Sejujurnya rakan-rakan Media banyak membantu aku dalam melaksanakan tugasan yang diberi pada setiap hari hehehe tanpa mengetepikan rakan-rakan lain seperti PDRM, SPRM, MIO dan lain2 lah..tanpa mereka sukar untuk aku selesaikan banyak perkara berkaitan tugas rasmi setiap hari! Berbelas tahun semasa aku bertugas di Johor hubungan akrab aku dengan rakan media tak boleh dipisahkan..tak mengira masa siang malam pagi petang kami saling berhubung jika ada kes melibatkan kemalangan maut dan jika melibatkan kes pesakit kronik..haha kadang-kadang waktu larut malam pun masih berhubung masih menyemak kelayakan pesakit untuk claim PERKESO..hehe kadang-kadang kalau tak kena cara boleh merajuk rakan sebantal aku kikikiki..kerja sampai ke rumah katanya Kikiki..nasib baikk rakan tido sebantal aku amat memahami..aaahhh rindunya rakan2 media kat Johor..kami boleh bersembang..kami boleh minum-minum sama hahaha..ada kala sempat mengumpat kah kah kah kah..
Balik ke Kelantan ingatkan dah tinggalkan rakan-rakan media Kikiki rrrrrrupa-rupanyaaaaa tugasnya bawa ke negeri sendiri hahahahaha..tetap berurusan dengan rakan-rakan media yang tercinta juga hahaha..cuma orangnya saja yang berbeza..rezeki aku bahaha..Alhamdulilah walaupun begitu mungkin kerana karektor aku yang banyak cakap ni dan tak reti malu ni maka dah biasa berkawan dengan rakan media maka amat mudah untuk mencari kawan media di Kelantan Alhamdulilah mereka sepeti rakan media di Johor..amat baik hati dan amat mudah dijadikan kawan!
Seperti rakan media di Johor..rakan media di Kelantan juga amat mudah untuk di hubungi..dan seperti di Johor..rakan media di Kelantan kami berhubung tak kira masa hahaha..ada siang malam pagi petang Kikiki..Alhamdullilah Allah s.w.t permudahkan segalanya..Alhamdulilah mereka juga tidak kedekut ‘info’ maklumat di beri pada kadar segera apabila mereka memperolehinya takt ahu macam mana nak balas budi baik mereka!
Sebab mereka baik dan amat memberi kerjasama kadang kala membuat aku malu..hmm kalaula la aku kaya raya mau aku tiap masa belanja depa minum makan2 bahahaha..dah macam keluarga plak dengan depa ni 😊..kalau tak de depa ni kompem pening kepala tahap dewa aku! Sebab tu aku kalau boleh akan menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan media ni sebaikknya hahaha depa pun kalau buat open house tak lupa nak jemput kami di PERKESO..bab makan kita makan haha..kadang kala berpeluh dan cukup risau aku kalau temujanji dengan rakan media lari masanya ahhhh tak sedap duduk aku kalau buat mereka tertunggu tunggu tapi tu lah..ada kala bila melibatkan VIP masa lari sikit2 kikiki..
TERIMA KASIH RAKAN MEDIA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan