KOTA BHARU,23 Julai 2019 – Kedua-dua Waris Keluarga Pasangan Suami Isteri yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan berpelukan selepas tangga separa siap rumah teres dua tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh di Kampung Matang Pagar Sungai Buloh hari ini melahirkan rasa terharu dan berterima kasih pada Pihak Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan kerana telah bertindak segera menguruskan kes tuntutan Pencen Penakat Pasangan Suami Isteri tersebut iaitu Sharil Apipie Mokhtar 29 dan Wan Hasheliza Wan Ibrahim 29 yang maut ditempat kejadian selepas tangga kediaman teres dua tingkat itu runtuh dan kedua-duanya terkena renjatan elektrik dalam kejadian yang berlaku 21 Julai lepas.
Wan Ibrahim Awang Kechik 59 bapa kepada Wan Hasheliza melahirkan perasaan terharu dan terkejut serta berterima kasih kepada pihak PERKESO Negeri Kelantan atas kepantasan Skuad PERKESO Prihatin Negeri ini yang bertindak segera menghubungi beliau dan hadir ke rumahnya di Kampung Sepulau Pasir Puteh untuk membantu menyelesaikan kes tuntutan Pencen Penakat anak dan menantunya disini semalam iaitu hari pengkebumian jenazah anak dan menantu saya.
Mengulas lanjut, Wan Ibrahim menyatakan beliau telah dihubungi oleh Pegawai PERKESO Negeri Kelantan pada hari kejadian anak dan menantunya terlibat dalam runtuhan tersebut dan pihak PERKESO memaklumkan anak dan menantu saya memenuhi kelayakan caruman untuk tuntutan Pencen Penakat PERKESO memandangkan mereka kedua -duanya meninggal serentak dan tiada waris (anak) ia melayakkan saya dan isteri serta besan saya bakal menerima pencen Penakat dari pihak PERKESO. Jujurnya saya langsung tidak menduga pihak PERKESO sebegitu segera memperolehi maklumat kematian anak dan menantu saya dan mereka begitu pantas menghubungi saya dan menyelesaikan tuntutan Pencen Penakat PERKESO pada hari yang sama setelah saya kemukakan beberapa dokumen yang diminta pegawai terbabit. Alhamdulilah, syukur, kematian anak kedua saya dari 5 beradik itu dapat pembelaan dari pihak PERKESO, begitu juga dengan menantu saya.
Haji Wan Izani Wan Isa, Timbalah Pengarah PERKESO Negeri Kelantan menyatakan ‘sebaik sahaja pihak kami mendapat maklumat dari pihak media, kami di PERKESO Negeri Kelantan pada hari yang sama telah berjaya mengumpul maklumat berkaitan kes ini dan hari yang sama pihak kami melalui Skuad PERKESO Prihatin Negeri Kelantan telah bertindak membuat semakan dan mendapati pasangan suami isteri ini adalah pencarum aktif kami dan carumannya memenuhi kelayakan tuntutan Pencen Penakat PERKESO sekaligus kes telah diproses tanpa memerlukan kehadiran ahli keluarganya ke pejabat kami, pegawai kami telah turun padang pergi ke rumah keluarga arwah bagi mendapatkan dokumen yang berkaitan dan kes ini telah diselesaikan secara pantas pada hari yang sama.
“Semua urusan tuntutan Pencen Penakat PERKESO dilakukan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari keluarga arwah pasangan suami isteri ini”, sebenarnya keluarga pasangan suami isteri yang maut ini sendiri langsung tidak mengetahui yang kematian anak mereka menyebabkan mereka layak menerima Pencen Penakat dari pihak PERKESO, Keluarga pasanagn suami isteri ini hanya mengetahui perihal tersebut setelah dihubungi Pegawai kami pada hari kejadian.
Lantaran itu keluarga pasangan suami isteri ini akan menerima pencen Penakat secara bulanan untuk seumur hidupnya (sepanjang hayat) mereka, bagi Keluarga arwah Wan Hasheliza Wan Ibrahim kedua ibu dan bapa arwah akan menerima pencen Penakat sebanyak RM712.00 sebulan, manakala bagi keluarga arwah Shahril Apipie Mokhtar pula kedua-dua ibu bapanya akan menerima Pencen Penakat RM716.38 sebulan.
Wan Izani juga menyatakan pihak PERKESO juga telah membuat bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM2000.00 untuk kedua dua keluarga pasangan yang maut ini dimana telah pun dikreditkan ke dalam akaun ibu dan bapa pasangan ini. Wan Izani berkata demikian ketika berkunjung ke kediaman Wan Ibrahim iaitu bapa kepada arwah Wan Hasheliza di kampung Sepulau Pasir Puteh hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan Wan Izani juga menegaskan tiada unsur pilih kasih atau pilih bulu dalam menyelesaikan kesemua kes-kes Skuad Prihatin, ‘ini kerana kami bertindak segera apabila menerima maklumat sama ada dari pihak media,pihak polis, bomba,APAM,sahabat Skuad PERKESO Prihatin, pelbagai laman facebook daerah di Kelantan dan makluman dari orang awam, kami mempunyai Pegawai Skuad PERKESO Prihatin yang akan sentiasa memantau maklumat-maklumat ini dari masa kesemasa, sama ada melibatkan kemalangan maut atau pesakit kronik yang terdiri dari Pencarum PERKESO dan jika mencukupi syarat kelayakan caruman maka tindakan serta merta akan diambil oleh pihak kami tanpa mengira kedudukan seseorang pencarum dari segi bangsa agama taraf kedudukan kaya miskin orang biasa atau selibriti atau berpangkat dan sebagainya ia akan diberi tindakan sewajarnya dengan kadar segera.
Dari kami warga PERKESO, al-Fatihah buat kedua – dua keluarga dan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan