Khamis, 30 Disember 2010

rutin harian tetap sama

1.Aku seringkali berpesan pada diri aku, pada isteri aku dan mereka-mereka yang amat rapat dengan aku..jika sekiranya aku tidak samapai-sampai ke rumah 24 jam sila la rujuk dimana-mana balai polis yang berhampiran atau pun dimana-mana hospital yang berhampiran, kerana dalam satu bulan hanya 2 ke 3 hari sahaja aku didalam pejabat yang selebihnya aku pasti diatas jalan raya, ladang sawit kilang bla bla bla itulah hakikat yang seharusnya diterima..tak pe la jika berlaku apa2..anak isteri aku de pencen InsyaALLAH..caruman kwsp pun aku dah buat penama..insyaALLAH depa tak melarat kalau ditakdirkan aku tiada satu hari nanti.


2.Jam 9 dah ke lokasi..kali ni tempat yang cukup sinonim dengan aku mana lagi kalau bukan Malaysia Mosaic Berhad, hm dalam seminggu ada la 2-3 kali entah la, asyik ada je kejadian melibatkan staff depa ni.Kadangkala aku pun naik hairan apa bala bencana la staff dorang ni asyik ditimpa malapetaka, dah berbuih dah aku nasihat but jadi tetap jadi nak buat macam ne.Disebabkan dah terbiasa maka bilik perbincangan 4 adalah macam bilik tetap aku dah!dan tersedia macam biasa milo panas kekeke..thanks malaysia mosaic..milo pun milo lah!


3.Selesai kes pertama aku bergegas ke 1 lagi lokasi di simpang renggam..agak jauh ke dalam kampung parit haji hasyim, ahhh aku memang dah biasa sangat area kawasan simpang renggam ni..kilang OSAKA.Kilang ni cukup aktif mengeluarkan produk minyak pelincir kereta, tapi kebanyakkan minyak tu depa eksport ke singapura, di malaysia aku tak pernah jumpa minyak pelincir ni di mana-mana kedai, setakat hari ni la..aku terus jumpa HR dan staff yang tercedera tu..bla bla bla selesai hampir zuhur!


4.Bergegas balik ke pejabat bilamana my patner call ada majlis, aku terlupa plak hari ni de majlis jamuan makan-makan kekeke..hm terpaksa berpatah balik ke pejabat dan depa bagi la hadiah touk anak aku Nur Qaleesya Humaira..thanks la ingat jugak budak2 opis ni kat aku..


5. Dan Makannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn kekekeke


ok la..banyak sebenarnya yang boleh aku coretkan setiap hari namun ada perkara-perkara tertentu berkaitan dasar dan cara operasi mana boeh didedahkan kekekeke...selamat malam..sok bertolak ke Hotel Blue wave JB for sambutan tahun baru kekekeke

Rabu, 29 Disember 2010

KSSR

1.Dulu masa zaman aku belajar sekolah rendah,aku belajar kat sekolah kebangsaan bakon,biasala masa tu sekolah luar bandar..seingat aku elektrik yang 24 jam baru ada kot time tu

2.Aku guna silibus KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah). Masa itu kena ikut 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira. Zaman aku mula guna silibus nie dari tahun 1985 – 1990,dan kalau tak silap aku..geng akulah permulaan untu PMR yang mengantikan SRP..kira anak sulung PMR la aku ni.

3.Ikut kiraan dari tahun aku belajar adalah sudah 25 tahun dan ikut tahun sebenar KBSR nie sudah berusia 27 tahun. Tapi subjek besa2 ja.. setakat BM, BI, Matematik, PI, PJK, alam dan manusia. PI, PJK dan alam dan manusia tak masuk pun dalam peperiksaan UPSR. Betapa mudah pada masa itu (mudah-mudah pun aku tak score jugak).Maklumlah time tu budak kampung asyik duk main-main lagi hah..lau tak silap aku time ni tengah popular cari belalang untyuk dijual pada taukeh dari singapura..hm hm 10 ekor dijual 10 sen hehehe..time tu budak-budak dah kira cukup seronok dah tu..

4.Zaman beralih zaman silibus KBSR diganti dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) bermula 2011 iaitu beberapa hari sahaja lagi. Aku cuma pelik sikit kenapa guna perkataan standard. Bukan ke itu perkataan mat saleh?? KSSR menggunakan konsep 4M iaitu Membaca, Menulis, Mengira dan Mena’akul. Apa itu mena’akul? Mena’akul ialah membantu kita dalam membuat pertimbangan secara logik. Dengan kata lain mengajar kita mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang positif dan mana yang negatif supaya kita dapat tahu perbezaan antara dua itu. Penambahan satu konsep ini lagi amat bagus kerana kanak2 nie memang patut diajar perbezaan kedua-dua itu supaya mereka dapat melindungi diri mereka.



Kali ini subjek yang akan mereka pelajari antaranya:

* Modul Teras Asas seperti BM, BI, BC, BT, Matematik, Pendidikan Kesihatan dan Jasmani, Pendidikan Islam, Moral
* Modul Teras Tema seperti Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Muzik
* Modul Elektif seperti Bahasa Cina SK, Bahasa Tamil SK, Bahasa Arab, Bahasa Iban
* Elemen Merentas Kurikulum seperti keusahawanan, Kreatif dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi

arrrr mengantuk lain kali la aku kupas bab2 ni hehehe lari tajuk dah ni

Isnin, 27 Disember 2010

Turun subuh balik magrib..

1.Beratnyer rasa nak bangun..jam 5 pagi dah ne bangun jam 2 baru je aku tidur tu pun selepas Ultaraman sara tidur..hm sampai bila la sindrom ni nak berakhir, jam 6.30 pagi dah bertolak ke lokasi biasa..dengan melalui jalan kluang-teck wah heng yang cukup sinonim dengan kawasan/lubuk kemalangan..banyak kes yang aku siasat kemalangan berlaku disini saban hari!dan jalan inilah yang ku lalui saban hari..hm..hope sangat2 nak balik ke negeri tumpah darahku coming soon..




orang kata peluang kedua selepas terlepas peluang pertama sukar kembali..er er menyesal pun ada kerana menolak setelah permohonan perpindahanku diterima setahun yang lalu..hm andai dapat ku undurkan putaran dunia..

2.Pagi2 macam biasala aku masuk ladang..atas beberapa sebab aku sanggup!antaranya kerana jalan kluang-teck wah heng tadi..keduanya..selagi aku hidup biarla aku penat dan bersusah..mana tahu esokknya aku tiada...hehe lagi pun aku bukan kaki racing punyer kekeke..ops naik keta ni kompem selamat hahaha...aku masuk ladang asyik bertembung jah dengan keta ferari ni tension hahaha



3.opsss..waktu tengahari aku de kes di taman desa..hm..panorama taman desa jalan utama sememangnya menyegarkan mata memandang...redup pokok-pokoknya..


tiba ditempat siasatan mata redup jadi kabur hahahaha..hm..kolam IWK penuh dengan isi nya hahaha..depa ni tak profesional la..sepatutnya buatla dinding ka..tutup dengan zink ka adeiii sian rumah-rumah penduduk taman yang berpanorama kolam isi buangan manusia ni..


hmmm


jatuh dibulatan jalan batu pahat-mersing hehe..semoga cepat sembutla dik..hm hm lain kali bawa motor slow2 udah le..ops kajol ka er er er

but taukeh adik ni mr tan manager kawasan kluang,batu pahat segamat very cool la beb..adeiii baguih punyer bosss selamba rock je hahaha..depa ni dari kompeni blondal..syarikat penapis air yang terkenal tu hah..


hm de kes juga di EON pehhh sambil tengok inspira hahaha..but dengar sini depa yang duk jadi juru jual keta proton tu hang jangan pandang sebelah mata yop..aku dah semak gaji depa ni tahap gaban punyer beb..9 ribu wooooo slip depa ada le but mana leh masuk kan sini hahaha.

.

ok la penat aku dari subuh sampai la ni tak rest lagi..aku rest dulu lah..

Ahad, 26 Disember 2010

hari minggu,pasar dan anak-anak

1.Hari minggu macam biasala pi pasar with Nur Qaisara Humaira..adeiii robot ni tak nak jalan..dalam pasar pun nak dukong gak..hm hm penat den macam ni..biasanya Ikan dan sayuran amat murah di pasar ni..


robot sara yang tak nak jalan hehehe

macam-macam ikan leh pilih..


2.Pilih Ikan,ayam dan sotong sudah memadai hehehe..lagi pun hari ni hari minggu orang punyerla ramai.Biasanya jika hari keje aku beli ja kat songmart dekat sikit with my opis..hm lagi pun pasar tu lagi selesa dan nyaman kekeke.Sejak dari dulu tugas-tugas ke pasar beli ikan sayur keperluan lain tu dah jadi rutin aku dah tu..

3.balik rumah penat dan sakit pinggang buat dukong Nur Qaisara Humaira..hm but penat hilang bilamana melihat Nur Qaleesya Humaira tersenyum gembira...mereka ni jantung hatiku..berpisah sesaat bagaikan dunia tiada ertinya..

Nur Qaleesya Humaira dan baju yang di hadiahkan oleh YB Dato speaker DUN Kelantan Dato Mohd Nasarudin Md Daud

bestnyer..


dan lagiiiiii


hmmm my kabutar...kakakaka

Sabtu, 25 Disember 2010

perayaan krismas melayu jangan jadi bodoh dan bebal!

1.Sebenarnya malas aku nak menulis tentang benda-benda sebegini, namun mutakhir ini bila mana melihat makin ramai umat kita terpesong dan dipesongkan bukan sahaja oleh media elektronik mahupun kejahilan dan kebodohan pemimpim kita sendiri yang mengaku islam namun hakikatnya tingkah laku mereka amat mengelirukan!
hm hm depa ni tak tahu mengunakan kuasa mengundi..fanatik..but rumah..hm hm yang duk undi pasai pa kalau tak dapat bantu rakyat..rumah ka apa??tak kan kasi undi pun tak leh bantu bina pulih rumah rakyat ni..kesian..nak tunggu santa claus repair ka aiyaaa



2.1 malaysia ..lantak la nak buat apa pun aku tak kisah, perhabislah duit rakyat untuk 1 malaysia tu atas dunia aku ok,but kat padang masyar nanti aku bangkitkan kemudian nanti InsyaAllah!Namun apa yang aku kesalkan dan rintihkan tentang kejahilan kita atas prinsip perkongsian perayaan kita lantas lupa lantas alpa lantas tunjukkan kejahilan dan kebodohan kita dalam beragama. Ya kita berbilang kaum itu benar..namun perlu ingat kita ada batas akidah yang perlu dijaga wahai pemimpim,jika kamu ingin menyambut perayaan budaya kaum lain tidak megapa, namun jika kamu menyambut perayaan krismas maka tergelincirla akidah kamu!Aku merayu pada ulama' tak kirala ulama kerajaan yang bertuankan wang tolongla nasihatkan mereka-mereka yang bebal ini..apa guna ada JAKIM, apa guna ada Majlis Fatwa apa guna ada Jabatan Agama dan apa guna Ada Menteri yang porfolio menjaga agama islam jika benda sebegini penting ditutup sebelah mata dan tidak menegur perkara yang mengundang kemurkaan Allah ini!hehe peutri UMNO pun bukan main la ni..siap tayang punggung woooo hm hm tak tahu nak kata pa dah..




aku malas nak komen berkenaan gambar dibawah kakakakaka..adeiii gambar hiasan tu..hm hm..pakai baju merah seluar merah tudung putih secara kebetulan ye kat menteri ye kekekeke..



3.Aku menulis dengan harapan di akhirat kelak aku terlepas dari seksaan tahkala di hitung nanti,aku sudah menyampaikan apa yang sebenarnya yang aku pelajari dulu, aku bukan ustaz, pendidikan tak seberapa tinggi cukup setakat Ijazah saja yang kamu golongan VIP, golong aristokrat, golongan tukang kipas menteri tak akan pandang pun...aku cuma lepasan agama yang tak punya apa-apa..
aku hanya insan biasa..kerja pun bawa kabutar je..dah la minyak diesel pun dah naik



4.Aku juga nak sentuh hal ehwal memakai pakaian ala-ala santa claus..woiii hang dah gila tahap babi hutan ka!!!dah tak de pakaian lain nak pakai ke??aku tengok kat malaysia ni bukan saja orang-orang biasa sahaja yang memakai VIP pun turut sama hanyut! dengar sini ..Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama dan haram!aku petik apa yang mufti johor kata, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.
topi pun jangan duk gatai tangan nak beli bagi anak..beli je benda lain banyak lagi topi yang baik..kasi kopiah pun leh tu..sejuk kepala anak kekeke



“Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.
kakakaka..yang duk kat umah pun jangan duk gatai-gatai nak pakai baju santa..Allah s.wt lagi maha mengentahuinya..


pak cik santa pi jauh-jauh dari melayu islam bleh kan kan bleh kan pancik santa kekeke



5.Cukupla setakat ni nanti blog aku ne serang kat pencaci plak..namun insafla sebelum terlambat..jika tak tahu tanya jangan kita jadi bebal..bebal dan bebal sepanjang masa tanpa sedari kita sekit demi sikit dipesongkan..sama ada dipesongkan oleh orang lain yang beragama lain atau dek kerana kebebalan kaum kita sendiri..hang pa nak berpolitik ka nak 1 malaysia ka nak kongsi perayaan ka jangan sampai tergelincir akidah cukup!ops..prk DUN tenang makin hampir begitu jua dengan DUN sarawak dan PRU 13 yang di tunggukan janganla guna kebebalan kita untuk meraih undi dengan memberi beg sekolah yang berlambangkan PARTI POLITIK!bodoh ka hangpa ni hah..memberi kena Ikhlas!jangan duk takbur..nak bagi beg tak salah logo parti kasi buang la..dengan budak-budak sekolah pun naik berpolitik ka?????
hang bagi beg berlogo parti ni betul-betul ketandusan idea..apa la budak sekolah pun nak dilibatkan dalam politik ka???ni bukan zaman paleolitik la geng..


hm hm dah tak lama la tu kalu dah ketandusan idea gak...tak kan kemana..PRU 13 sama ada terkubur atau dikuburkan oleh rakyat dek sikap kamu sendiri!


wasalam..sampaikan sepatah ayat demi kebaikan..

Tahniah Kerajaan Pas kelantan Ribuan saksikan Kahwin Perdana 100 pasangan

PENGKALAN CHEPA, 25.Dis – Buat julung kalinya melalui Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, majlis Perkahwinan Perdana dengan melibatkan 100 pasangan berjaya diadakan hari ini dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang.



Bermula dengan solat hajat bertempat di Masjid Besar Muhammadi oleh peserta lelaki dan diarak ke Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(PUTIK), Pengkalan Chepa dengan menggunakan kereta Perodua VIVA serta diiringi oleh Kelab Motorsikal Klasik, Pengantin lelaki disambut oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan kerajaan negeri.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita,Keluarga dan Kesihatan Wan Ubaidah Omar ketika menyampaikan ucapan aluan berkata program sebegini adalah membuktikan keperihatinan kerajaan kepada rakyat terutamanya kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Melalui Perkahwinan secara beramai-ramai ini juga boleh menjimatkan belanja keluarga dan sebagai tanda keprihatinan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM300 ribu bagi menjayakan program di samping penyediaan Mas Kahwin 1 Dinnar,Wang Tunai RM 500 dan senaskah Al-Quran.

Beliau juga berkata ia bagi menggalakkan perkahwinan di kalangan anak muda dan sekali gus dapat membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni di negeri ini.

“Dengan terbinanya ikatan perkahwinan ini, diharapkan anak muda akan lebih terurus dan bermatlamat selari dengan tanggungjawab masing-masing”ujar beliau.

Sementara itu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz ketika menyampaikan Khutbah Nikah secara serentak berkata ikatan perkahwinan ini adalah merupakan satu amanah dan ia tidak boleh dikhianati oleh pasangan yang berkahwin.

“Saya amat gembira bila melihat anak-anak muda sanggup berkahwin dan ini dapat mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama kita dan diharapkan kedua-dua pihak dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri yang penuh bertakwa kepada Allah”kata beliau.



Nik Abdul Aziz juga berkata di zaman yang penuh dengan gejala sosial ini, kerajaan amat berharap agar ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak yang sudan matang untuk mendirikan rumahtangga dan mereka ini akan lebih bertanggungjawab apabila mempunyai suami maupun isteri.



Majlis diserikan lagi dengan jamuan pengantin yang turut disertai oleh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri dan pimpinan kerajaan negeri. -gegarkelantan

Jumaat, 24 Disember 2010

Aku Qaisara dan Winitex

1.Sabtu macam biasa cuti,pagi-pagi dah bangun er er tapi terbabas la jugak kekeke..panas enjin keta terus keluar with Qaisara..hm Qaleesya n mamanya kat umah tak nak kuar.Qaisara still setia with abahnya hehehe..

2.Pusing-pusing nak cari makan pagi la..hm terasa nak makan nasik berlauk dan laksam so tu pasal pi kedai makan abe lie..satu2 nya kedai makan kelate yang sememangnya best di Kluang ni..hm beli laksam, nasik berlauk ayam plus mee goreng itu sememangnya kegemaran aku sejak dari dulu lagi..

3.Beres je beli sarapan pagi/tengahari sama kot kekeke aku terus bergegas ke Kilang Winitex, hm sejak dari semalam dia punyer pegawai sumber Manusia dan bos kesatuan sekerja winitex bagitahu aku ada jualan murah kat kilangnya..hm hm jualan terus dari kilang secara besar besaran kompem murah beb..hm dah berderet dah kereta nampak..



hmmm..

aiyaaaa..

adeiiii



4.Sampai je kat Winitex adeiiii macam ne la aku nak beli lelongan ni dah la bawa robot Qaisara yang ada kaki ada tangan namun tak nak jalan ni hah..asyik berdokong je adeiii mampus...macam ne nak bertolak tolak berebut rebu ni..argggggg argggg nampak gaya aku hanya mampu tengok orang sajala yang bertolak tolak berebut rebut entah ke apa ntah!aku hanya mampu tanya apa tu kak kain apa tu kak kakaka maklumla aku tak tahu kain apa yang depa duk berebut...hm rupanya ada sapu tangan,ada kain langsir amat cantik untuk dieksport cuma dijuam rm3 semeter murah sangat2,ada alas meja dan macam depa ni ramai sangat aku n Qaisara tak mampu melawan amukan mereka ni.aku tengok pak cik mak cik pun hebat2 duk main tolak-tolak je dah macam ultraman taro dah hahaha terpaksa aku mengalah la macam ni..ni robot Qaisara punyer pasal nak ikut abah konon! geram aku!robot qaisara ni buat aku penat je kekeke


5.hm hm robot minum susu jap-jap abah nak susu abah nak susu adeiii last-last balik tak sempat beli apa pun...arrrrrg arggggg En Abu dan kawan-kawan kat Winitex sila dengarla rintihanku kakakakaka..ade stok lebih habaq mai semula la weiiii aku tertewas dek amukan orang-orang kluang hari ni...aiyaaaaa...

Khamis, 23 Disember 2010

Carpal Tunnel Syndrome kes


1.Hari ni aku siasat kes di sebuah syarikat yang agak disukai kaum wanita kerana hasil pembikinan pinggang mangkuk syarikat ini cukup baik dan berkualiti, sebenarnya dah banyak kali aku ke syarikat ni dan cukup kenal baik dengan Timbalan Pengurus Besar Sumber Manusianya..Madam Tan,syarikat yang aku maksudkan Clay Tan la..hm lokasi kat Air hitam tu hah..

2.Masuk Pagi lagi dan keluar hampir 1.30 petang hm..banyak kes jugakla dan kes yang aku bagi tumpuan pada hari ni berkenaan kes Carpal Tunnel syndrome..mengikut penelitian aku ada 2 kes carpal tunner syndrome di syarikat ini..agak-agaknya depa kat kompeni ni banyak kerja sangatla kot menaip non stop bekali.hmmm bla bla bla with timbalan pengurus sumber manusia dan PA general Manager Clay tan fine china..

3. Apa itu CTS, Carpal Tunnel Syndrome adalah penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bahagian tersebut. Dan biasanya sering diakibatkan karena terlalu/sering memakai keyboard dan mouse. Walaupun banyak penyebab lainnya tetapi pemakaian komputer yang terlalu lama menjadi salah satu penyebab yang paling banyak terjadi untuk penyakit persendian pergelangan tangan ini. Tanda-tandanya antara lain seperti sering sengal,kebas atau ngeri pada bahagian pergelangan tangan maupun juga jari tangan, terutama pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Wanita biasanya mempunyai risiko 3 kali ganda lebih banyak untuk terkena Carpal Tunnel Syndrome dibandingkan dengan golongan hensem lelaki kekeke. Hal terburuk yang mungkin terjadi?? jangan dianggap mudah dengan masalah CTS ini karana CTS mengakibatkan putusnya sendi pergelangan tangan sehingga tangan tidak dapat berfungsi dengan sebagaimana mestinya bahkan mungkin tidak dapat digerakkan sama sekali...lewat plak aku keluar kilang ni heh...

Dari pemerhatian aku rupanya macam ni la depa kerja..cara duduk dah tak kena dah..

hm..patutla



er er ni beli ni kekekeke...

4.Berbalik pada kes CTS (Carpal Tunner Syndrome) yang aku temui di kilang ini mungkin betul ianya berpunca daripada penggunaan komputer,dimana dari 99 jam waktu kerja rutin depa ni duk menaip 6 jam dari 9 jam waktu kerja tersebut..teruk jugak kan..but kerja aku asyik menulis kertas siasatan juga berpontensi kena CTS jugak ni..hope muga2 dijauhkanla..er er bekas cc aku pun dapat CTS kekekeke..cian dia.

7.Balik dari Kilang Clay Tan terus menuju ke ladang FIMA di Felda Air Hitam..masuk dalam sikit tak jauh sangatla..Ladang FIMA ni kalau tak silap aku milik Allahyarham Tan Sri Basir Ahmad..but kini diwarisi anak2 nyer kot...bla bla bla jumpa pak cik hampir sebaya dengan ayah aku..teruk dia bekerja siannn sangat2..hidup ini kadang kala amat menyeronokkan dan kadang kala cukup2 memeritkan..



8.Badan dah penat dan letih bergegas ke Gudang milik sebuah syarikat pengankutan..er er wajah lesu dan penuh kembali segar dek kerana terkejut melihat bos gudang yang tempat aku pi tu perempuan dan dia sendiri yang membawa foklif..hebat hebat tak ramai wanita sepertinya.

9.Jam 4 petang baru merangkak balik pejabat penatttt...sambung lain kali la beb