Sabtu, 4 April 2015

Jamuan Teh Rakyat@Kluang Johor

 
1.Hari ni sempat ke Majlis Jamuan Teh Rakyat sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim@ Sultan Johor yang diadakan di Dataran Tasik Kluang..Majlis Jamuan Teh Rakyat peringkat Daerah Kluang ni cukup meriah..dengan ribuan hadirin yang hadir..Alhamdulilah cuaca pun agak baik..boleh sekadar nak santai2..namun macam biasalah nak cari parking berpusing-pusing hahaha ada kad jemputan VIP pun pusing 2-3 kali baru depa benar masuk parking..takpa la kita faham orang ramai sangat katakan..
 
 
2.Ramai juga kenalan2 yang sempat aku jumpa kat majlis ni hehehe maklumlah dah lama tak join Majlis rasmi sebegini kikiki..ramai jugak lah kenalan-kenalan lama yang bertanya khabar..ingat lagi la depa ni kat aku hahaha..dulu majlis2 sebegini leh dikatakan menjadi rutin..kini sibuk sikit tak sempat nak join geng..


3.Majlis yang berlangsung jam 1.45 petang tadi tamat jam 4.00 petang...DYMM Sultan berangkat balik maka aku pun berangkat balik jugak la hehehe...tadi duk semeja dengan geng2 VIP..duk semeja geng VIP ni nak makan banyak pun segan kakakaka...untungnya kalau duk tempat rakyat jelata tak de protocol..maka kita nak hentam makan sampai penuh perut pun tak pa...hahaha lain plak halnya lau duduk meja VIP nak makan pun kena control...takpa2 dah biasa dah macam ni..bawa nama jabatan kita kena jaga tingkah laku..itu jadi pegangan aku..cakap,borak2,makan2 semua kena jaga hehehe..ikutkan hati nak aje dok tempat awam hahahaha macam2 leh bantai makanan..apa nak buat :)
 
 
4.Makanan kat meja VIP tadi tak la beberapa berat..makanan yang di hidang antaranya mihun goreng dan roti jala..ada la kuih2 sampingan tu...ni kat meja VIP..yang untuk rakyat  awam aku tak berapa pasti..tak sempat nak pusing tadi orang ramai sangat.lagipun nak berkejar sembahyang Zohor plak tu ..sib baik sempat.
 
 
 
5.Pelbagai persembahan diadakan termasuk tarian zapin,nyayian Ameng Spring dan banyak lagi la..persembahan ok..cuma nak snap gambar tidak beberapa sempat lagi pun duduk meja VIP gerak geri terbatas hahahaha nanti orang bosan asyik nak snap gambar aje :)
 
 
hehehe dapat ni....sebagai kenang-kenangan :)
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan