1.Hari ni aku nak ulas sikit isu berkenaan Sijil sakit atau MC khususnya melibatkan tuntutan dengan pihak Perkeso..hangpa kena ambil serius sikit berkenaan isu ni nampak isu macam remeh tapi benda remeh temeh macam ni lah yang menyebabkan tuntutan lambat di bayar hahaha..sebab isu ni lah tuntutan kadang2 kena kuiri pi mai pi mai jadi lambat jadinya kakakaka..mai nak habaq sini sikit..harap lepaih ni perkara ni tak berulang ulang lagi kikiki..bila tak dak kesalahan maka cepat ajo Perkeso buat bayaran ini bukan janji tapi pasti hahaha..
2.Pertamanya Sijil sakit(MC) yang hangpa kemukakan pada pihak Perkeso untuk tuntutan kemalangan sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan pergi/balik kerja dan yang berkaitan dengannya,hangpa kena pastikan Sijil Cuti Sakit(MC) itu adalah yang betul-betul dikeluarkan oleh pihak Hospital atau Klinik yang sah dari segi undang2 hahaha dengan kata lain pengamal perubatan berlesen!!!makanya Sijil Cuti Sakit (MC) itu perlu dikeluarkan oleh Doktor Perubatan yang bertauliah bukannya Sijil Cuti Sakit (MC) dari Pengamal Perubatan Tradisional/Tabib Cina/Tok Bomoh/Tok Mudin dan sebagainya lahh dan..sayugia diingatkan Sijil Sakit itu PERLU betul2 yang ASLI bukannya hangpa pi beli mana2 sijil sakit dengan pihak sendiket,ingat jika tertangkap pihak Perkeso tidak teragak-agak akan caj kamu di Mahkamah..baru-baru ni telah terbongkar pemalsuan sijil sakit(MC) yang dilakukan di negeri Perak dan Johor..hangpa jangan dok buat perkera bodoh sebegini kelak diri sendiri merana!ingat macam aku kata tadi Sijil Sakit(MC)hendaklah dikeluarkan oleh Hospital/Klinik Perubatan yang berdaftar..tak kira lah Klinik swasta atau Hospital Swasta atau Kerajaan sekalipun..dua dua laku dan sah!
3.Keduanya..bila hangpa dah dapat Sijil Cuti Sakit (MC)jangan terus balik dulu..hangpa dok klinik/Hospital sila semak dulu butiran yang ada dalam Sijil Sakit(MC) itu betul atau tidak periksa dan baca satu persatu..kalau nama hangpa Hazri bin Harun pastikan dalam Sijil Sakit(MC)itu tertulis sebegitu hehehe jangan dok tulis Subramaniam bin Harun plak hahaha haru kompem Sijil Sakit tu Perkeso tendang punye kah kah kah..pastu lihat nombor Kad Pengenalan (IC) pastikan nombor IC betul sepertimana yang tercatat dalam IC kamu hehehe dan apa yang lagi penting pastikan pada Sijil Sakit(MC) itu pihak doctor ada menulis Nombor Kad Pengenalan (IC) hangpa..lepas itu jangan balik lagi!!!sila periksa plak tang tarikh cuti sakit serta tahun cuti sakit itu betul atau tidak!!!banyak kes pihak doctor salah tulis tahun pada tarikh sijil sakit maka tak pasal pasal sijil sakit tu kena kembalikan pada hangpa semula untuk dibawa jumpa pihak doctor dan betulkan semula ini semua melambatkan proses bayaran dilakukan!!!hampehhhhh!
4.Ketiganya hehehe Pastikan COP Hospital atau Klinik yang keluarkan Sijil Sakit(MC) itu ada pada sijil sakit(MC), ada kes sijil sakit(MC) yang tak de cop hospital/Klinik hahaha kita tak tahu sijil sakit tu datang dari mana hahaha ni pun satu masalah terpaksa return lagi sijil sakit(MC)itu pada hangpa dan hangpa kena buat kerja berulang pi lagi Hopital/Klini untuk dapatkan Cop pada Sijil Sakit(MC) tersebut ini semua kerja bazir masa kikiki untuk itu hangpa kena ambil tahu hal ini dan jangan lupa tengok nama doctor ada atau tak dak dinyatakan dalam Sijil Sakit(MC) itu hahahaha..KENA ada COP nama Doktor yang keluarkan sijil sakit itu bro jangan dok main2 bagi Sijl Sakit(MC) tapi tak tahu sapa yang keluarkan dan doctor mana yang bagi hahaha ni silap2 sijil beli tu yang kena tendang dan buat semakan semula,Nahhhh isu isu berkaiatan Sijil Sakit(MC) ini walaupun dianggap kecil namun kesannya besar geng..kalau nak tahu cuba lahhhh kah kah kah kompem lambat la hangpa terima bayaran kalau isu Sijil Cuti Sakit(MC) ini bermasalah!
5.Dan yang terakhir bila mana nak submit pada pihak Perkeso maka hantarlah Sijil Sakit(MC) yang asal jangan dok hantar sijil sakit(MC) yang di Photostat atau Photostat warna sekalipun tak boleh diguna pakai mesti hantar yang ASAL kecuali lah sijil sakit itu disahkan salinan asal oleh pihak Doktor/Hospital yang keluarkan Sijil Sakit(MC) tersebut,pengesahan 'salinan diakui benar' ini perlu dibuat oleh Doktor/Hospital/Klinik yang keluarkan Sijil Sakit(MC)tersebut hahahaha Cop salinan diakui benar atau sah dari mana mana pihak lain tak kiralah dari pihak majikan,imam,polis,tok kadi,tok mudin,guru besar dans ebagaimana yang lain tidak sah diguna pakai dalam tuntutan Perkeso untuk memeperakui salinan sijil sakit(MC).Ok la geng tu saja untuk hari ni..maaf banyak2 taks empat jawab banyak soalan hangpa dok Tanya Inshallah ada masa terluang aku jawab sikit2..jangan dok marah noooo..tak dan masa geng nak jawab semua..hangpa pi la kaunter Perkeso Inshallah depa sedia menjawabnya Inshallah depa semua baik2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan