Ahad, 16 April 2017

Cara Nak Isi Borang 34 Perkeso@Tuntutan Kemalangan..semudah A B C

1.Salam geng hahaha awat ramai sangat dok pening nak isi borang 34 Perkeso ni hahaha jangan dok pening geng senang jah ehh nak isi boring 34 Perkeso tu..dulu kalau kita nak claim/buat tuntutan dengan Perkeso banyak sangat borangnya claim kemalangan borang lain,claim kematian borang lain.claim penyakit khidmat borang lain,sekarang semua claim Perkeso depa buat dalam satu borang aje haha nama borang tu Borang 34,jangan dok tanya sebab apa depa panggil Borang 34 hahaha aku sendiri pun tak leh jawab wakakaka..mai aku nak ajaq sikit cara nak isi..Pertamanya hangpa tengok dulu claim apa yang hangpa nak buat hehehe kalau kemalangan di tempat kerja hangpa isi aje di bahagian kemalangan..mai tengok borang ni..muka surat pertama ..tengok gambaq kat bawah tu hahhh jangan dok tengok gambaq lain kakaka Wo wo semua borang2 ni majikan kena isi hangpa jangan dok memandai isi sendiri..
Bahagian 'A' butir-butir Orang Berinsurans tu adalah merujuk kepada 'orang yang nak claim'hahahaha senang cakap 'orang yang terlibat dalam kemalangan lahhh' hahhh jadinya isi la nama bla bla bla di 'Bahagian 'A'  tersebut alahhh senang aje ehhh..selesai kita pi 'Bahagian 'B' plak kiki 'Bahagian 'B' adalah butir-butir majikan maka hangpa isilah nama majikan bla bla bla tak leh isi hangpa ketuk kepala kat dinding lahhh senang aje tu pun x leh ka wakakakaka.. siap isi 'Bahagian 'B' kita pi 'Bahagian 'C' hak ni merujuk kepada butir-butir/maklumat gaji haaaaa yang ni ISI BETUL2 geng..yang lain tu senang cuma bahagian 'C4' tu hangpa kena isi maklumat gaji ENAM BULAN KE BELAKANG DARI BULAN KEMALANGAN contohnya kalau hangpa kemalangan bulan 4/2017 maka maklumat gaji yang perlu hangpa isi kan di 'bahagian 'C4' ini adalah maklumat-maklumat gaji dari BULAN 3/2017 ke belakang enam bulan iaitu bulan 3/2017,2/2017,1/2017,12/2016,11/2016 dan bulan 10/2016 maka cukuplah 6 bulan maklumat gaji pekerja yang nak claim tuuuuu hahahaha..geng jangan dok lupa kena lampirkan slip gajinya sekali hahahaha..pehh ni baru muka surat pertama borang 34 ni kikiki senang aje kan..baik mai tengok pula 'bahagian 'C3'bahagian ni KENA TANDA jangan dok tinggal kosong macam tu aje hahaha kalau hari kemalangan majikan bayar gaji maka tick/tanda lah di ruangan ada bayar gaji dan kalau tak bayar gaji pada hari kemalangan maka tanda lah di ruangan tak bayar gaji pada hari kemalangan...alahhhh kacang aje lahhhh tapi bab kacang ni lah kalau tertinggal nak ISI dan nak TANDA ia sedikit sebanyak melambatkan claim hangpa dapat wakakakakaka..OK maka habislah muka surat PERTAMA Borang 34 di isi senang kan..so jom masuk muka surat kedua plakkk iaitu 'Bahagian 'D'
 
Bahagian 'D' ni adalah PERLU di isi untuk kes2 tuntutan Kemalangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya sahaja..yang nak claim lain2 jenis tu jangan dok gatal2 nak isi bahagian 'D' ni hahahaha..ok 'Bahagian 'D' ni senang ajo lah hangpa tulislah dan isi lah tarikh kemalangan tu,masa kemalangan tu bla bla bla yang tu jangan dok lupa isi lahh pastu bahagian 'D3' itu nak kena 'tandakan/tick' kemalagan tu berlaku kat dalam kedai/tempat kerja ka atau kat jalan raya ka..hangpa tick salah satu aje jangan dok ngada-ngada nak tick kedua duanya hahaha..manakala 'Bhagian 'D4' plak  'Bila Kemalangan Berlaku' yang ni jugak hangpa kena 'tanda/tick' yang mana berkenaan sahaja kalau kemalangan 'semasa bekerja maka tanda/tick' diruangan tersebutlahhh kalau kemalangan dalam perjalanan atau balik dari kerja tanda/tick di ruangan berkenaan alahhhh senang aje lahhhh..untuk 'Bahagian 'D6' hangpa kena cerita secara ringkas la bagaimana kemalangan berlaku bahagian 'D6' ni ianya focus pada kemalangan di tempat kerja hangpa ceritala sikit..contohnya "ketika pekerja sedang memotong ayam tiba-tiba pisau yang digunakan terpelanting lalu terkena pada tangan kenan pekerja"hahahahaha tu contoh lahhh hahahaha..senang aje lahhh..cuma 'Bahagian 'D8' tu hangpa kena hati2 sikit hahaha hati2 bukan kerna apa pun hangpa kena nayatakan secara jelas PERIHAL Kecederaan yang dialami pekerja tersebut...contoh nya patah tulang kaki kanan,buta mata sebelah kiri hehehe tu contohnya nak kena habaq anggota yang cedera kiri atau kanan,patah atau luka2 bla bla bla lepas selesai isi bahagian 'D' maka selesailah untuk isi tuntutan kemalangan semasa bekerja/kemalangan jalan raya dengan mengunakan borang 34 bahahaha..yang bahagian 'E' untuk Penyakit Khidmat tu jangan dok gatal nak pi isi kalau hangpa nak tuntut kemlaangan di tempat kerja/kemalangan jalan raya hahahaha untuk 'Bahagian 'E' yang nak tuntut penyakit khidmat saja...jadi hangpa tinggal kosong aje bahagian tu...
kikikiki begitu juga 'Bahagian 'F' hangpa tinggal kosong juga hahaha 'Bahgian 'F' untuk di isi oleh mereka2 yang nak tuntut Pencen Ilat hehehe nanti aku habaq lain masa geng..maka tinggalkan kosong bahagian tu..ok untuk 'Bahagian 'I' plak untuk ditanda tangani oleh pihak majikan jadinya jangan dok gatal2 tanda tangan sendiri hahahaha kena majikan isi dan tanda tangan dan cop syarikat lahhh maka habislah isi borang 34 untuk tuntutan kemalangan hahahahaha pehhh senang sangat geng :) OK geng last sekali adalah 'Bahagian' J' bahagian ni kena isi betul2 khususnya untuk maklumat/butiran pekerja yang kemalangan tu la..nama nak kena betul begitu juga nombor kad pengenalan dan juga alamat sebab depa nak buat cek bayaran kena pastikan nama betul dan alamat dalam bahagian 'J' ni penting untuk digunakan untuk pos cek bayaran nanti hehehe pastu yang last kena tanda tangan lahh borang tu yang tanda tangan adalah pekerja hahaha bukan majikan..Ohhh ya geng untuk 'Bahagian 'J' 1 hingga 'J'5 yang ni kalau hangpa kemalangan dan hidup lagi jangan dok isi bahagian ni hahahaha..bahagian ini untuk melibatkan kematian saja..jadi jangan dok isi kecuali melibatkan kematian..bahagian 'J' 6 dan 7 isi dan tanda tangan aje lah..MAKA SIAPLAH pengisian Borang 34 Borang Notis Tuntutan Faedah Perkeso hahaha
Untuk kes2 kemalangan jalan raya hangpa jangan lupa geng ianya masih kekal seperti dulu hahaha kes kemalangan jalan raya tak kiranya pergi/balik kerja atau dalam waktu rehat dibenarkan atau semasa kerja bawa lori ka apa ka pastikan LAMPIRKAN Laporan Polis dan Peta lakar arah perjalanan semasa kemalangan berlaku...Ok lahhh cukup setakat tu lah geng doakan aku dan keluarga sihat2 ini sahaja lah yang mampu aku sumbangkan..nak ajaq lebih2 tak la pandai sangat hehehe..kalau tak faham lagi pi la mana-mana pejabat perkeso terdekat Inshallah depa baik2 depa boleh ajar sampai hangpa khatam bab isi borang 34 ni hahahahaha.

24 ulasan:

  1. Salam bro nak tanye,lampiran yg nak kene ade utk submit borang ni :
    1. IC dpn belakang
    2. Report polis
    3. Slip gaji 6 bulan

    Tuje kan

    Thanks for info

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro hahaha hang kemalangan jalan raya ka apa bro kikiki semoga cepat sembuhla bro hahaha..
      1.Kalau kemalangan jalan raya betoi la tu nak kena ada laporan polis,peta lakar arah perjalanan dari mana nak kemana,salinan IC,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,puch card@rekod kedatangan bulan kemalangan..pastu hantar la dengans enyuman manis hahahaha

      wasalam

      Padam
  2. medical report tak payah request ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. x payoh la jad,demo nak buat gapo medical report tuhhhh hahahaha

      Padam
    2. Punch card untuk 6 bulan ke jika kemalangan balik dari overtime ?

      Padam
    3. apa yang puch card 6 bulan tu puan hihihi

      Padam
  3. Salam bos, nok tanya , biasa nya kalau complete semua, g hanta kat perkeso, bape minggu boleh dapat claim?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasam tuan acapa haaha
      1.Biasanya ia bergantung jugak sama ada claim kemalangan dalam tempat kerja atau kemalangan jalan raya...

      2.Kalau kemalangan jalan raya kena melalui siasatan dulu la,berbeza dengan kemalangan ditempat kerja biasanya pihak Perkeso akan terus buat bayaran jika semua dokumen lengkap dan ia tidak menimbulkan keraguan dalam kes tuntutan tu..

      3.Biasanya dalam 14 hari paling lewat dah tu MESTI kes diselesaikan!!!

      wasalam

      Padam
  4. Salam bro mcm mana cara nak buat tuntutan socso Kali ke 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam geng hahaha..geng nak buat tuntutan socso kali kedua tu maksudnya untuk claim cacat kekal ke?hahaha senang aje geng tak susah..ok kalau lepas kemalangan dan semua MC/Cuti sakit Perkeso dah bayar dan hangpa dah boleh kerja semula dan jika ada cacat kekal seperti patah tangan dan seumpamanya maka boleh aje claim tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK@cacat kekal) caranya pi opis perkeso dan ambil boring cacat kekal hahahaha senang bukan hahahaha jangan dok pi pejabat kadi ambil boring lain lak geng kikikiki..dalam boring cacat kekal itu ada boring laporan perubatan maka pi lah beli laporan perubatan itu di hospital yang merawat bro masa kemalangan tu hehehe..siap hantarla ke pejabat perkeso yang bro berurusan dulu hehehe ala senang kan bro:)

      Padam
  5. Salam.. Saya nak bertanya.saya jatuh di tempat kerja 15/6/18..doktod sahkan... Elbow dislocation... HUS semua Sudah ok.. Tapi..sekarang tangan saya tak separti dulu... Tangan saya tidak boleh lurus sepenuhnya..angkat kotak pun masih terasa sakit.adakah saya boleh buat HUK... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro..Inshallah boleh aje buat tuntutan Hilang Upaya Kekal (HUK)..hehehe pas ni pi la ke pejabat Perkeso ambik borang HUK tu bro..dapat ke tak dapat ke ianya diputuskan Oleh pihak Jemaah Doktor (JD) Inshallah ada rezeki bro dapatla..

      wasalam

      Padam
  6. As’salam bro. Retak tulang boleh mohon HUK tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam Bro hahaha boleh bro mohon aje bro..ianya sentiasa PERCUMA..ada rezeki dapat 1% pun jadila hehehe..tapi sebelum buat HUK kena selesaikan tuntutan HUS dulu bro heheh HUS (Hilang Uapaya Sementara) dah dibuat ke belum ni bro.

      wasalam

      Padam
  7. Nak tanya isteri saya dia dah jatuh sakit dan disahkan sakit mantel.. Tapi selepas lama dia dah berhenti kerja.. Boleh ke kita claim di socso@ada tak apa2 bantuan dari perkeso kes macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga Isteri Tuan diberi kesihatan yang berpanjangan hendaknya.

      2.Tuan isteri tuan kerja dimana?dah berapa lama beliau bekerja?sektor swasta ke tuan?

      3.Kalau Isteri tuan bekerja di sekstor swasta dan belum mencapai umur 60 tahun jika disahkan mengalami penyakit Mental/gila saya syorkan tuan buat permohonan PENCEN ILAT dengan pihak PERKESO.

      4.Caranya tuan ke pejabat Perkeso terdekat dan buats emakan kelayakan caruman dulu di pejabat PERKESO...MOHONLAH tuan jangan tak mohon kesian isteri tuan.

      wasalam

      Padam
  8. Salam bro. Sekiranya laporan polis buat lepas dr tarikh berlaku nya kemalangan ada masalah x utk klim. Utk pengatahuan sy jatuh moto tanpa melibatkan kenderaan lain. Perlu juga ke utk buat laporan polis. Mc lebih 2 mggu sbb cedera. Tq bro.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam Bro hahaha semoga cepat sembuh bro..

      1.Laporan polis WAJIB dibuat bro walaupun langgar biawak sekalipun hahahaha..jatuh sendiri pun kena buat laporan polis bro..jangan risau buatla laporan polis lambat takpa janji buat..wajib tu bro bukan sunat2 lagi tu hehehe

      2.Lepas buat laporan polis maka segeralah bagi laporan polis original tu beserta MC original pada pihak majikan untuk diserahkan pada pihak Perkeso...jangan dok bertangguh bro MC 2 minggu tuuu

      wasalam

      Padam
  9. As salam..sy dh hntar tok mc yg 2bulan kt socso..klau sy ade smbungan mc..mcm mne..nk kena isi blik ke borang 34 tu dan hntar

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro..tak perlu lagi isi borang 34 bro..isi borang 34 hanya sekali sahaja..jadinya masa nak hantar mc selanjunya atau mc tambahan tu pi aje kat kaunter hantar aje macam tu jangan risau..fail bro dah ada hehe

      Padam