Selasa, 7 April 2015

Siasat kes kemalangan@ladang lian seng paloh@Claim socso

 
1.Salam geng..hari ni aku siasat kes kemalangan jalan raya (hehehe sebenarnya jalan ladang) yang melibatkan pekerja ladang lian seng paloh..ladang Lian Seng sebenarnya kepunyan Yong Peng Realty Sdn Bhd..ladang nyer ok jalan nak masuk ke ladang juga berturap so tak jadi masalah untuk masuk ke ladang tersebut.
 
 
2.Macam biasala kes kemalangan yang aku siasat hari ni juga melibatkan kejadian kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak balik ke rumah dari tempat kerja.Kemalangan ni melibatkan pekerja yang menunggang motorsikal telah melanggar anjing dan menyebabkan hilang kawalan dan jatuh ke atas jalan ladang.
 
 
3.Untuk makluman kejadian kemalangan jalan raya semasa pergi atau balik kerja yang mana untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso/socso maka wajib membuat laporan polis,dalam kes seperti langgar anjing sebegini juga laporan polis tetap perlu dibuat walaupun langgar anjing atau apa jua binatang hahahaha tak kira la kerbau ka gajah ka kambing ka..laporan polis wajib kena buat dan disertai peta lakaran arah perjalanan hendak balik ke rumah atau hendak ke tempat kerja atau  sebagainya.  
 
 
4.Selepas siap laporan polis,peta lakaran arah tujuan lokasi perjalanan misalnya dari tempat kerja hendak balik ke rumah juga perlu disertakan, pastikan dapat 4 hari cuti sakit,kepilkan bersama borang 21 dan borang 10..bab2 borang tu hangpa tak payahla nak sibuk2 tu bagi kat pihak majikan hangpa ..pandai2 la dia uruskan.
 
5.Hari ni kes ini memang bencana kerja sebab kemalangan itu berlaku dalam perajalanan beliau hendak balik ke rumah setelah selepas selesai bekerja dan perjalanan hendak balik ke rumah itu tiada lencongan..

6.Hehehe senangkan nak buat claim/tuntutan dengan pihak perkeso/socso kan kan...lau tak paham2 lagi tak tahu la aku wakakakakakakaka..sila rujuk balik post2 berkaitan yang dah berpuluh kali di ulang ulang hahahahaha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan