1.Teringat akan mantan Bos aku dulu Allahyarham Zanurin Zakaria,beliau cukup-cukup kagum dengan Pusat Rehabilitisi PERKESO di Bandar Hijau Hang Tuah Jaya Melaka Bandaraya Bersejarah..tak lekang dari bibirnya satu hari nanti beliau nak berkhidmat di situ!!! ia bukan kerana Pusat Rehabilitasi berada di Negeri tumpah darahnya namun jauh di sudut hati arwah amat berminat untuk berkhidmat di situ..apa boleh buat hajat tak kesampaian beliau meninggal dunia terlebih awal.
2.Tanggal 23 Mac 2012 kami bersama-sama ke majlis pecah tanah pembinaan Pusat Rehabilitasi ni..aaaaah masa itu tak de apa lagi kat sini hahaha..nun jauh di pelosok sana kikiki hutan hutan hutan..namun lihatlah hari ini pusat ini tersergam megahhh nan indah plak tu..ia menjadi kebanggaan kami warga PERKESO secara keselurahannya ianya satu satunya di asia tenggara beb pada waktu itu hehe..hebatla kan..berbalik pada kisah mantan Bos aku Allahyarham Zanurin Zakaria..bila sahaja beroperasi sepenuhnya pusat Rehabilitasi ini di bibirnya tak lekang2 minta aku aturkan pemimpin masyarakat Daerah Kluang untuk hadir melawat Pusat Rehabilitasi ini adoiii awat bos kalut sangat nak bawa depa ni...hazri ko kena bawa Pemimpin Masyarakat Daerah Kluang ke Pusat ini..tunjuk kat depa semua kemudahan pusat ini dedahkan mereka tentang kehebatan pusat ini..aku nak ko buat juga..hahaha pada aku wahyu ni apa amacam pun kena buat juga haha..
3.Hahaha kadang2 aku pelik napela Bos aku ni susah susah sangat tak sabar-sabar nak minta aku buat lawatan tu..ya beliau akrab dengan pimpinan masyarakat kluang..nak jugak tonjolkan kehebatan pusat itu pada rakan rakan beliau pimpinan masyarakat kluang..akhirnya kami bincang kami atur lalu jadilah juga lawatan pimpinan masyarakat kluang ke pusat Rehabilitasi Melaka itu..tu pun pergi dengan kereta masing-masing..kami konvoi ramai-ramai..pi balik hari aje tak jadi bermalam kat sana hehe..hazri ko tahu tak aku nak sangat kalau boleh pindah sini..hehe..Bos Inshallah ada rezeki Bos dapatla bertugas sini..hazri aku nak jaga mak aku..mak aku tak de sapa-sapa tengok2 kan di Melaka..Inshallah bos ada rezeki adapatla kita sama sama doakan bos..apa kan daya..selepas kami bawa rombongan pimpinan masyarakat Kluang tahun 2017 tak lama kemudian 2018 Bos kesayangan dan bos tempat aku bergaduh tu akhirnya meningal dunia..Allahu..namun beliau puas dan gembira dapat lihat pimpinan masyarakat kluang melawat pusat rehabilatasi itu..banyak cerita aku dengan arwah..takpa la kita simpan sampai bila2.
4.Kini Pusat Rehabilitasi PERKESO dah bertukar namanya ke TRRC..sungguh gah dalam menyediakan pemulihan kepada OB yang dihantar ke sana..ada doktor sendiri ada jurupulih sendiri ada kakitangan serta kemudahan serba lengkap jurirawat comel-comel belako kata pre timur..kemudahan yang diberi amat terbaik..apa tidaknya OB yang akan menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi ini ditatang bagai anak emas..di hantar ambulans khas dari pusat rehabilitasi itu ke destinasi OB untuk Mengambil OB bagi mendapatkan rawatan di pusat rehabilitasi itu dan ia adalah PERCUMA..rawatan dan segala kos diberi PERCUMA tahkala dalam dunia hari ini semua bayaran dikenakan untuk semua jenis perkhidmatan!!!Alfatihah Bos saya sentiasa merindui kamu!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan