagian 'D' maka selesailah untuk isi tuntutan kemalangan semasa bekerja/kemalangan jalan raya dengan mengunakan borang 34 bahahaha..yang bahagian 'E' untuk Penyakit Khidmat tu jangan dok gatal nak pi isi kalau hangpa nak tuntut kemlaangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya hahahaha untuk 'Bahagian 'E' yang nak tuntut penyakit khidmat saja...jadi hangpa tinggal kosong aje bahagian tu...
kikikiki begitu juga 'Bahagian 'F' hangpa tinggal kosong juga hahaha 'Bahgian 'F' untuk di isi oleh mereka2 yang nak tuntut Pencen Ilat hehehe nanti aku habaq lain masa geng..maka tinggalkan kosong bahagian tu..ok untuk 'Bahagian 'I' plak untuk ditanda tangani oleh pihak majikan jadinya jangan dok gatal2 tanda tangan sendiri hahahaha kena majikan isi dan tanda tangan dan cop syarikat lahhh maka habislah isi borang 34 untuk tuntutan kemalangan hahahahaha pehhh senang sangat geng :) OK geng last sekali adalah 'Bahagian' J' bahagian ni kena isi betul2 khususnya untuk maklumat/butiran pekerja yang kemalangan tu la..nama nak kena betul begitu juga nombor kad pengenalan dan juga alamat sebab depa nak buat cek bayaran kena pastikan nama betul dan alamat dalam bahagian 'J' ni penting untuk digunakan untuk pos cek bayaran nanti hehehe pastu yang last kena tanda tangan lahh borang tu yang tanda tangan adalah pekerja hahaha bukan majikan..Ohhh ya geng untuk 'Bahagian 'J' 1 hingga 'J'5 yang ni kalau hangpa kemalangan dan hidup lagi jangan dok isi bahagian ni hahahaha..bahagian ini untuk melibatkan kematian saja..jadi jangan dok isi kecuali melibatkan kematian..bahagian 'J' 6 dan 7 isi dan tanda tangan aje lah..MAKA SIAPLAH pengisian Borang 34 Borang Notis Tuntutan Faedah Perkeso hahaha
Untuk kes2 kemalangan jalan raya hangpa jangan lupa geng ianya masih kekal seperti dulu hahaha kes kemalangan jalan raya tak kiranya pergi/balik kerja atau dalam waktu rehat dibenarkan atau semasa kerja bawa lori ka apa ka pastikan LAMPIRKAN Laporan Polis dan Peta lakar arah perjalanan semasa kemalangan berlaku...Ok lahhh cukup setakat tu lah geng doakan aku dan keluarga sihat2 ini sahaja lah yang mampu aku sumbangkan..nak ajaq lebih2 tak la pandai sangat hehehe..kalau tak faham lagi pi la mana-mana pejabat perkeso terdekat Inshallah depa baik2 depa boleh ajar sampai hangpa khatam bab isi borang 34 ni hahahahaha.

Khamis, 13 April 2017

Claim lah dengan Perkeso jika mengalami bencana kerja..itu hak anda sebagai pencarum!!!

1.Salam geng..baru-baru ni ada yang dok tanya kat aku katanya dia ada pekerja berstatus OKU (Orang Kelainan Upaya/Orang Kurang Upaya)soalnya jika pekerja itu terlibat dalam kemalangan sama ada di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja atau perjalanan balik kerja boleh kah dia claim/membuat tuntutan dengan pihak Perkeso?aduhhhh termenung aku kejap..sejak bila plak Perkeso dok pilih status OKU atau tidak geng???itu sama sekali tak jadi PERSOALAN!!!yang penting seseorang itu pekerja diambil bekerja warganegaranya rakyat kita maka tak kiralahhh statusnya sihat ka kurang sihat ka dah kahwin ka janda ka bini orang ka laki orang ka anak teruna ka anak dara ka kerja aja wajid carum dengan pihak Perkeso dan sudah pasti ia dilindungi oleh pihak Perkeso jika berlaku apa2 musibah seperti aku dok habaq tadi...
2.Soal status kurang upaya ka cacat ka itu tak jadi masalah pun, depa ni sama aja status ni jangan dok ambik kira!! bila berlaku musibah di tempat kerja pihak Perkeso lindunginya..hangpa tak payah dok pening2 lahhh claim aje dengan pihak Perkeso,pasai pa plak dok fikir sebab dia OKU maka hangpa dok teragak agak boleh claim ka tidak dengan Perkeso...aiyaaaa cukup senang geng..tak kirala apa jua keadaan fizikal kita..cacat ka tidak cacat ka bila kita bekeraja dan dapat kemalangan boleh claim dengan pihak Perkeso!!!yang tu tak dak sapa boleh NAFI!!!!Geng..akta digubal dan dikuatkuasakan meliputi semua manusia tak kiralah cacat ke tak cacat ke OKU ke atau sihat sepenuh nye ke!!!semua sama dari segi undang2 dan akta..makanya boleh claim sapa kata tak boleh claim jika berlaku kemalangan keatas pekerja walaupun ianya seorang OKU!!!
3.Harap isu ini jelas dan majikan jangan dok pening tak tentu hala..ada aje pekerja kemalangan terus claim dengan pihak perkeso...senang ajeee hahaha jangan dok fikir melangkaui imignasi yang bukan2 kikiki..soal kecuaianya ka soal salah pekerja ka itu soal lain!!!claim tetap boleh claim!mana ada orang saja2 nak kemalangan?nak claim Perkeso macam biasa tugas2 claim dan isi boring claim pihak majikan kena buat..kalau dulu isi borang 21 la ni hangpa kena isi borang 34..isi borang 34 tak susah senang sangat ehhh..kalau tak tahu sangat pi lahh kema mana-mana pejabat Perkeso terdekat hangpa minta nak jumpa pegawai bertugas hehehe minta dia tolong ajarkan hahahaha Inshallah depa akan ajarkan..hehehe depa tak marah depa kompem akan layan hangpa dengan baik2 percayalah dulu lain karang dah lain hahaha :)

Selasa, 11 April 2017

Faedah Pengurusan Mayat (FPM)Perkeso Naikkk!!!Alhamdulilah

1.Alhamdulilah berkuatkuasa 1 Januari 2017 mana-mana kematian yang layak untuk mendapat Pencen Penakat dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di mana pihak Perkeso akan membayar Faedah Pengurusan Mayat (FPM)/Khairat kematian/pengkebumian yang berjumlah rm2000 yakni dengan kata mudahnya mana-mana kematian selepas 1 Julai 2016,yang dulunya FPM/khairat kematian/pengkebumian Perkeso dibayar rm1500 sahaja nahhh kini naik 30% geng naik menjadi rm2000!mana-mana yang tak tahu benda ni jangan dok risau jangan dok pening hangpa pi mana-mana pejabat Perkeso untuk buat tuntutan depa akan bagi jumlah yang baru lahhh hehehe..tapi melibatkan kematian yang bermula dari 1 Julai 2016 hingga kini lahhh yang kematian terkebelakang dari tarikh tu maka bayaran tetaps ama iaitu rm1500 hehehe..nah baca kenyataan akhabar ni hangpa paham lah hehehe..ooo yaa kalau ada yang da terlepas dari tarikh kematian tu iaitu 1 Julai 2016 yang mana Perkeso dah bayar rm1500 jangan risau depa akan buat pelarasan balik yang mana kurang akan depa top up semula :)nahhh ni kenyataan akhbar tuuu..