Isnin, 20 November 2017

Program Seranta Perkeso Kluang 2017

1.Salam kawan2 harap hangpa semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya, Hari ni 20 November 2017 telah berlangsungnya Program Seranta peringkat pejabat Perkeso Kluang yang telah diadakan di dewan pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang..thanks pejabat Tenaga Kerja Daerah Kluang bagi guna dewan hangpa yang cantik tu hehe..untungla dewan besooo.Program Seranta Perkeso ini sebenarnya diadakan pada saban tahun ianya diadakan khas untuk 'mengumpul' majikan dan mereka2 yang terdiri daripada kakitangan bahagian sumber manusia syarikat dengan kata lain mereka inilah yang terdedah/terlibat secara langsung dan tidak langsung berurusan dengan pihak Perkeso..belit2 ayat lantak hangpa la paham ka dak hahaha..
2.Macam biasa pada kali ini kami menjemput seramai yang boleh  peserta yang terdiri majikan/wakil mereka untuk diberi ceramah serta penerangan bab2 berkaitan Perkeso..ada bab tentangan caruman/majikan dan ada juga bab2 yang berkaitan faedah dan isu2 terkini berkenaan Perkeso ianya la ni banyak sangat pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Perkeso dengan pelbagai faedah baru yang diperkenalkan sampai kadang2 aku pun lupa aku kerja kat Perkeso ka kat pejabat jabatan kebajikan masyarakat banyak sungguh faedah2 yang terbaik yang disediakan oleh pihak Perkeso la ni..hahaha takpa kita belajaq sama-sama Inshallah..sebab itu dalam apa jua program aku lebih suka bercakap tentang faedah/perkara2 yang disediakan oleh pihak Perkeso untuk pencarum mereka dari berbicara bab lain kikiki..haha bab2 bayaran caruman biaq pi lah depa tauke2 yang bayar itu tanggungjawab depa namun bab tuntutan faedah itu kita kena tahu sebab itu hak kita..ada kala kita sebagai majikan namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan bila pekerja terlibat dalam bencana kerja dan mula lah tanya situ dan sini dan mula lah percaya pada ajaran sesat yang bukan2 dan akhirnya percaya bahawa claim Perkeso itu susah dan maha menyakitkan hati kikiki  hahaha itu ajaran sesat dan maha menyesatkan..itu sebab pelbagai program penerangans eperti program seranta ini dibuat agar majikan dan pekerja peka dan sentiasa update pengentahuan mereka tentang Perkeso.
3.Pelbagai tomahan dan andainya yang diberi kerana percaya pada mereka2 yang tidak mahir dan tidak tahu akan hal2 berkaitan tuntutan Perkeso lantas terikut ikut sudahnya kesian pekerja tauke kata tak boleh claim hahaha padahal benda boleh claim..come on bro kalau tak pandai mai tanya jangan dok buat pekerja macam tu hahaha..ada yang dok tanguh sehari dari sehari lama2 berbulan lamanya dok peram dok tunggu bila nak mai idea nak buat tuntutan untuk pekerja depa..aduhhh aiii..ada juga yang diambil kesempatan oleh ajen2 entah jadah datang dari mana kononya depa boleh membantu pihak majikan untuk membuat tuntutan dengan caj tertentu..oiiii oiii ini semua karut!!!!berurusan terus dengan pihak Perkeso ianya tiada sebarang caj di alam nyata atau tersembunyi hahaha..biaq kami ajar hangpa sampai pandai yang mana gelap kami terangkan benda tak susah jangan dok fikir susah!!!
4.Program seranta ini tak la makan masa yang lama..cukup separuh hari sahaja tapi Inshallah kesannya amat baik dan ternyata banyak membantu pihak majikan dalam menambah ilmu pengentahuan tentang faedah2 dan cara2 tuntutan boleh dilakukan jika terjadi apa2 bencana kerja pada pekerja mereka..jujurnya aku cukup teruja apabila ramai majikan2 yang hadir dengan riak muka yang ikhlas untuk mendengar ceramah yang disampaikan...ini perkembangan yang amat baik..dulu kalau ceramah ahli politik ramai yang dengar la ni da berubah depa lebih suka dok mai dengar ceramah Perkeso depa lebih percaya untuk dengar berbanding ceramah politik hahahahahahahaha..ia lah kalau asyik politik bosan gak bro..!!!kikiki
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan