Jumaat, 19 Oktober 2018

Pesara tentera 3 tahun terbaring di rumah akhirnya dibantu Perkeso!

1.Seronok dan puas sebenarnya bila kita mampu memberi apa sahaja bantuan untuk mengurangkan bebanan orang lain..tak kisahla apa pun bentuk bantuan janji ia memberi kesenangan pada orang lain ia sudah cukup membahagiakan dan membuat diri begitu puas sekali..selain ia adalah tugas hakiki namun bila dicampur dengan minat dan keikhlasan hati ia menjadi azimat yang cukup ampuh untuk bekerja dengan lebih kuat lagi dan lagi kikiki walaupun sekadar belakang tabir pun takpa la kikiki..ni yang untungnya ada blog kita bebas menulis ikut suara hati kita..kita boleh bertinteraksi dengan semua pengunjung blog tanpa apa apa sekatan hehehe seronok!
2.Oh yaaa geng nak citer sikit pasal kes semalam..Alhamdulilah semalam bersama sama team Skuad Perkeso Prihatin Kluang berkesempatan berkunjung ke rumah pak cik Sulaiman Shupi 53, yang tinggal di taman seri daik Mersing Johor.Pak cik ni uzur sangat dah..beliau asalnya bekas tentera..bila pencen beliau sempat bekerja sebagai pengawal keselamatan..bila bekerja sebagai pengawal keselamtan beliau di carum dengan pihak perkeso..3 tahun kemudian di sahkan mengalami sakit kecing manis..kini sakit yang dialaminya begitu kronik..beliau dah uzur dah..dua2 mata dah tak nampak dah, kaki kiri pun dah di potong dah pun..hanya mampu terbaring..mengikut kata Isterinya pak cik ni dah seperti budak kecil dah perangainya..sentiasa perlu penjagaan sepenuhnya.
3.Namun alhamdulilah hasil maklumat yang disampaikan oleh masyarakat setempat kami segera berkunjung ke rumah pakcik ni dengan membawa barangan bantuan/alat pemulihan seperti lampin pakai buang,urine beg,tilam khas..ini semua diberikan setelah semakan mendapati pak cik ni mempunyai kelayakan dari segi caruman dan umurnya belum mencapai 60 tahun melayakkan beliau memperoleh bantuan awal alat pemulihan ini..terus bawa barang2 bantuan tu dan membantu beliau mengisi borang tuntutan Pencen Ilat..Inshallah akan dirujuk ke Jemaah doctor untuk membolehkan beliau disahkan mengidap keilatan lepas tu barulah bayaran pencen ilat akan diberikan...geng alat pemulihan seperti lampin pakai buang tu akan diberi secara berkala dan sudah semestinya akan PERCUMA buat selamanya!dan..bila disahkan mengidap keilatan pak cik ini akan menerima pencen bulanan sepanjang hayatnya Inshallah!
4. Ini yang aku selalu tekankan mencarumlah dengan perkeso waima kita kerja buat seketika pun jangan dok abai caruman perkeso itu amat penting sekali..Nak habaqnya perkeso sekarang ni cukup mudah baso,mudah kiro,senang berurusan,cakna rakyat dan cukup prihatin!dapat sahaja maklumat terus bertindak tak de dah tunggu2 bagai ni..cuma tu la kadang2 maklumat kita tak terima..ni la satu masalah besar pada kita..bila kita tak tahu macam mana kita nak bertindak dan membantu..program perkeso bersama pemimpin masyarakat saban tahun dibuat dan diadakan dengan matlamat pimpinan masyrakat yang hadir dapat membantu perkeso war war kan maklumat pada masyarakat bawahan mereka..dengar saje berita kematian rujuk perkeso..dengar sahaja kes sakit kronik rujuk perkeso!!!
5.Hehe hadir sama berkunjung ke rumah pak cik sulaiman shupi di taman seri daik mersing semalam adalah ahli dewan undangan negeri (DUN) Endau Hajah Alwiyah (kak awi)thanks kak awi dulu kini selamanya mesra rakyat!thanks juga buat YDP Majlis Daerah Mersing yang menghantar wakilnya hehehe..
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan