Khamis, 11 Oktober 2018

hehe jangan tolong ketik/puch kad perakam waktu pekerja hangpa!

1.Hari ni aku nak citer sikit pasal 'Kad Perakam Waktu'..tujuan penggunaan kad perakam waktu tu amat baik sekali..aku cukup suka bila pi melawat kedai kilang atau pejabat yang mengunakan system puch card ni..ye laa nak rekod kedatangan kerja hangpa..masuk kerja jam berapa, balik kerja jam berapa..ada overtime bagai...biasa untuk siasatan kes kemalangan melibatkan tuntutan kemalangan dengan pihak Perkeso yang melibatkan sama ada kemalangan balik kerja,kemalangan pergi kerja atau kemalangan semasa bekerja rekod kedatangan inilah yang kita lihat dan tengok dulu..ia penting untuk nak pastikan pekerja datang kerja atau sebaliknya..hehe aku tak nak sentuh bab2 rekod kedatangan yang tulis manual ni..yang nak sentuh hari ni berkenaan rekod kedatangan yang mengunakan system kad perakam waktu/puch card.
2.Dalam kes yang aku siasat hari ni agak unik sikit hehehe kad perakam waktu diletak dalam bilik bos..bos datang kerja barulah kad perakam waktu semua pekerja  bos akan ketik/puch begitulah bila balik kerja..bos balik maka bos akan puch untuk semua pekerja yang hadir di mana bos tengok sapa hadir dia puch hahahaha..begitu jugak masa nak balik bos yang puch kan..masalahnya bila timbul bilamana bos balik cepat maka bos akan puch semua puch card pekerja ikut masa/time dia balik kerja hahahaha aku tak tahu la mazhab mana bos kilang ni amalkan kah kah kah adoooi pening nak mikir kan nya kah kah kah..bos puch out ikut masa dia balik kerja sedangkan pekerja tak balik kerja lagi bahahahahaha..mcm2 gelagat bos rupanya hahaha..1000 dalam 1 kes baru jumpa bos macam ni kot kikikiki..
3.Masalah timbul bila pekerja yang di puch out mengikut masa bos balik kerja sedangkan pekerja belum balik lagi dari kerja ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik kerja hahahaha..kes macam ni aku jumpa hari ni...hangpa bayangkan bos dia balik jam 1.00 petang..macam biasa amalan mazhab kilang ni bos akan puch out kesemua puch card pekerja ikut masa beliau balik kerja sebab mesin puch card dalam biliknya hahaha..bila bos puch out jam 1.00 petang...si pekerja ini masa tu masa ada di Pasir gudang hantar bekalan ais krim hahahahaha...beliau balik ke kilang dan selesai trip penghantaran jam 6.46 petang..lepas siap parking lori di kilang beliau naik motor nak balik ke rumah selepas habis kerja vrom vrom gedegang kemalangan..masalah timbul bila bos awal2 lagi dah puch card out untuk kesemua pekerja termasuk yang kemalangan ini jam 1.00 petang tadi!!!!!ini lah yang aku tak suka hahaha..pelbagai andaian boleh dibuat mungkin si pekerja dah balik kerja jam 1.00 keluar balik ke Bandar pastu kemalangan...mungkin jyga betul dia balik kerja time tuuu..oooo susah oooo macam ni..
4.rupa rupanya bila siasat punya siasat cek semua puch card memang bos dia puch in dan out untuk semua pekerja ikut masa suka hati dia bahahahaha aiyaaa ini macam pun ada ka!!!Nasib baik perbuatan itu dilakukan secara konsistem hahaha memang itu amalannya..nasib baik ada bukti resit tol perjalanan dan ada invois penghantaran sebagai bukti ..kalau tak tak pasal2 kes ini ditolak aiyaaa..Nasihat aku dah bagi kat pengerusan hahaha bos janji nak letak mesin punch card kat luar pejabatnya dan berjanji tak kan mengitik kad untuk pekerja lagi hahaha adehhh macam2 hal.

2 ulasan:

  1. Bro.. Sorry saya komen di sini.. Saya ingin bertanyakan soalan.. Saya pernah membuat tuntutan HUK disebabkan ragut dan mendapat slip disc.. Claim dibuat pada 2016.. Skrg ni slip disc saya semakin teruk.. Boleh ke saya membuat tuntutan ulangkaji HUK walaupun tidak mencapai 3 tahun lagi.. Jika boleh, apakah document yang diperlukan untuk saya hantar? Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha semoga sis betambah sihat bertabah la sis Slip disc sakit sis..saya tahu tu :(

      2.Sis seperti yang sis habaq tu claim sis dah dibuat HUK baru lagi tu sis 2016..x cukup 3 tahun lagi sis..memang betul selepas 3 tahun baru boleh buat tuntutan ULANGKAJI..borangnya boleh didapati di pejabat Perkeso dimana sis berurusan sebelum ini.

      Wasalam

      Padam