Isnin, 4 Disember 2017

Kemalangan Maut dalam perjalanan balik kerja dan claim dengan Perkeso

1.Sibuk sikit geng, adehh banyak yang nak citer kat hangpa semua ni tapi tak sempat geng..maklumlah dah hujung2 tahun ni makin banyak kes plak geng hehe apa nak buat kerja sokmo tanpa henti itu adalah Amanah..Ohhh ya geng minggu lepas sempat aku pi siasat satu kes kemalangan maut ketika dalam perjalanan balik kerja..kes ni aku dapat tahu pun melalui liputan pihak media..so tanpa menunggu maklumat dari pihak majikan esoknya aku pi dengan muka selambanya ke syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja..sebab dah tahu dari media jadi tak payahla tunggu2 majikan hantar borang 34. hehe aku pi sana dan tolong depa isi sekali borang 34 tu. Untuk makluman hangpa semua , la ni semua kes tuntutan/claim dengan pihak Perkeso menggunakan satu  borang sahaja iaitu borang 34! Isi borang ini tak susah amat senang sekali geng!
2.So masa aku pi syarikat tempat pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut ini bekerja,Alhamdulilah majikan melayan dengan baik so aku tolong depa isi borang 34 tersebut dan ambil semua dokumen yang diperlukan masa tu jugak..seperti slip gaji enam bulan sebelum bulan kemalangan,salinan puch card bulan kemalangan,salinan ic pekerja..so selesai dalam tengahari jugakla kat tempat majikan ni..selesai tempat majikan aku pi plak ke rumah keluarga pekerja ni di kampong tengah renggam..Alhamdulilah lepas jumpa keluarga aku tolong depa isi apa yang patut dan terangkan apa yang patut termasuk ambil salinan ic ibu dan bapanya,salinan surat mati arwah,salinan buku bank bapa arwah sebab depa nak wang Pencen Faedah Orang tanggungan ini masuk kedalam akaun bank bapanya..ambik salinan ic dan surat beranak adik2 arwah dibawah umur 21 tahun sebab adik2 arwah layak dapat syer pencen faedah orang tanggungan ini juga sebab arwah masih bujang!Alhamdulilah semua urusan selesai hari yang sama dalam satu hari sahaja!!!!haha gembira ku dapat bantu selesaikan apa yang patut cuma dalam satu hari sahaja!!!
3.Esoknya kami ke rumah keluarga ini lagi untuk menyampaikan cek faedah pengurusan mayat! FPM berjumlah rm2000,selepas itu depa kedua ibu bapa arwah anak menerima pencen faedah orang tanggungan (FOT) sepanjang hayat mereka..manakala syer adik2 arwah plaks ampai umur 21 tahun..ooooo ya hang pa tau dak kalau kemlangan jalan raya pergi balik kerja atau semasa bekerja melibatkan kematian Perkeso memproses faedah hangpa dalam bencana kerja dan jika meninggal dunia waris akan mempeoleh Faedah Orang Tanggungan (FOT)..besar pencen ini geng :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan