Kemalangan dalam perjalanan balik kerja harapnya tiada lencongan ke mana2 tempat yang tak sepatutnya hangpa pergi..maksud aku kalau dalam perjalanan nak balik ke rumah selepas kerja maka hangpa pulangla ke rumah terus hehehe..seandainya perjalanan itu dari tempat kerja hendak balik ke rumah, tiba-tiba Isteri atau Ibu kalian call minta beli kek di sebuah kedai yang terletak jauh dan melepasi rumah hangpa..dengan kata lain dah melencong ke arah lain dari rumah kita yang hendak dituju itu, dan jika berlaku kemalangan maka ianya sama sekali bukan dalam liputan Perkeso untuk dibawah skim bencana kerja!ianya cukup jelas!..kesian aku dengan anak muda ini..dalam perjalanan balik kerja ibunya call minta belikan kek di Bandar dan beliau pun menungganglah motorsikalnya menuju ke arah kedai yang dimaksudkan ibunya itu dan melencong jauh dari laluan dari pulang ke rumahnya..jauh melencomg dan nasib tak baik kemalangan..bila kita siasat arah perjalanan jelas melencong jauh dari laluan sebenar pulang ke rumahnya dengan kata lain rumahnya telah dilintasinya untuk ke Bandar..kalau begini tak dapatla buat apa2 sebab memang bukan bencana kerja mengikut Akta Keselamtan Sosial Pekerja 1969..melainkan jika kemalangan itu meragut nyawanya dan beliau cukup dari segi kelayakan caruman dan umur belum mencapai 60 tahun maka layaklah untuk memohon Pencen Penakat.
Rabu, 29 November 2017
Selasa, 28 November 2017
7100 Pekerja Hilang Pendengaran disebabkan kerja tahun lalu-JKKP Pehh!!!
1.Menurut Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),menyatakan pada tahun lalu iaitu tahun 2016 didapati sebanyak kira-kira 7,100 pekerja telah mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja mereka,jujurnya angka yang diberikan oleh pihak JKKP ini agak membimbangkan apatah lagi trend ini menunjukkan peningkatan kes hilang pendengaran dari tahun ke tahun yang boleh dianggap serius,sebagai contoh tahun 2015 sebanyak 5000 kes hilang pendengaran yang disebabkan kerja..ia jelas menunjukkan peningkatan demi peningkatan..jujurnya tiada satu pun pekerja yang akan mendambakan untuk hilang pendengaran..ia sebenarnya boleh dielakkan dengan mengambil langkah2 yang perlu termasuk memakai alatan perlindungan diri (PPE) seperti ear plug sebagai contoh! Namun jika terjadi juga masalah sebegini apakah langkah seterusnya kalian harus lakukan..adakah hanya berdiam diri sahaja?adakah hanya menjadi rutin pada setiap tahun melalukan pemeriksaan tahap pendengaran tanpa mengambil langkah2 untuk menuntut hak kita dengan pihak Perkeso?atau ada yang masih tidak tahu...
2.Jujurnya banyak kes-kes yang ditemui, yang mengalami masalah hilang pendengaran ini melibatkan pekerja Industri2 membuat botol,logam,tin,kuari,alat ganti kereta dan akhir2 ini kes2 melibatkan kilang memproses minyak kelapa sawit dan juga kilang menghasilkan mosaic..kebanyakkan kes2 hilang pendengaran ini biasanya melibatkan seseorang pekerja yang bekerja di sesuatu kilang yang mengeluarkan/terdedah kepada pencemaran bunyi bising yang berpanjangan untuk tempoh yang agak lama..kes2 hilang pendengaran tidak wujud untuk sehari atau setahun bekerja..adalah biasa untuk tempoh 5-10 tahun atau berbelas tahun barulah kesan-kesan hilang pendengaran ini mula dikesan apabila menjalani ujian rutin keatas pendengaran pekerja dilakukan..dan biasanya untuk sesebuah kilang mereka menyediakan mapping noise untuk menunjukkan kawasan2 yang berisiko terdedah kepada pencemaran bunyi yang bising ini!
3.Apa hak-hak kalian semua apabila disahkan hilang pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan???Hehehe seringkali aku nyatakan di blog ini bahawa jika sekiranya kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan pekerjaan atau kerja maka mohon majikan kalian untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi Borang 34 dimana tuntutan yang wajar dilakukan dengan pihak Perkeso adalah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat!!!Jangan kuatir jangan risau jangan gundah gulana tuntutan Penyakit Khidmat ini tidaklah rumit seperti yang di gambarkan, prosesnya tak susah jangan kalian dengar nasihat-nasihat yang bersifat negatif..cukup senang sahaja untuk dilakukan..langkah pertama macam aku nyatakan tadi, mintalah majikan kalian untuk mengisi borang 34 Perkeso, untuk kes Hilang Pendengaran disebabkan kerja atau pekerjaan maka majikan perlu sertakan bersama mapping noise, keputusan hearing test pekerja terbabit,dan juga mengemukakan laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat (guna laporan perubatan dengan mengunakan format yang disediakan pihak Perkeso)..
4.Apabila kesemua dokumen yang ingin dilampirkan bersama Borang 34 Perkeso telah lengkap sepenuhnya maka hantarlah ke mana-mana pejabat Perkeso yang kalian biasa berurusan..setelah itu tunggulah pihak Perkeso akan memanggil kalian, untuk dirujuk ke Jemaah Doktor Khas(JDK) dan pihak JDK lah yang akan menentukan kalian mengalami masalah hilang pendengaran disebabkan kerja atau sebaliknya, dan jika diputuskan hilang pendengaran disebabkan kerja maka pihak JDK akan putuskan % untuk kecacatan hilang pengengaran tersebut..disini apa yang diputuskan pihak JDK adalah dibawah bidang kuasa mereka tanpa campur tanggan pihak Perkeso.
Sabtu, 25 November 2017
jatuh di tempat kerja segeralah dapatkan rawatan hari yang sama untuk mudahkan claim Perkeso
1.Minggu lepas aku siasat satu kes kemalangan di tempat kerja dan pekerja ni telah pun membuat tuntutan dengan pihak Perkeso/Socso, sebab apa kes beliau yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja perlu di siasat?sebabnya apabila wujud was2 dan keraguan terhadap sesuatu kes, kes tersebut akan terus ke pegawai siasat, maka selepas itu siasatan bermula lah..Namun jika kes betul2 berlaku di tempat kerja dan terus mendapatkan rawatan pada hari yang sama, biasanya ia tidak akan menimbulkan banyak masalah,cukup dokumen yang diminta, pihak Perkeso akan membuat bayaran Inshallah..sekarang proses tuntutan amat cepat!
2.Kemalangan di tempat kerja yang menimbulkan masalah biasanya melibatkan kejadian jatuh di tempat kerja dan lewat mendapatkan rawatan, jatuh di tempat kerja tiada saksi satu hal, tiada pulak cctv satu hal dan lewat mendapatkan rawatan pulak satu hal..ia akan mengundang 1001 persoalan tambah2 lagi jika jatuh itu menyebabkan kecederaan patah anggota badan atau retak!kenapa mengambil masa dalam 2-3 hari untuk kecederaan patah tulang baru hendak dapatkan rawatan??persoalan inilah yang merumitkan tuntutan sebabnya ia menimbulkan banyak keraguan tentang lokasi sebenar kejadian jatuh berlaku..mungkin jatuh di tempat kerja dan mungkin juga jatuh dirumah!!!!keewatan mendapatkan rawatan seringkali menimbulkan banyak masalah dan kecurigaan..hangpa faham2 lah..kes2 tuntutan palsu kita akan ambil tindakan mahkamah sekiranya terbukti ia tuntutan palsu!
3.Nasihat aku mudah sahaja..kalau hangpa jatuh di tempat kerja terus maklumkan pada pihak majikan/pengurusan dan segeralah mendapatkan rawatan pada masa itu juga!usah bertangguh tangguh lagi...dah sakit tunggu buat apa?selepas dapatkan rawatan dan ada sahaja cuti sakit 4 hari terus minta majikan buat tuntutan dengan pihak Perkeso dengan mengisi borang 34 di sertakan MC asal,puch card/rekod kedatangan bulan kemalangan yakni kalau jatuh bulan 11 maka salinan kad kedatangan kerja bulan 11 kena ahantar ke Perkeso,juga lampirkan salinan IC pekerja yang kemalangan di tempat kerja tu bersama sama slip gaji 6 bulan ke belakang sebelum bulan kemalangan!Mudah sahaja pun :)
Khamis, 23 November 2017
Program Perkeso bersama pemimpin Masyarakat@ Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing
1.Alhamdulilah..hari ini 23 November 2017 selesai satu lagi program untuk memberi pendedahan,penerangan,pencerahan dan kesedaran kepada anggota2 masyarakat setempat khususnya anggota2 masyarakat di kampung2 dalam kawasan Parlimen Mersing berkenaan Perkeso atau Socso dan faedah2 yang disediakan oleh Organisasi tersebut secara keseluruhannya. Alhamdulilah Program Perkeso Bersama Pemimpin Masyarakat adalah satu wadah untuk kami turun padang menyampaikan maklumat2 berkenaan Perkeso kepada pemimpin masyarakat setempat dan dengan harapan mereka yang diberi taklimat dan penerangan ini akan menyampaikan pula pada ahli masyarakat yang lain, untuk tahun ini bagi daerah Kluang kami adakan program ini di Teluk Gorek Chalet & Camp Site di Teluk Gorek Tanjung Resang Mersing, program penerangan kali ini khas diadakan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat setempat yang terdiri dari ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing. Berbanyak terima kasih Puan Alwiyah atau aku lebih mesra panggilnya Kak Awi yang sudi menerima baik program kami ini...thanks Puan!
2.Kalau dah dinamakan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga sudah pasti ahli-ahli majlis ini terdiri dari golongan wanita hehe itu sudah pasti..ia sasaran kerana mereka inilah yang sering berdampingan rapat dengan ahli masyarakat khususnya isteri2 dan suri rumah tangga..mereaka berpontensi menjadi penyebar maklumat yang baik!!! Program yang berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang telah diadakan dengan jayanya..Alhamdulilah. Pada aku inilah program Perkeso bersama Pemimpin Masyarakat yang terbaik pernah diadakan..terbaik dari segi penyertaan Ahli2 Pemimpin Masyarakat yang mengambil bahagian, apakan tidak kami yang pada mulanya target hanya 60 orang penyertaan sahaja, namun yang datang alhamdulilah melebihi 76 orang huhuhuhu amat amat teruja mengenangkan kembali betapa meriahnya sambutan yang diberikan, keaktifan mereka serta minat mereka yang begitu mendalam untuk mengentahui faedah faedah yang disediakan oleh pihak Perkeso membuatkan aku cukup terharu..sepanjang program berlangsung dapat aku perhatikan ia diadakan dalam suasana yang cukup harmoni, yang sangat santai namun 'riuh rendah' dengan pertanyaan yang tidak henti2 dengan pelbagai soalan demi soalan di lontarkan dari ahli Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga parlimen Mersing ini..ya mereka benar benar dahagakan maklumat dan benar benar ingin mengentahui tentang Perkeso agar dapat disebarkan pada masyarakat setempat khususnya golongan wanita di kawasan parlimen Mersing!!
3.Terkenang aku masa-masa yang lalu..ini masa lalu lahhh..Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat yang terdahulu tidak seberapa meriah pada hari ini kikiki kita ceramah panggil 'orang-orang kuat' di kampung-kampung...kikiki bila kami jemput mereka yang terdiri dari ketua-ketua kampung..kebanyakkan mereka terlelap dan tertidur apabila ceramah baru masuk minit ke 20 kah kah kah mungkin dek 'factor usia' so cepat mengantuk dibuatnya hehehehe..bukannya berminat untuk mendengar apa yang kami sampaikan hahaha..kadang2 tersenyum sendiri bila mengenangkan peristiwa itu..bayangkan anggota kami menyampaikan ceramah didepan..mereka dibelakang sembang pasal projek bla bla bla buat longkang bla bla bla kontrak pembersihan sekolah kah kah kah..kah kah kah itu amat tidak beretika..nescaya depa pulang dengan tangan kosong!!sepatutnya hadir mendengar dengan baik dan balik ke kampong halaman masing-masing sampaikan pula kepada anak2 mukim supaya jika berlaku apa apa kejadian mereka boleh maklumkan hak2 mereka jika anak mukim itu mencarum Perkeso..mereka boleh membantu sampaikan maklumat tentang Perkeso kepada anak2 mukim yang sakit kronik..dan sudah tentu Perkeso akan memberi khidmat yang terbaik untuk anak mukim mereka...namun kalau datang sekadar borak apa yang kamu dapat???Hahaha itu dulu lahhhh..hahaha yaaa itu dulu geng..la ni kalau yang tak minat depa awal2 tak mai dah bahahaha..ya ceramah kami x dak sediakan apa2 elaun..ceramah kami x dak sediakan makanan best2 ..apa yang kami janjkan ceramah kami penuh dengan maklumat2 untuk anak mukim kamu yang sepatutnya mereka harus tahu!!!
4.Terima kasih sekali lagi buat ahli2 Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Mersing, geng..hangpa telah memberikan 1001 sinar dan harapan bahawa Program Perkeso Bersama Pemimpim Masyarakat ini adalah salah satu wadah yang berkesan untuk menyebarkan seluas mungkin faedah2 yang disediakan oleh pihak Perkeso kepada ahli2 masyarakat setempat!Anda membuktikan program pencerahan ini menarik dan menghiburkan lebih dari itu ia akan mendorong kalian untuk mengembleng tenaga membantu angota masyarakat yang lain!Tahniah!terima kasih atas perhatian yang diberikan sepanjang program berlangsung..hangpa memang terbaik setakat yang aku jumpa pada hari ini!!!
Isnin, 20 November 2017
Program Seranta Perkeso Kluang 2017
1.Salam kawan2 harap hangpa semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, Hari ni 20 November 2017 telah berlangsungnya Program Seranta peringkat pejabat Perkeso Kluang yang telah diadakan di dewan pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang..thanks pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang bagi guna dewan hangpa yang cantik tu hehe..untungla dewan besooo.Program Seranta Perkeso ini sebenarnya diadakan pada saban tahun ianya diadakan khas untuk 'mengumpul' majikan dan mereka2 yang terdiri daripada kakitangan bahagian sumber manusia syarikat dengan kata lain mereka inilah yang terdedah/terlibat secara langsung dan tidak langsung berurusan dengan pihak Perkeso..belit2 ayat lantak hangpa la paham ka dak hahaha..
2.Macam biasa pada kali ini kami menjemput seramai yang boleh peserta yang terdiri majikan/wakil mereka untuk diberi ceramah serta penerangan bab2 berkaitan Perkeso..ada bab tentangan caruman/majikan dan ada juga bab2 yang berkaitan faedah dan isu2 terkini berkenaan Perkeso ianya la ni banyak sangat pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Perkeso dengan pelbagai faedah baru yang diperkenalkan sampai kadang2 aku pun lupa aku kerja kat Perkeso ka kat pejabat jabatan kebajikan masyarakat banyak sungguh faedah2 yang terbaik yang disediakan oleh pihak Perkeso la ni..hahaha takpa kita belajaq sama-sama Inshallah..sebab itu dalam apa jua program aku lebih suka bercakap tentang faedah/perkara2 yang disediakan oleh pihak Perkeso untuk pencarum mereka dari berbicara bab lain kikiki..haha bab2 bayaran caruman biaq pi lah depa tauke2 yang bayar itu tanggungjawab depa namun bab tuntutan faedah itu kita kena tahu sebab itu hak kita..ada kala kita sebagai majikan namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila pekerja terlibat dalam bencana kerja dan mula lah tanya situ dan sini dan mula lah percaya pada ajaran sesat yang bukan2 dan akhirnya percaya bahawa claim Perkeso itu susah dan maha menyakitkan hati kikiki hahaha itu ajaran sesat dan maha menyesatkan..itu sebab pelbagai program penerangans eperti program seranta ini dibuat agar majikan dan pekerja peka dan sentiasa update pengentahuan mereka tentang Perkeso.
3.Pelbagai tomahan dan andainya yang diberi kerana percaya pada mereka2 yang tidak mahir dan tidak tahu akan hal2 berkaitan tuntutan Perkeso lantas terikut ikut sudahnya kesian pekerja tauke kata tak boleh claim hahaha padahal benda boleh claim..come on bro kalau tak pandai mai tanya jangan dok buat pekerja macam tu hahaha..ada yang dok tanguh sehari dari sehari lama2 berbulan lamanya dok peram dok tunggu bila nak mai idea nak buat tuntutan untuk pekerja depa..aduhhh aiii..ada juga yang diambil kesempatan oleh ajen2 entah jadah datang dari mana kononya depa boleh membantu pihak majikan untuk membuat tuntutan dengan caj tertentu..oiiii oiii ini semua karut!!!!berurusan terus dengan pihak Perkeso ianya tiada sebarang caj di alam nyata atau tersembunyi hahaha..biaq kami ajar hangpa sampai pandai yang mana gelap kami terangkan benda tak susah jangan dok fikir susah!!!
4.Program seranta ini tak la makan masa yang lama..cukup separuh hari sahaja tapi Inshallah kesannya amat baik dan ternyata banyak membantu pihak majikan dalam menambah ilmu pengentahuan tentang faedah2 dan cara2 tuntutan boleh dilakukan jika terjadi apa2 bencana kerja pada pekerja mereka..jujurnya aku cukup teruja apabila ramai majikan2 yang hadir dengan riak muka yang ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan...ini perkembangan yang amat baik..dulu kalau ceramah ahli politik ramai yang dengar la ni da berubah depa lebih suka dok mai dengar ceramah Perkeso depa lebih percaya untuk dengar berbanding ceramah politik hahahahahahahaha..ia lah kalau asyik politik bosan gak bro..!!!kikiki
Ahad, 19 November 2017
Khamis, 16 November 2017
Hidupkan Enjin Motorsikal dan jatuh di depan rumah pekerja claim dengan Perkeso/Socso
1.Salam geng..hari ni aku masuk ke ladang Kempas Klebang,ladang kelapa sawit milik Sime Darby Plantation Bhd..ladang ini terletak tak jauh dari pekan Paloh kira dekat aje tak jauh hehe..dari pekan Paloh selepas pintu gerbang pekan Paloh hangpa belok kanan maka itulah ladang Kempas Klebang hehehe..pejabatnye nak kena masuk dalam ladangla bukannya ada kat tepi jalan tu hehe jalan tanah merah sikit aje la..pastu bila dah masuk ladangnya jalan dah berturap..kalau aku masuk ke ladang macam biasala sudah pasti la berkait dengan kes2 tuntutan/claim Perkeso hehe..hari2 macam ni lah kerja aku..nak cari sesuap nasi geng :)
2.Biasanya kalau aku masuk ladang untuk kes-kes kemalangan pekerja ladang aku lebih suka berjumpa terus dengan Pembantu Perubatan ladang (HA) hehe sebabnya apa sahaja kes kemalangan yang terjadi di ladang depa akan rujuk dengan pembantu perubatan ladang terlebih dulu dan jika kecederaan teruk barulah dirujuk ke Hospital dan kalau kecederaan hanya luka2 biasa depa akan diberi rawatan di situ aje la..sebabnya dalam setiap ladang ada klinik ladang nya sendiri..jadinya pembantu perubatan ladang lebih tahu apa yang terjadi dan tahap kecederaan pekerja yang terlibat dalam kemalangan tu haha macam tu lah kiranya hahaha..Alhamdulilah setakat ni banyak2 pembantu perubatan ladang yang aku jumpa baik2 belaka..nak dapat maklumat2 dari depa pun senang!
3.Kes hari ni adalah kes kemalangan motorsikal ketika pekerja nak pi bekerja..kerja ladang ni depa ro call(himpunan pagi sebelum masuk kerja) seawal jam 6.30 pagi geng..so akak ni dari kuaters ladang nak pi tempat ro-call tu lah, keluar rumah naik motorsikal dan terus hidupkan enjin motorsikal tanpa sedari motorsikal tersebut dalam keadaan 'bergear' hahaha betul ka dak bahasa aku tu lantak hangpa lah hahaha jadinya bila dalam 'keadaan' telah bergear maka terus jalan dengan laju motor tu kedepan tanpa sempat berbuat apa2 oleh pekerja ni lalu jatuhla beliau dihempap motorsikal pada kaki kirinya hahaha nak dijadikan cerita patah tulang tapak kaki kirinya beb hahaha jangan main2 nampak macam biasa je hahaha..motorsikal kalau dihidupkan dalam gear ni bahaya wooo kalau ada pokok kat depan dengan pokok2 tu boleh disebatnya hahaha..kalau kat depan ada parit mahu melompat masuk parit motor tu beb..
4.Dalam kes sebegini apabila kita keluar sahaja rumah untuk ke tempat kerja walaupun berlaku kemalangan di depan rumah ianya di kira sebagai bencana kerja..sebab kita dah nak pi kerja kan kan hehe dan boleh dibuat tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso!!!Nahhh dalam kes akak ni dia dari rumahnya di kuaters ladang keluar rumah nak pi kerja naik motor hidupkan motor dalam gear terus bergerak laju lalu jatuh ia adalah bencana kerja dan pihak Perkeso akan bayar cuti sakitnya dibawah faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dan jika ada cacat kekal maka boleh lah buat tuntutan Hilang upaya Kekal (HUK) pula hehehe..macam mana nak claim socso/Perkeso mudah aje caranya kalau hangpa kerja minta aje majikan isi borang 34 tu..itu tanggungjawab majikan yang kena isi dan lapor pada pihak Perkeso..kalau depa enggan atau tak nak lapor pada Perkeso hangpa boleh terus buat aduan pada mana mana pejabat Perkeso terdekat!!!
Rabu, 15 November 2017
Pekak kerana kerja dan claim dengan Perkeso
1.Hari ni masuk ke salah sebuah kilang kelapa sawit kepunyaan felda kikiki FGV dengan tepatnya..masuk ke kilang kelapa sawit bukan bermakna aku nak beli minyak sawit depa oooo tidakk kikiki tidak sama sekali geng haha sebab sini bukan minyak sawit yang siap2 boleh jual ianya masih dalam bentuk mentah lagi depa panggil CPO..hm nak tengok anak dara jauh sekali wakakakaka sebab tak de..kalau ade buleh la juga bahahaha..anak dara mana la nak kerja dalam kilang kelapa sawit kan kan laki2 semuanya kecuali pejabat la hahaha..oi oi oi sesekali melencung jauh kikiki..geng hari ni masuk kilang sawit sebab nak jalankan siasatan seperti biasalah yakni siasatan tuntutan/claim Perkeso/Socso berkaitan kes hilang pendengaran/pekak/kurang pendengaran/pekak badak dan seumpamanya hahaha..kebanyakkan kes2 kurang pendengaran/pekak/pekak badak dan buat2 pekak adalah tertumpu dibahagian tertentu sahaja dalam kilang kelapa sawit ini mahupun kilang2 sawit yang lain..tak jauh beza antara satu kilang sawit dengan kilang sawit yang lain pehhh masak sangat dah aku main dengan kilang2 sawit ni kikiki..strilizer,press,engine room,water pump adalah tempat/bahagian yang biasa mengeluarkan bunyi yang bising..kadang kala mencapai 98db..bising lah tu!!!..sikit2 ada la di bahagian bengkel tapi tak la sampai pekak badak haha..buat2 pekak tu inshallah ada la..
2.Geng sesungguhnya dah acap kali aku dok terangkan kat sini untuk kes hilang pendengaran/kurang pendengaran/tak dengar sikit sikit disebabkan kerja hari2 yang kita lakukan maka tuntutlah dibawah tuntutan Penyakit Khidmat,untuk kes hilang pendengaran dan seumpamanya seperti badak yang pekak maka dokumen yang biasa perlu di isi adalah borang 34 Perkeso..borang ni pihak majikan isi jadi hangpa tak yah nak sibut2 isi lah kikiki..bersama sama borang 34 mesti dilampirkan laporan perubatan untuk masalah pendengaran itu tadi so jangan dok gatal2 pi hospital minta laporan perubatan kerana demam atau laporan perubatan kerana bersunat!!!ia tiada kaitan mesti mohon yang betul2 hahahaha..laporan perubatan untuk pekak dan badak!
3.Selain laporan perubatan untuk tuntutan penyakit khidmat itu untuk pekak/kurang pendengaran ini mesti juga dilampirkan keputusan Audiometric testing hehehe serta mapping noise atau peta2 menunjukkan tahap2 kebisingan yang ada di kilang itu hehe ini penting sebab kita nak tengok tempat mana pekerja bekerja dan adakah ia terdedah pada kebisingan secara langsung atau tidak hehehe kalau kerja pejabat suasana biasa mana ada enjin kat dalam pejabat kalau pekak itu maknanya tiada kaitan dengan kerja la mungkin telinga masuk air kot kikikiki hahahahahaha..itu tak boleh la claim kikikiki..siap dokumen2 yang diperlukan tu maka hnatarla ke pejabat Perkeso yang hangpa sayangi semua hahaha..
4.Dalam kes hari ni pak cik ni memang ada unsur pekak dan badaknya..haha sempat jugakla aku meninjau masuk ke kawasan kerja..memang macam tu la aku suka masuk dan cari punca2 bising tu..apa nak buat da nama kerja..ada orang suka dan ada yang tak suka kah kah kah..ada aku peduli kah kah kah setakat penolong pengurus tak heran gua beb..satu surat saman dari gua lu boleh gugur beb!lahad datu lu pi kelak kah kah kah tapi setakat hari ni kerjasama dari pihak majikan Alhamdulilah amat baik sekali mudah dan cepat selesaikan kerja macam ni kikiki..selepas siasatan selesai hangpa kena tunggu satla nanti Perkeso akan rujuk ke Jemaah Doktor Khas (JDK) dan Jemaah Doktor Khas inilah yang akan menentukan pekak dan badak yang dialami itu berpunca dari kerja atau factor lain seperti jangkitan virus penyakit dan sebagainya iaitu bukan kerana kerja..factor umur pun leh pekak /kurang ppendengaran juga kan macam bapa aku daaaa hahaha..Namun kalau terbukti pekak itu disebabkan kerja maka pihak JDK akan membuat keputusan dan akan memberi % atas kecacatan pekak itu mengikut kadar pekak tu lah dan barulah pihak Perkeso akan buat bayaran selepas itu hahaha...cukupla untuk malam ni nanti sambung lagi ye hahhaha
Selasa, 14 November 2017
Kelindan Lori Patah Peha Lori Terbabas Masuk Longkang@Claim dengan Perkeso/Socso
1.Salam geng..hari ni aku buat siasatan kes kemalangan semasa bekerja yakni melibatkan kemalangan jalan raya.. hehe sudah pasti ia untuk tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso. Kisahnya Pak Cik ni bekerja sebagai kelindan lori..masa dalam perjalanan nak pi hantar pasir bersama pemandu lori ke tapak projek tiba-tiba lori hilang kawalan terbabas masuk longkang besar di tepi jalan..hehe boleh tahan dalam plak tu longkangnya..kesian Pak Cik ni..tersepit dalam lori..dapat keluarkan bila masa bomba tiba dan terus dihantar ke Hospital..lama jugak geng Pak Cik ni kena tahan kat Wad, dari 28 Oktober lalu sampai la ni dok dalam Hospital lagi dan tak tahu lah bila Pak Cik ni nak keluar..patah peha sebelah kanan..patah 3 katanya..kena plak beliau ni ada kencing manis lagi la lama dok sana kompem lahhh..apa nak buat semoga Pak Cik ni cepat pulih!!!
2.Kemalangan berlaku pada 28 Oktober yang lalu dan baru dua hari lepas majikan beliau hantar permohonan tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso, Alhamdulilah cepat jugak majikan Pak Cik ni buat tuntutan..so aku dah pi siasat tempat majikan semalam dan hari ni bila keadaan Pak Cik ni dah ok barulah hari ni berpeluang menemuduga beliau di katil Wad Hospital..Ok la keadaan beliau tidak membingbangkan hope cepat pulih dan boleh kembali bekerja sepeti biasa.Pihak Perkeso akan membayar MC dan yang berkaitan dengan nya Inshallah,kes ini bencana kerja.
3.Walau bagaimanapun Perkeso tak boleh lagi buat pembayaran sebab pihak hospital tak keluarkan MC/Sijil sakit untuk Pak Cik ni..sebabnya beliau masih dalam Wad,hehe keluar Wad baru depa akan bagi cuti sakit!!!Pun begitu untuk kes sebegini pihak Perkeso hanya memerlukan MEMO Pengesahan daripada Hospital yang mengatakan Pak Cik ni menerima rawatan dari bila sampai bila bla bla bla ia dikira MC dan dengan MEMO Pengesahan itu kita boleh membuat bayaran tanpa menunggu MC dikeluarkan!!!ya lahhh kalau masuk wad sebulan dan sebulan tak dak MC macam mana Perkeso nak buat bayaran dan bila tak de bayaran macam mana anak bini nak makan kan?so harap pihak Hospital memahami lah..kalau Perkeso minta/pesakit minta memo pengesahan hangpa tulis la..tak payah pun kesian untuk kes2 macam ni..so far setakat ni tak de masalah dengan MEMO Pengesahan itu kita boleh buat bayaran untuk kes2 bencana kerja yang di tahan di wad dalam tempoh yang lama dan tidak diberi MC atas sebab masih dirawat di Wad Hospital dengan syarat pihak Hospital Keluarkan MEMO Pengesahan tersebut!!!
4.Hehe cukup itu sahaja malam ni geng badan tak berapa nak sihat batuk ada nak demam pun ada ni hahaha..maaf banyak2 kalau lambat reply soalan2 hangpa semua..
Jumaat, 10 November 2017
Alhamdulilah Reaksi Positif dari Kenaikkan kadar Pencen Perkeso
1.Alhamdulilah banyak menerima call dari para sahabat bertanyakan hal kenaikan Pencen Perkeso/Socso sepertimana diumumkan pihak kerajaan (Perkeso) semalam hahaha..itu rezeki hangpa geng terimalah dengan penuh kesyukuran!bersyukur pada Allah itu kalau da rezeki lambat ka cepat ka ia tetap hadir..Ada yang dah tak sabarr dok tanya mai berapa tunggakkan yang dapat dan berapa kenaikkan yang depa akan dapat hahaha jenuh nak jawab geng hahaha jawab selagi termamu sebab semua kawan2 kita..macam ni sahaja lah hangpa tunggu lah pada 26 Disember nanti pihak Perkeso akan buat bayaran dan depa akan hantar sekali penyata yang menunjukkan naik berapa dan berapa dapat dan berapa akan dapat/penambahan pada tiap2 bulan Pencen Perkeso tu hahaha lagi senang kikiki sabaq kawan2..tak lama lagi dah..biasa ada aje penyata tu..maka sendiri boleh tengok puas2 hahaha..sedap tengok kalau penyata bab2 naik gaji/pencen nih kikiki..
2.Geng ada jugak kawan2 dok tanya Pencen Perkeso yang naik ni Pencen kakitangan Perkeso ka???oiiit oiiit kakitangan Perkeso mana ada Pencen!!!hahaha depa masuk skim KWSP mana nak ada Pencen hahaha..jangan dok salah faham wahai sahabat2 semua..ada plak dah dok kata untungla dia kerja Perkeso Pencen depa naikkk kah kah kah kot mana plak hangpa dapat citer ni hahahaha..mai nak habaq Pencen Perkeso ini adalah Pencen yang diterima oleh pencarum/waris sebab menerima faedah2 tertentu!!!! antaranya Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) Pencen ini sebab pekerja mati kerana kerana kerja contohnya dalam perjalanan nak pi kerja kemalangan dan mati,mati kemalangan di tempat kerja,mati kemalangan masa balik kerja dan yang berkaitan kerja lah ..lagi Pencen sebab sakit iaitu Pencen Ilat!!!Pencen sebab kematian diluar kerja tapi cukup syarat untuk kelayakan dari segi caruman dan umur ia dikenali Pencen Penakat hahahaha..lagi satu Pencen sebab pekerja disahkah mengalami cacat kekal dan menerima Pencen secara berkala dari pihak Perkeso nahhhh pencen-pencen inilah yang naikkkkkk bukan pencen aku yang kerja Perkeso nihh aiyaaa hangpa ni!
Khamis, 9 November 2017
Khabar Gembira untuk Penerima Pencen Perkeso..Pencen Perkeso Naik!!!
1.Salam geng harap2 hangpa semua sihat hendaknya..Alhamdulilah Perkeso baru sahaja mengumumkan yang antara lain memaklumkan Penerima Pencen mereka akan menerima kenaikkan Pencen yang mana akan mula dibayar pada 26 disember ini!!!!!!!wah wah Alhamdulilah!Pencen ini meliputi Pencen untuk Faedah berkala hilang Upaya Kekal,Faedah Orang Tanggungan (FOT),Faedah Pencen Penakat dan Faedah Pencen Ilat!Untuk pembayaran tahun ini sahaja ia mencecah RM72.62 juta dan untuk pembayaran tunggakkan pelarasan kadar pencen tahun hadapan ia mencecah perbelanjaam RM238 jutaaa!Pehh banyak tu geng :)
2.Untuk makluman jugak ini merupakan kali ke 10 pihak Perkeso menaikkan kadar bayaran untuk Penerima Pencen mereka..hehehe kali terakhir ia dibuat pada tahun 2012, dan mengikut kebiasaanya ia disemak setiap 5 tahun sekali selaras dengan Akta Keselamatan social Pekerja 1969.Malas nak habaq banyak kat sini aku lampirkan pernyataan Akhbar berkenaan kenaikkan dan % kenaikkan pencen Perkeso ni hahaha hangpa baca lah sendiri kikiki...
3.Geng secara jujurnya Perkeso ni amat baik sekali dan banyak sungguh faedah2 yang disediakan..maka itu sebablah aku sering kali dok habaq kat sini kalau kita bekerja selain dari sector kerajaan maka mencarumlah dengan Perkeso..caruman kita kecilllll sahaja namun faedah yang Perkeso sediakan cukup2 besar sekali!!!pastikan saudara mara adik2 abang2 dan sahabat kita yang bekerja dicarum dengan pihak Perkeso!Kalau majikan tak carum dan tak daftar dengan Perkeso minta depa buat !Kalau tak buat ayuhhhhh adu sahaja ke mana mana pejabat Perkeso terdekat..kami ada cara nak mengajar depa apa erti pentingnya caruman itu dibuat!satu pesan aku jangan dok dengar mulut2 yang jahat dok kata macam2 depa tak kena depa tak tahu hahaha...tak faham mai tanya kat sini Inshallah ada masa aku jawab yang mana hak boleh jawab tu hahahaha..hehehe kalau aku tak leh jawab hangpa pi jumpa pegawai Perkeso lah lagi senang hahahahaha depa hensem2 macam aku la kah kah kah kah
Selasa, 7 November 2017
Mak Cik India Kemalangan Semasa Balik Kerja Claim dengan Perkeso!!!
1.Salam geng hehe hari ni pi jumpa sorang mak cik india yang kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan balik kerja..balik dari tempat kerja nak balik ke rumahnya la maksud aku hahaha..kalau balik kerja tapi dok merayau tempat lain dan kemalangan tak boleh jugak geng kalau 'melencong' dari laluan asal hehehe..bab bab lencongan ni nanti aku citer lain kali la geng..berbalik pada mak cik india tadi sian dia geng..dah la terlibat dalam kemalangan jalan raya tambah memedihkan beliau juga ada penyakit kencing manis..ini yang sentiasa aku risau bila mana pekerja yang kemalangan depa ada plak sakit kencing manis..risau bukan apa sebab kencing manis ni kalau tercedera nak pulih ambik masa dan silap2 leh terpotong mana2 anggota badan yang cedera tu geng..hangpa kalau ada sakit kencing manis mohon hati2 la di jalan raya geng..
2.Dalam kes ini tak jadi masalah besar geng..sebab kemalangan berlaku dalam perjalanan balik kerja HENDAK pulang ke RUMAHNYA..kompem la boleh claim dengan pihak Socso/Perkeso hehe..cumanya prosedur biasa la kalau dah claim maka Perkeso/Socso akan datang mai siasat la hehe jangan dok risau tak dak apa ehhhh mai tengok2 aje ehhh kikiki..sambil2 tengok kita ambik la sikit pernyataan kemalangan tu hehehe..Tanya sikit2 bab2 anggota badan mana yang cedera dan tahap kecederaanya..lama mak cik ni dalam wad dekat sebulan geng itu la penangan kencing mana kalau terlibat dalam kemalangan lammmmbat sangat nak sembuh dan perlukan perhatian perubatan yang amat rapi geng!Tapi usah kuatir kes macam ni pihak Perkeso bayar juga jika ia disahkan betul2 bencana kerja!Macam biasalah bila berlaku kemalangan 1.Buat Laporan Polis 2.Minta majikan isi borang tuntutan dengan pihak Perkeso/Socso iaitu borang 34 3.Lampirkan rekod kedatangan bulan kemalangan tu 4.Lampirkan slip gaji 6 bulan kebelakang sebelum kemalangan 5.Lampirkan MC/Sijil Sakit Asal dan juga kena buat Peta Lakar arah perjalanan dari tempat kerja sampailah rumah hangpa kikiki..alahhh hangpa dah tahu lah benda ni aku dok ulang tiap2 kali dah ehhh tak paham tak tahu la aku kah kah kah..
3.Ada kawan2 yang sering tanya pasai pa aku ni tak habis2 dok cerita pasal Perkeso/Socso..hari2 kerja dok cakap hak Perkeso juga balik kerja aku masuk plak kat blog pun dok cerita pasai Perkeso juga hahahaha..depa kata bukan orang ambik tahu pun kah kah..kadang terfikir jugak macam kawan2 dok habaq tu but aku anggap ni aje la mampu aku wakafkan..sebar apa yang aku tahu kongsi apa yang hangpa tak tahu..mana tahu sikit sebanyak boleh membantu kan kan..takpa la orang tak baca ka..orang tak peduli ka itu lain kira lah hahaha..aku dok menulis ni bukan atas dasar nak pujian atau apa pun..hangpa dok doakan aku sihat murah rezeki panjang umur dah cukup dah ehhhh..kikiki..ada staff perkeso buat inovasi dapat pujian melambung lambung kah kah kah menjadi kesayangan ramai di puja puji kah kah kah kita tak pandai bab2 inovasi ni, jadi buat blog citer bab Perkeso ni bukan inovasi geng kah kah kah orang tak pandang ehhh kikiki.
Isnin, 6 November 2017
Kemalangan pada hari cuti tidak dilindungi perkeso/socso
1.Salam geng harap hangpa semua sihat disamping keluarga tersayang hehe..dalam 2-3 hari ni aku tak berapa nak sihat la geng asyik demam dan pening2 plak dah..adehhh hope x de apa2 la hehehe..hmmm bab demam dan pening ni tak leh nak claim dengan socso/perkeso geng kikiki sendiri demam sendiri tanggungla hahaha..doakan aku cepat pulihhhhhh..
2.Minggu lepas aku sempat siasat satu kes kemalangan jatuh motorsikal di sebuah ladang kelapa sawit ,yang jatuh tu sudah pastilah pekerja di ladang sawit tu lah..jatuh motorsikal ni bukan langgar motorsikal dengan motorsikal atau motorsikal dengan binatang..hehe ye la ada banyak kes langgar biawak la langgar babi la mcm2..tapi kes yang aku siasat minggu lepas beliau langgar bonggol jalan yang dibuat oleh pihak ladang lah..ye la dalam ladang mana leh bawa laju2 kan,tapi tu lah benda nak jadi bawa motorsikal tak laju pun leh jatuh juga kalau nak jadi..dah nak jatuh naik bonggol sikit pun leh jatuh benda dah nak jadi..
3.Jatuh motorsikal satu hal..langgar bonggol satu hal yang lebih lagi hal adalah masa jatuh tu adalah masa cuti umum dengan kata lain beliau jatuh motorsikal masa tidak bekerja!!!Nahhhh kalau masa tidak bekerja sudah pasti la tidak boleh buat tuntutan dengan pihak socso/perkeso..jelas dan terang lagi tu fakta nya..but pasai pa pihak ladang hantar jugak tuntutan???hahaha ada sebabnya..sebabnya mereka nak puaskan hati pekerja hehe nak jugak cuba!dan nak jugak dapat keputusan HITAM PUTIHNYA! OK la aku faham..no problem tapi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 adalah cukup jelas jatuh motorsikal masa tidak bekerja tidak dilindungi AKTA geng..kesian memang kesian tapi apa nak buat..so untuk kes macam ni faedah bencana kerja seperti bayaran Hilang upaya sementara (HUS)/claim MC memang tak dapat la geng..sebab ianya disahkan sebagai bukan bencana kerja yakni kemalangan berlaku BUKAN SEMASA SEDANG BEKERJA/BUKAN SEMASA PERJALANAN PERGI ATAU BALIK KERJA dan BUKAN PERJALANAN DALAM WAKTU REHAT DIBENARKAN UNTUK MAKAN.Namun Inshallah untuk bantuan Implan contohnya besi2 atau skrew2 yang nak pasang tempat patah dan sebagainya cukup caruman 12 bulan pihak perkeso/socso akan biayainya melalui system e-pulih hehehe hangpa tak yah tahu takpa sebab system ini pihak doctor terus link dengan pihak socso/perkeso, walaupun bukan disahkan bencana kerja beliau juga berpeluang untuk menikmati faedah pemulihan/return to work programme itu pun kalau ada 12 bulan caruman dan pekerja ini memang cukup dari segi kelayakan carumannya dan itu sahaja lah yang mampu akan membantu beliau kelak!