1.Salam geng berkuatkuasa 1 Julai 2018 majikan yang mempunyai syarikat milikan tunggal atau perkongsian yang mempunyai Isteri/Suami(pasangan) yang diambil bekerja dengan syarikat tersebut yang mana salah satu pasangannya adalah pemilik perniagaan tu maka,la ni wajib mencarum dengan pihak Perkeso hehehe..dulu hangpa pasangan pada pemilik syarikat dok minta untuk mencarum dengan Perkeso kerana bekerja dengan pasangan..dulu tak boleh mencarum..la ni sebab hangpa selalu dok minta maka kerajaan dah luluskan.. dah boleh mencarum dengan Perkeso dan wajib mencarum dah..hehehe jangan bila dah lulus tak nak carum plak pasangan kalian kikiki dulu nak sangat hahaha..dengan perluasan perlindungan dibawah Akta 4 (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) dan Perluasan perlindungan dibawah Akta 800 (Akta Sistem Insurans Pekerjaan) hehehe..ia dikuat kuasa melalui Warta kerajaan yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.
2.Dengan perluasan perlindungan keselamatan sosial pada pasangan pemilik perniagaan ini maka pasangan yang mencarum ini akan menikmati faedah yang sama dengan pencarum yang lain jika ditakdirkan berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan pergi kerja,kemalangan dalam perjalanan balik kerja, kemalangan semasa bekerja,kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan, Ilat,Penakat,faedah perubatan,faedah pemulihan dan banyak lagi lah hahaha..tapi ingat ia adalah pasangan pemilik perniagaan yang bekerja dengan perniagaan yang dimiliki pasangan sahaja..dengan kata mudahnya kalau suami pemilik syarikat dan isteri diambil bekerja dan dibayar gaji maka bermula 1 Julai 2018 wajib mencarum untuk Isteri begitulah sebaliknya..namun jika pasangan adalah kedua duanya pemilik syraikat yakni namanya ada dalam daftar perniagaan makan dua dua tak boleh mencarum dengan Perkeso kecuali syarikat itu berstatus Berhad atau Sdn Bhd kikiki harap hangpa semua faham hehehe tak faham ni kat bawah ni baca kikiki..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan