Khamis, 28 Disember 2017

Selamat menyambut tahun baru 2018!!!

 
Salam geng..tak lama dah nak masuk tahun baru 2018 tinggal 4 hari lagi dah..banyak jugak la tak capai apa nak nak di capai tahun ni macam tu la tiap2 tahun adehhh..hm banyak jugak soalan dari kawan2 yang dok Tanya kat blog ni tak sempat nak jawab semua..aku cuba geng jawab satu satu..tapi tu la ambik masa sikit geng sebab banyak sangat yang dok tanya..tapi tak pa aku suka hangpa dok tanya macam2 Inshallah akan cuba dijawab..tapi ambik masa sikit geng..bukan sikit banyak nak kena jawab hahaha..
 

Ahad, 24 Disember 2017

terharu terima tunggakkan pencen penakat perkeso berjumlah RM159 ribu

1.Seorang Isteri langsung tidak menyangka rupanya caruman Perkeso yang dibuat oleh majikan arwah suaminya menyebabkan beliau layak untuk membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kematian suaminya..itu pun beliau hanya menyedari boleh dan layak membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso setelah kira kira 9 tahun selepas kematian suaminya..kisah sebegini mungkin ada lagi dan lagi ini kerana walau pun pelbagai kempen penerangan,taklimat dan hebahan yang dilakukan pihak Perkeso saban tahun,namun masih belum benar2 mampu untuk 'sampai' ke segenap lapisan masyarakat..pelbagai program Perkeso turun padang melalui program seranta dan program Perkeso bersama pemimpin dan masyarakat setempat masih belum betul2 nampakkan impak ke segenap lapisan masyarakat bawahan..atau mungkin yang hadir pada sesi ceramah penerangan hanya mendengar disitu serta hanguk2 jeling2 makan2 dan balik dan tidak menyebarkan pada kawan2 ahli masyrakat yang lain..Ahhh ini hanya perpepsi dalam fikiran aku saja hahaha...namun inilah cabaran serta hakikat yang sentiasa dihadapi untuk menyedarkan masyarakat tentang hak2 mereka apabila mencarum dengan Perkeso..
2.Berbalik pada Isteri kematian suami tadi..beliau yang tinggal di salah sebuah kampong di Kahang Kluang telah kematian suami sejak tahun 2008, suaminya meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan ianya tiada kaitan dengan kerja sebenarnya..maka sangkaan beliau kalau suami meninggal disebabkan tidak bekerja atau bekerja sendiri tidak boleh dan tidak layak untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, lantas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan selepas kematian suaminya..masa itu beliau hidup susah dan dibantu adik beradiknya yang lain kerana beliau tidak bekerja bergantung sepenuhnya pada Suami dan mempunyai 2 anak yang masih kecil dan belajar darjah 5 dan 2..kematian suami tahkala anak masih kecil besar dugaan dan cabaranya..
3.Namun satu hari beliau terbaca di ruangan facebook yang mengatakan kematian suami atas apa sahaja sebab boleh dibuat tuntutand engan pihak Perkeso sekiranya layak dari segi kelayakan umur dan juga layak dari segi kelayakan caruman..bertitik tolak dari maklumat itulah beliau cuba bertanya rakan sekampungnya yang juga telah membuat tuntgutan Pencen Penakat Perkeso juga atas kematian suami, bertindak atas maklumat itu beliau memberanikan diri untuk hadir ke pejabat Perkeso kluang untuk membuat semakan dikaunter pejabat Perkeso itu pada 10.12.2017 yang lalu alangkah terkejutnya beliau setelah semakan mendapati Arwah suaminya mempunyai bilangan caruman yang mengcukupi untuk membolehkan beliau membuat tuntutan Pencen Penakat Perkeso..beliau pada hari itu terus membuat tuntutan dan pihak Perkeso Kluang telah memproses tuntutan pada hari yang sama dan pada hari yang sama bayaran faedah Pengurusan Mayat berjumlah rm1500 dibayar kepada beliau..
4.Geng..bukan itu sahaja jumlah yang beliau dapat dari Perkeso..faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah rm1500 itu hanya permulaan sahaja..beliau seterusnya layak menerima tunggakkan pencen Penakat arwah suamiunya sejak dari tarikh kematian suaminya 9 tahun lalu dan jumlah tunggakkan Pencen Penakat itu dibayar pada hari ni yang terkumpul lebih Rm159 ribuuuuuuuuuu!!!Alhamdulilah!Beliau juga menerima Pencen bulanan sehingga beliau meninggal dunia..yakni Pencen Penakat berjumlah rm1400 sebulan!Inilah hak beliau yangs epatutnya beliau perolehi sejak 9 tahun yang lalu..geng ayuhhhh ketahuilah hak2 anda sekelian..periksa anak2 suami isteri sahabat handai apakah telah membuat caruman dengan pihak Perkeso?hangpa belum terlambat geng..cepatlah bertindak!!!
5.Sempat bertemu muka dengan beliau di rumah mertuanya semalam..beliau sungguh terharu..dan tidak lekang dari bibirnya mengucap syukur dan berterima kasih pada pihak Perkeso..katanya wang itu akan digunakan sebaik mungkin untuk pembelajaran anak anaknya..geng salahs atu sebab blog aku ini sentiasa update cerita2 sebegini khususnya hal2 berkaitan Perkeso kerana inilah salah satu perjuangan aku..panjang perjuangan ini harapnya ia mampu membantu ramai orang diluar sana untuk lebih faham tentang faedah yang disediakan Perkeso...hohoho ianya cacatan ikhlas untuk pencari maklumat Perkeso hehe..dan ianya tiada kaitan langsung dengan organisasi atau mewakili organisasi tempat aku bekerja hahaha...

Khamis, 21 Disember 2017

Tarikh Bayaran Pencen Perkeso bagi tahun 2018

1.Salam Geng hehe ramai sangat yang dok bertanya bila jadual/tarikh bayaran masuk/bank in bagi Pencen Perkeso akan keluar untuk  bayaran Pencen Perkeso tahun 2018..nahhh kat sini aku lampirkan tarikh-tarikh bayaran Pencen Perkeso bagi tahun 2018 untuk rujukan tuan2 puan2 pakcik2 abang2 kakak2 yang aku sayangi sekelian ..hehe semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu kalian :)
 
 

Rabu, 20 Disember 2017

Daftarlah dengan Portal Assist Perkeso..hihi Let Me Assist You..

1.Salam geng hope hangpa semua sihat macam biasa hehe..hari ini aku terlibat dalam 'OPS Daftar Portal Assist' Perkeso hehehe 'Let Me Assist You' senang cerita hari ini adalah hari kesemua pegawai Perkeso turun padang ke premis2 majikan yang telah daftar dengan Perkeso namun belum mendaftar dengan Portal Assist dan membuat caruman yang cara lama menggunakan kaunter bank jadinya bila daftar Portal Assist ini maka semua urusan majikan dengan pihak Perkeso boleh dilakukan secara online terutamanya melibatkan bayaran caruman, bayaran fclb,pendaftaran pekerja dan sebagainya..mudah urusan hanya dihujung jari andaaa hehe dan amat mudah untuk mendaftar sebagai penguna Portal Assist nih, jangan dok risau tak tentu hala jangan dok kata buta IT atau apa2, benda ni tak guna apa2 pengentahun IT yang tinggi hehehe..cukup boleh tahu layar Portal jadilah kikiki..amboiii zaman2 FB ni tak dak yang tak tahu semua dah mahir bebenor dah bab IT nih..semua taukeh2 ada email ehhhh..kan kan
2.Rata2 majikan yang aku lawati hari ni Alhamdulilah memberi kerjasama yang amat baik.hehe depa duk ucap banyak2 tima kasih sebab sanggup pi pejabat depa dah tolong isi borang pendaftaran Portal Assist hehe..geng sebenarnya bukannya susah sangat pun untuk mendaftar sebagai pengguna Portal Assist ni..cukup mudah cuma sebenarnya depa ni tak dak masa nak pi pejabat Perkeso dan sikap depa yang suka tunggu saat saat akhir hahaha penyakit ni memang dah sebati dengan rakyat kita kan kan hahaha..geng mai nak habaq untuk daftar Poral Assist ni hangpa kena isi borang untuk buat Pendaftaran Portal Assist ni..borang nya kalau dah pegawai Perkeso pi kedai2 hangpa memang dia dah bawa siap2 la borang tu hahaha siap  tunggu nak isi kan aje, bahkan tolong bantu lagi hangpa isi tau...alaa borang tu pun kalau isi tak sampai 5 minit dah siap!!!!!!amat mudah aku habaq hang so tak dak alasan benda ni hangpa boleh lewat2 kan pendaftarannya cukup senang!bila dah isi borang maka hangpa tunggulah Perkeso akan hantar email kat hangpa dalam email tu lah akan ada ID dan kata laluan yang nak masuk ke Portal Assist tuh!!!haha lebih kurang FB la ada ID dan katal laluan geng kikikiki..dah dapat ID dan kata laluan maka dah boleh lah guna Portal Assist tu..kan kan senang sangat ehhhh..
3.Geng kalau hangpa tak daftar menggunakan Portal Assist maka hangpa akan ditimpa masalah geng kikiki kalau di timpa angau bercinta tak pa lagi..syok baru..ni kalau ditimpa masalah tak leh buat bayaran caruman ni parah sikit geng hahaha sat lagi jadi tunggakkan caruman lagi parah geng hehehe pastu mula la deman fclb akan menjelma hahaha..sebab apa aku dok kata lagu tuuuu sebabnya bermula Januari tahun 2018 (tahun depan) Perkeso dah tak keluarkan borang pembayaran caruman (Borang 8A) hahaha tak dak Borang 8A nak bayar caruman macam mana???bank pun tak terima bayaran dah geng hahaha..semuanya dilakukan melalui Portal Assist!!!maka nasihat aku segeralah mendaftar dan menjadi pengguna Portal Assist..percayalahhh ia akan memudahkan urusan hangpa kemudian hari!!!semuanya dihujung jariiiiii hehehehe..
4.Kalau hangpa rasa tak dak masa ditambah dengan sedikit rasa 'malas' dan rasa berat nak berkunjung ke mana-mana Pejabat Perkeso terdekat, atau malas nak buka laman web Perkeso untuk muat turun borang pendaftaran Pengguna Portal Assist maka dengan penuh harapan hangpa tunggulah Pegawai Perkeso datang ke  premis/ pejabat/kedai hangpa untuk tolong membantu hangpa dengan membawa borang pendaftaran Portal Assist dan sekali gus membantu hangpa mengisi borang pendaftaran tersebuttttt hehehe bab kata bos2 kami 'Let Me Assist You'  kikiki kami dengan senang hati sepenuh jiwa akan membantu hangpa semua hoyehhhhhhhhh...ayuh daftar sebagai pengguna Portal Assist Perkeso geng!!!!
 Nahhh klik sini kalau2 rajin nak ambik borang pendaftaran Portal Assist Perkeso hehehe
https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Pendaftaran_Caruman/assist/ASSIST-BORANG_PENDAFTARAN_ONLINE_PORTAL.pdf

Ahad, 17 Disember 2017

Skuad Perkeso Prihatin:: Waris kemalangan 5 maut terima bayaran Perkeso

1.Salam geng harap hangpa semua sihat disamping keluarga tersayang..gunalah masa yang ada untuk menyayangi keluarga kalian. Alhamdulilah hari ni sempat berkunjung ke rumah keluarga yang terlibat dalam tragedi kemalangan maut yang meragut 5 nyawa yang berlaku di km 176 Jalan Johor Bharu-Seremban berhampiran persimpangan Kampung Melayu Raya Segamat. Kemalangan berlaku pada 12.12.2017 dalam jam 6.11 petang. Berita kemalangan maut ini telah tersebar pada hari yang sama, melalui pelbagai media..salam takziah buat keluarga yang terlibat..kemalangan tersebut mengorbankan pemandu kereta Perodua Viva Muhamad Abu Dujanah bin Dzulkrinain (anak kedua dari 11 beradik) dan Isterinya serta 3 anak pasangan tersebut. Sejujurnya aku dan penduduk Kluang mengenali keluarga ini yang terkenal dengan menjalankan perniagaan kebab..biasa jumpa mereka di pasar malam kawasan Kluang dan juga bazar ramadhan..kebab mereka boleh tahan sedapnya dan satu satunya gerai kebab yang pernah aku jumpa di Kluang setakat hari ini..ingat kebab maka teringatlah pada mereka..
2.Berbalik pada cerita kemalangan tadi, sebaik mendapat maklumat kejadian kemalangan tersebut, team Skuad Perkeso Prihatin negeri Johor segera membuat semakan pada hari kejadian itu juga..untuk makluman team ini sentiasa berhubungan antara satu dengan lain walaupun selepas waktu bekerja!Hasil semakan mendapati Allahyarham Muhamad Abu Dujanah adalah pencarum Perkeso dan semakan mendapati Allahyarham memenuhi syarat umur iaitu belum mencapai umur 60 tahun dan syarat kelayakan bilangan caruman untuk membolehkan kes tersebut di proses dibawah Tuntutan Pencen Penakat. Untuk makluman juga sering aku hebahkan bahawa Pencen Penakat adalah Pencen yang dibayar secara bulanan ekoran kematian atas sebab bukan bencana kerja,maknanya mati atas sebarang sebab sama ada kemalangan atau mati tanpa sebab boleh membuat tuntutan pencen penakat jika memenuhi syarat umur dan syarat bilangan caruman itu tadi!
3.Dalam kes kemalangan maut ini..5 dari mangsa kemalangan tersebut meninggal dunia, Namun Alhamdulilah seorang mangsa iaitu anak kepada pasangan ini yang berumur 3 tahun masih di rawat di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu..Doa banyak2 semoga anak ini diberi kekuatan dan kembali sihat!!!Anak ini Inshaallah akan dijaga kebajikannya oleh pihak Perkeso dimana melalui faedah Pencen Penakat, anak ini akan memperoleh haknya iaitu Pencen Penakat yang dibayar secara bulanan dari kematian bapanya yang akan dimasukkan ke dalam akaun penjaganya iaitu atoknya(bapa Muhamad Abu Dujanah)Encik Dzulkrinain bin Yusoh..bayaran pencen Penakat ini akan dibayar sehingga anak ini berumur 21 tahun atau sehingga pengajian Ijazah Sarjana muda..anak ini jika Berjaya melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Inshallah boleh mohon pinjaman pelajaran dengan pihak Perkeso.
4. Ya tuan tuan..wang bukan segala-segalanya ia tidak akan mampu untuk mengantikan kesedihan apatah lagi kehilangan orang tersayang..namun hidup perlu diteruskan..lawatan ke rumah Keluarga Allahyarham di kampong Mengkibol Kluang ini adalah kali kedua..kali pertama semasa 14.12.2017 yang lalu dimana team Skuad Perkeso Prihatin Kluang ke rumah mereka untuk mendapatkan dokumen2 untuk melengkapkan tuntutan Pencen Penakat, dan ianya diselesaikan hari yang sama!! dan hari ini lawatan kali kedua untuk menyampaikan cek faedah Pengurusan mayat (FPM) kepada warisnya...FPM dibayar sekali sahaja iaitu RM2000, dan ia bakal disusuli kemudianya dengan pencen Penakat secara bulanan akan dibayar..seperti yang aku nyatakan tadi sehingga anak Allahyarham berumur 21 tahun.
 
5.Tuan-tuan..kemalangan ini bukan berlaku semasa bekerja atau semasa perjalanan hendak pergi kerja atau balik kerja! Kemalangan ini berlaku tiada kaitan langsung dengan kerja..Namun ketahuilah tuan2 Perkeso menyediakan satu faedah untuk kematian sebegini melalui tuntutan Pencen Penakat..syarat2nya seperti yang aku dok bagitahu tadi..namun pokoknya/yang pentingnya mencarum lah dengan pihak Perkeso kerana disitulah akan terbelanya keluarga kita jika berlaku perkara tidak diingi sebegini..wahai majikan carumlah pekerja hangpa dengan Perkeso..tak banyak tuan2..tak faham maka rajin rajinla berhubungan dengan pihak Perkeso..jangan risau depa baik2 belaka..tuan2 Tanya Tanya la khabar anak2 kita saudara mara kita yang bekerja tu pastikan depa mencarum dengan Perkeso..dengarlah nasihat yang tak berbayar ikhlas dari aku ni..banyak dah aku dok lihat kes2 sebegini..Kalau majikan hangpa tak nak jugak mencarum ayuh secara diam2 buat aduan ke pejabat Perkeso terdekat, Jangan risau kita tahu dan cukup tahu dan amat suka mengambil tindakan kepada majikan zalim sebegini..

Jumaat, 15 Disember 2017

jangan sesekali mengunakan sijil cuti sakit palsu untuk claim Perkeso!!!

1.Sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit (MC Palsu) nampaknya kini kian menjadi-jadi..selesai kes sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Perak kini muncul pula sindiket Pemalsuan Sijil Cuti Sakit di negeri Melaka seperti mana yang telah dihebahkan oleh pihak PDRM Melaka melalui bahagian siasatan jenayah komersialnya..sudah tentu adanya permintaan tinggi dari pelbagai pihak terhadap Sijil Cuti Sakit Palsu ini, yang menyebabkan Sindiket ini wujud dan menjadi salah satu 'perniagaan'/'perusahaan' yang boleh mengaut keuntungan 'lumayan'..tanpa memerah keringat pun!
2.Para Pelanggan mungkin terdiri dari pelbagai latar belakang..para pekerja disektor swasta mahupun awam,pelajar dan lain2..Namun biasanya cuti sakit golongan pekerja lah yang selalu  memburunya..dengan pelbagai alasan salah satunya untuk menghalalkan percutian mereka tanpa kelulusan dari BOSS mereka..itu satu hal..jawablah dengan BOSS kalian masing2 bila telah kantoi nanti.Jika majikan mengambil tindakan memecat kalian tanpa apa2 caj ok..tapi kalau majikan melaporkan perihal tersebut pada pihak polis maka masaklah kalian..mengunakan sijil cuti skait palsu adalah menjadi kesalahan besar mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun,sebatan dan denda..berat juga hukumannya tidak berbaloi sama sekali untuk kalin terjebak dengan perkara bodoh sebegini!
3.Cuma ingin aku tegaskan dalam membuat tuntutan dengan pihak Perkeso khususnya berkaitan bencana kerja sama ada kemalangan di tempat kerja atau kemalangan jalan raya dalam perjalanan pergi atau balik kerja nasihat aku cukup jelas jangan sesekali bertindak bodoh untuk mengunakan Sijil Cuti Sakit Palsu  untuk membuat tuntutan dengan pihak Perkeso, kelak kalian yang akan menanggung sengsara yang tiada kesudahan,pertamanya sudah tentu pihak Perkeso tidak akan membuat bayaran jika terbukti Sijil Cuti Sakit itu Palsu..sebabnya sebelum meluluskan pembayaran cuti sakit terhadap sesuatu kes pihak Perkeso akan meneliti kesahihan Sijil Cuti sakit tersebut termasuk Hospital/Klinik yang mengeluarkannya,nama doctor yang menandatangi sijil cuti sakit tersebut dan jika menimbulkan keraguan pihak Perkeso adalah biasa merujuk terus ke Hospital/Klinik yang mengeluarkan Sijil Cuti sakit tersebut dan kalau tak memuaskan hati lagi pihak Perkeso akan mohon laporan perubatan pesakit tersebut!maka tiada ruang untuk mereka menipu Perkeso dengan mengunakan sijil Cuti Sakit Palsu ini.
 
4.Namun begitu seandainya berlaku juga 'terlepas' hehehe dan ianya akan berjaya jua dikesan kemudian maka azab la kalian dimana setiap Sijil Sakit Palsu yang dibayar PERLU dibayar balik pada pihak Perkeso..bukan itu sahaja tindakah Mahkamah sememangnya WAJIB menunggu kalian untuk kes2 sebegini..salah satunya melalui sekysen 420 Kanun Keseksaan itu tadi..so jangan bertindak bodoh..jangans esekali hendak menyambung cuti sakit yang telah habis disambung dengan cuti sakit yang Palsu..akibatnya amat buruk!

Selasa, 5 Disember 2017

Suami Isteri Kemalangan balik kerja segera claim Perkeso/Socso@Felda Ulu Dengar

1.Hari ni aku siasat satu kes kemalangan ketika dalam perjalanan balik kerja..maka masuklah aku ke felda ulu dengar sebab yang teribat dalam kemalangan tu tinggal kat sini..mm yang terlibat dalam kemalangan balik kerja ni pula adalah pasangan suami isteri, ya la tempat kerja sama satu kilang lah..so hari2 pi dan balik kerja sama2 si isteri sentiasa membonceng motorsikal yang ditunggang suaminya..nak dijadikan cerita dalam perjalanan balik kerja tu kira2 lebih kurang 8.30 malam ketika depa berdua ni sedang naik motorsikal dalam perjalanan balik kerumah mereka, tiba di simpang jalan maka keluarlah sebuah hilux tanpa toleh kiri dan kanan berdetum langgar pasangan suami isteri ni..melambung jugakla depa berdua ni..sedar2 dah ada kat hospital dekat sebulan jugak masuk wad!
2.Si Isterilah yang mengalami kecederaan teruk patah peha kiri dan kanan..si Suami pun patah jugak..dalam kes macam ni kesian geng2 dua2 terlantar..so kita segera siasat kes ini untuk selesaikan tuntutan/Claim Perkeso/Socso depa ni dengan segera,Inshallah 2-3 hari lagi dapatlah bayaran cuti sakitnya!Thanks juga buat majikan mereka ni cepat jugakla depa lapor kemalangan pada pihak Perkeso..nasihat aku kat majikan2 di luar sana tu..jika pekerja hangpa terlibat dalam kemalangan pergi atau kemalangan semasa balik kerja ayuhhh segeralah buat laporan kemalangan pada pihak Perkeso/Socso..jangan duk tangguh2 geng..dapat aje 4 hari MC/cuti sakit dari Hospital/Klinik segeralah hantar dokumen tuntutan tersebut jangan sesekali tunggu dan tunggu sehingga pekerja sihat baru nak hantar claim!!!itu kejam namanya!tak susah pun nak lapor kemalangan kat Perkeso ni geng..sapa kata susah dia sebenarnya mencipta alas an demi alasan kononya itu susah ini susah!!!tak reti mai baca blog aku dok citer hari2 tak faham lagi pi la mana2 opis Perkeso depa ajar sampai faham!!!!dan khidmat itu adalah sentiasa PERCUMA sampai bila bila!!!
3.Kejam kepada pekerja hangpa lahhhh kalau tunggu sehingga pekerja sihat baru nak claim kan Perkeso untuknya..dah la tu ada juga majikan nyer suruh plak pekerja yang kemalangan itu pi ambil borang tuntutan kat Perkeso dan isi borang sendiri tinggalnya majikan sign/tanda tangan sahaja oiiii oiii INI TIDAK BOLEH adalahs alah sama sekali!!!majikan yang kena buat semua tu!!!!apa guna ada Jabatan Sumber Manusia (HR) kalau depa tak boleh buat benda ni???...Geng yang terlibat dalam kemalangan ini sudah tentu cedera patah sana dan patah sini..depa perlu makan dan minum juga depa perlu menyara keluarga ada anak..depa juga nak bayar bil itu dan ini rumah kereta bla bla bla..maka cepatlah buat laporan kemalangan kat Perkeso dan hantarlah borang 34 bersama sama mc/cuti sakit,peta lakar arah perjalanan pekerja dari kilang ke rumah,laporan polis,slip gaji 6 bulan sebelum kemaalngan dan rekod kedatangan kerja bulan kemalangan Inshaallah Perkeso akan bertindak segera memproses tuntutan itu ,la ni cepat geng!!!ingat pesan aku tuuuu jangan tunggu pekerja sihat baru terhegeh hegeh nak buat claim dengan Perkeso..jangan tunggu berbulan bulan..dapat aje 4 hari MC terus hantarrrrrr..hehehe panjang sikit berleter malam ni kah kah kah..sesekali geng kikikiki

Isnin, 4 Disember 2017

Kemalangan Maut dalam perjalanan balik kerja dan claim dengan Perkeso

1.Sibuk sikit geng, adehh banyak yang nak citer kat hangpa semua ni tapi tak sempat geng..maklumlah dah hujung2 tahun ni makin banyak kes plak geng hehe apa nak buat kerja sokmo tanpa henti itu adalah Amanah..Ohhh ya geng minggu lepas sempat aku pi siasat satu kes kemalangan maut ketika dalam perjalanan balik kerja..kes ni aku dapat tahu pun melalui liputan pihak media..so tanpa menunggu maklumat dari pihak majikan esoknya aku pi dengan muka selambanya ke syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja..sebab dah tahu dari media jadi tak payahla tunggu2 majikan hantar borang 34. hehe aku pi sana dan tolong depa isi sekali borang 34 tu. Untuk makluman hangpa semua , la ni semua kes tuntutan/claim dengan pihak Perkeso menggunakan satu  borang sahaja iaitu borang 34! Isi borang ini tak susah amat senang sekali geng!
2.So masa aku pi syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja,Alhamdulilah majikan melayan dengan baik so aku tolong depa isi borang 34 tersebut dan ambil semua dokumen yang diperlukan masa tu jugak..seperti slip gaji enam bulan sebelum bulan kemalangan,salinan puch card bulan kemalangan,salinan ic pekerja..so selesai dalam tengahari jugakla kat tempat majikan ni..selesai tempat majikan aku pi plak ke rumah keluarga pekerja ni di kampong tengah renggam..Alhamdulilah lepas jumpa keluarga aku tolong depa isi apa yang patut dan terangkan apa yang patut termasuk ambil salinan ic ibu dan bapanya,salinan surat mati arwah,salinan buku bank bapa arwah sebab depa nak wang Pencen Faedah Orang tanggungan ini masuk kedalam akaun bank bapanya..ambik salinan ic dan surat beranak adik2 arwah dibawah umur 21 tahun sebab adik2 arwah layak dapat syer pencen faedah orang tanggungan ini juga sebab arwah masih bujang!Alhamdulilah semua urusan selesai hari yang sama dalam satu hari sahaja!!!!haha gembira ku dapat bantu selesaikan apa yang patut cuma dalam satu hari sahaja!!!
3.Esoknya kami ke rumah keluarga ini lagi untuk menyampaikan cek faedah pengurusan mayat! FPM berjumlah rm2000,selepas itu depa kedua ibu bapa arwah anak menerima pencen faedah orang tanggungan (FOT) sepanjang hayat mereka..manakala syer adik2 arwah plaks ampai umur 21 tahun..ooooo ya hang pa tau dak kalau kemlangan jalan raya pergi balik kerja atau semasa bekerja melibatkan kematian Perkeso memproses faedah hangpa dalam bencana kerja dan jika meninggal dunia waris akan mempeoleh Faedah Orang Tanggungan (FOT)..besar pencen ini geng :)