Selasa, 24 Oktober 2017

Bronchial Asthma berpunca dari kerja boleh claim dengan Perkeso!

1.Salam geng hari ini aku pi ke sebuah Kilang Sawit nun agak jauh dari tempat kerja aku tapi takpa jauh pun kita pi jangan risau hehehe itu dah dinamakan kerja..tahu dak kilang sawit ni apa hahaha alah kilang yang memproses buah sawit jadi minyak sawit tu laaa hahaha..tu namanya kilang sawit kikiki..macam biasa la geng pi siasat kes lah hari demi hari macam tu lah kerjanya..hari ni jugak macam semalam siasat kes tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso,tapi kali ni kes nya  agak baik jalan ceritanya dan tuntutannya munasabah dengan penyakit yang beliau alami iaitu Penyakit 'Bronchial Asthma' dengan bahasa mudahnya asma atau penyakit lelah orang kampong aku cakap kikiki..
2.Pak cik ni bekerja sebagai 'fitter mekanik'  aku panggil pak cik sebab pangkatnya seumpama ayah aku dah tuanya hehe..kerjanya pada setiap hari baiki mesin dan alatan kilang sawit yang rosak dan beliau juga lakukan selenggaraan setiap 2 jam sekali untuk bersihkan habuk2 di kawasan enjin memproses isirung sawit hehehe itu bahasa mudah aku la main bedal aje isirung..bahasa betul nye 'NUT' yang ada macam tempurung isi rung sawit tu kat bahagian dalam..bila depa proses jadi hancur dan berdebu dan berhabuk jadi nak kena bersihkan setiap 2 jam sekali kalau tak dibersihkan production jadi tak elok asyik dok melekat jadinya..aku ada masuk ke tempat ni ianya memang berdebu geng pehh pakej dengan kegatalan muka sekali aku dapat kikiki..jadinya kerja nak kena sentiasa pakai 'mask' kat kawasan ni..kalau pakai full mask lagi bagus aku rasa..tapi macam biasala kalau full mask ni aku tak selesa kikiki panas siot!
3.Pakcik ni kerja dah berpuluh tahun geng..dulu tak dak sikit pun lelah/asma/asthma nihhh gagah perkasa pak cik ni maju saja pantang undur hahaha..tak merokok orangnya dan tiada asthma warisan dari generasinya dengan kata mudahnya dia ni bebas dari genetic asthma hehehe semua keluarga nya turun temurun tak dak asthma nih!!..namun dek kerana terdedah pada setiap hari pada debu dan habuk yang perlu beliau bersih setiap 2 jam sekali lama kelamaan beliau disahkan mengalami masalah 'Bronchial Asthma' nahhh ia amat logic sekali geng 'bronchial asthma ni bukan suka-suka mai kat kita macam tu jahhh benda ni datang bersebab geng benda ni tak dak suka suka bertandang datang macam tu jah adalah tu puncanya kikiki..jadinya penyakit ini setelah dok tilik tengok maka ia boleh dikatakan BERPUNCA dari pekerjaan sehariannya lah bukan dari sebab lain2 lah!!!mau dak nyer aku masuk tengok penuh habuk debu kat tempat kerjanya..aku habaq tadi pakej gatal muka sekali dapat!
 
4.Selepas selesai mengambil pernyatan beliau dan membuat lawatan ke dalam kilang tempat beliau bekerja Inshallah tidak lama kemudian pak cik ini akan di rujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) sebabnya penyakit Khidmat yang dialami pak cik ini terdapat dalam jadual ke 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969..haha maka pihak Jemaah Doktor Khas (JDK) inilah yang akan memutuskan sama ada pak cik ini disahkan mengalami Penyakit khidmat disebabkan kerja atau sebaliknya..jika pihak JDK memutuskan ianya Penyakit Khidmat maka mereka akan memberi taksiran  dalam bentuk peratus(%) dan pihak Perkeso akan membayarnya dengan senang hati Inshallah ianya adalah satu proses yang AMAT TELUS!!!100 % telus geng!!!jangan dok risau pasal ketelusan hehehe..
 
5.Untuk kes sebegini selain dari mengisi Borang tuntutan Penyakit Khidmat iaitu Borang 34 pihak penuntut juga perlu kemukakan bersama sama borang 34 adalah laporan Perubatan untuk Penyakit Khidmat, jangan dok hantar borang 34 sahaja kena sekali lampir dengan laporan Perubatan dan juga lebih elok lebih mujarab dan perlu juga lampirkan juga keputusan Respiratory test hehehe biasanya kalau pi Jemaah Doktor Khas depa akan buat  sekali lagi tuuu..Respitory test penting juga tu geng..Ok geng senang aje nak claim Perkeso ni sapa kata payah nya!!!Kalau kita di pihak yang betul ia akan menjadi mudah hehehe...dok bagi alasan birokrasi la payah la hampeh dah dok dengar orang cakap macm tu lah jadinya hahaha..hangpa yang dok ikut blog aku ni pasti bosan asyik dok baca pasal perkeso je hari2 kah kah kah padam muka hangpa  kikiki hangpa tau dak benda inilah pada satu hari nanti akan jadi satu tinggalan amal jariah jika seandainya satu hari nanti aku meninggal dunia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan