Sabtu, 30 Mei 2015

kenduri kahwin taman@lepak semeja bersama YB DUN Mnegkibol :)

 
1.Cuti hari Sabtu tak ke mana-mana, penat bekerja sentiasa tak mudah hilang..pi keja pagi balik dah maghrib, hari miggu sebegini lepak aje kat rumah, lagi pun isteri tak berapa nak sihat..kebetulan hari ni ada majlis kenduri kahwin kat taman so aku join kenduri kahwin aje la hehehe..lagi pun dah lama tak makan nasi minyak :)
 
 
2.Kenduri kahwin setaman ni best..rata2 yang pi semua leh kata kita kenal hehehe makan tu tak payah nak cover2 lagi main bantai aje setakat nak hahaha..lagipun pelbagai jenis makanan ada..yang memang aku suka nasi minyakla..hm memang sedap..berbaloi pi majlis kenduri kahwin hari ni hehehe..
 
 
3.Lagi best kenduri kahwin hari ni duduk pulak semeja dengan YB Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkibol Tan Ho Ping hehehe..stedy YB beb...cool, YB yang mudah lepak dengan rakyatlah YB yang aku suka hahaha tak payah nak mengada ada protocol la kejadah apa la...baik aje leh cakap apa sahaja hahaha..YB yang ngada-ngada tak kan kekal lama hahaha zaman la ni rakyat dah buka mata woooooo jangan main2..

Rabu, 27 Mei 2015

Kes socso@perkeso@tuntutan kemalangan maut pekerja baja kompos tereh selatan


 
1.Hari ni aku ke Kilang memproses baja Kompos di Ladang Tereh Selatan, kilang baja kompos ini terletak di dalam ladang kelapa sawit milik Kumpulan Kulim Berhad (Ladang Tereh Selatan), macam biasalah tugas aku menyiasat dan menyelesaikan kes kamalangan yang berkaitan kerja..aku ke sana untuk menyelesaikan satu tuntutan kemalangan  PERKESO, kes kemalangan maut melibatkan pekerja kilang baja kompos tersebut. .hahaha berbelit-belit ayat maklumlah dah penat zzzz kejap lagi..
 
 
2.Kes kemalangan maut ini melibatkan situasi perjalanan dari rumah untuk ke tempat kerja, Pekerja malang ini baru sahaja bekerja di kilang baja kompos tersebut tidak sampai pun satu bulan, Namun malang tidak berbau lantaran perjalanan beliau untuk ke tempat kerja telah terlibat dalam kemalangan jalan raya melibatkan motorsikalnya merempuh sebuah lori yang membelok secara tiba2..akibat pelanggaran tersebut pekerja ini meninggal dunia di tempat kejadian.
 
 
3.Walaupun pekerja ini baru sahaja bekerja namun beliau telah dilindungi PERKESO sepenuhnya, ini kerana majikan tersebut telah mendaftar beliau dengan PERKESO walaupun caruman belum sempat dibuat kepada beliau namun beliau telah dilindungi mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan beliau/warisnya layak menerima faedah yang disediakan perkeso, dalam kes ini perjalanan beliau ke tempat kerja adalah perjalanan yang dilindungi PERKESO, dan kemalangan maut yang menimpa pekerja ini menyebabkan waris beliau iaitu kedua Ibu dan Bapanya akan mendapat Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) di mana bayaran pencen ini akan diberi sehingga kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia, dalam kes ini pekerja ini masih lagi bujang dan waris beliau sudah pasti kedua Ibu dan Bapanya..
 
 
4.Seperti biasa jika melibatkan kemalangan jalan raya sama ada situasi dari rumah hendak ke tempat kerja atau dari tempat kerja hendak balik ke rumah atau dari tempat kerja hendak keluar rehat dalam masa rehat yang dibenarkan maka jika berlaku kemalangan jalan raya pertamanya perlu buat laporan polis, selepas itu sertakan cuti sakit asal, peta lakaran arah perjalanan pada hari kemalangan, butiran enam bulan gaji sebelum kemalangan, dan majikan perlu mengisi borang laporan kemalangan kepada pihak perkeso dengan mengisi Borang 21 hehehe selepas semuanya siap maka hantarlah ke pejabat perkeso dengan segera.
 
 
5.Kes yang aku siasat hari ni diklasifikasikan sebagai bencana kerja mengikut seksyen 24(1)(A) AKSP 1969. Kes aku anggap selesai pada hari ini..CEPAT dan MUDAH..tidak susah dan tiada birokrasi untuk membuat tuntutan perkeso...cuma kebanyakan majikan dan pekerja sahaja yang tidak memahami hak2 mereka..dan kurang arif dalam membuat tuntutan dengan pihak perkeso itu sahaja..er er cukup setakat tu la untuk kali ni....

Selasa, 26 Mei 2015

Alhamdulilah tuntutan kes kemalangan maut dah selesai@perkeso@socso

 
1.Hehehe dah hampir 1 minggu jugak tak update..tak sempat dan tak dan masa,banyak yang nak dikongsikan tapi nantilah, ada ruang dan ketika di masa2 free baru leh citer panjang2..banyak jugakla citer..lagipun blog aku ni tiap2 kali post mesti dok cakap pasal PERKESO/SOCSO hahaha aku takut hangpa boring dan bosan pulak hahaha..
 
2.Oh ya masih ingat lagi tentang kisah kemalangan maut pekerja kedai telefon kat Mersing yang aku siasat tempoh hari??Arwah Aishah bt Sabri dari Air Papan tu??Alhamdulilah kes tuntutan PERKESO arwah telah selesai semuanya..baru semalam aku berkunjung lagi ke rumah arwah kali ni bersama bos aku dan rakan sekerja aku, semalam jugak kami serahkan cek bayaran tuntutan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM1500, dan waris arwah yakni Ibu dan bapanya akan menerima Pencen secara bulanan yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank beliau sampai akhir hayat mereka pencen tersebut dinamakan Pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) kerna kes ini kes kemalangan maut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...ok tak PERKESO geng?mestila ok kan..cepat bertindak dan cepat selesaikan kes tuntutan.
 
 
3.Alhamdulilah setakat ini aku cuba sedaya upaya menyelesaikan semua kes tuntutan PERKESO dengan segera, aku faham banyak orang susah jika terlibat dalam kemlangan lagi2 jika kes melibatkan kes kemalangan maut, dalam kes ini keluarga arwah adalah keluarga nelayan yang susah bukan senang..kais pagi makan pagi mengharapkan rezeki dari laut...adakalanya dapat ikan adakalanya tiada..sedikit sebanyak dengan pencen FOT ini diharap ia sedikit sebanyak meringankan beban kedua ibu dan bapa arwah..
 
4.Tak lekang di bibir mereka berdua mengucapkan terima kasih pada kami.. Alhamdulilah..sedikit sebanyak memberi 1001 pengajaran dan keinsafan pada aku..pesan aku pada kalian semua JIKA KALIAN PEKERJA cuba-cubalah semak di pejabat perkeso terdekat sama ada kalian dicarumkan dengan PERKESO/SOCSO atau tidak??jangan ambil risiko beb..jangan susahkan keluarga kita jika berlaku apa2 pada kita kemudian hari..jika nama kalian didapati tidak dicarum pihak majikan dengan PERKESO/SOCSO maka segeralah ke pejabat PERKESO terdekat untuk membuat ADUAN..jangan risau setiap ADUAN adalah RAHSIA KAMI!!!
 
 
 

Isnin, 18 Mei 2015

Selesai siasat kes kemalangan maut pekerja telekomunikasi Mersing@Skuad Pantas @ Kg Air papan tengah

 
1.Hari ni aku ke Mersing lagi, kalau tak silap aku, ni kali ketiga dalam bulan ni aku ke Mersing hehehe takpe tugas untuk rakyat, kali ini untuk menyiasat satu kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pekerja syarikat telekomunikasi di bandar Mersing, berita kemalangan maut ini mendapat liputan meluas media cetak seperti Harian Metro dan juga Kosmo, laporan awal mengatakan arwah dalam perjalanan ke tempat kerjanya di jalan Abu Bakar Mersing, dan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya bertembung motorsikal dengan sebuah motorsikal yang lain di jalan persisir pantai Kampung Seri Lalang Laut hm hm dalam perjalanan nak pi kerja la tu...
 
 
2.Bertindak atas maklumat dari laporan media cetak tersebut aku segera ke Mersing dengan tekad untuk membantu segera menyelesaikan kes tuntutan kemalangan pekerja ini Arwah namanya Aishah binti Sabri 23 tahun, khususnya dalam membuat siasatan segera dengan harapan dapat meringankan beban waris arwah dan usaha ini berbaloi apabila dengan mudah aku berjaya mengesan majikan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut, Alhamdulilah pihak majikan memberi kerjasama yang amat baik pada pihak perkeso, Alhamdulilah juga majikan sememangnya mencarum pekerja ini dengan perkeso, dan dengan segera menyediakan pelbagai dokumen tuntutan kemalangan perkeso dan ini memudahkan lagi kerja aku..aku membantu apa yang patut sahaja seperti menunjuk ajar cara pengisian Laporan Kemalangan dengan mengunakan borang 21..selepas itu seperti biasala setiap kes kemalangan jalan raya sudah pasti pernyataan pihak majikan akan direkodkan, selesai merekod pernyataan majikan aku ke lokasi kejadian kemalangan maut tersebut.Ambil masa beb..bukan senang nak selesaikan siasat kes dalam masa 1 hari penat woooo..tapi takpe ia dah menjadi tanggungjawab kami.
 
 
3.Selesai  bahagian majikan aku bergegas pula ke kampung Air Papan Tengah untuk membantu waris si mati yakni kedua ibu dan bapanya untuk mengisi borang tuntutan Faedah Orang Tanggungan (FOT),hehehe kerna aku yakin kes ini adalah kes bencana kerja. Sebelum ke rumah waris si mati aku telah hubungi mereka melalui telefon namun tidak berjawab berbelas kali tuu hm hm payah jugak nak mencari rumah di kampong Air Papan Tengah ni hehehe pening beb semua alamat tak dak nombor rumah..last sekali terpaksa bertanya kat orang2 kampong juga hahaha..Alhamdulilah akhirnya jumpa
 
 
4.Masuk ke rumah dan berjumpa ibu dan bapa arwah aku segera mengumpul segala dokumen yang diperlukan untuk mebuat tuntutan Faedah Orang Tanggungan, selain itu pernyataan ibu dan bapa arwah juga selesai aku rekodkan..Alhamdulilah selesai juga walaupun hari telah menunjukkan hampir jam 5.00 petang...pehhhh nak berkejar balik ke Kluang plak tu..tapi walaupun penat macam mana sekali pun aku puas dapat membantu keluarga ini menguruskan tuntutan perkeso arwah anaknya...keluarga ini bukan orang senang..rumah mereka juga sumbangan kerajaan melalui skim PPRT kalau tak silap aku la..bergantung harap mereka kepada pihak perekeso..Alhamdulilah semuanya selesai pada hari yang sama...hati aku puas!!!Kes selesaiiiii hehehehe.InshaAllah waris akan menerima pencen FOT secara bulanan sehingga waris yakni kedua ibu dan bapanya meninggal dunia.
 
 

Ahad, 17 Mei 2015

Ulangkaji hehehe@socso Kluang :)



Hari ni aku tak kemana mana, biasanya hari Ahad tiada sesi siasatan di buat sebab kebanyakan pejabat syarikat tutup, dan kami bekerja seperti biasa hehehe..Tapi hari ni diadakan sesi latihan untuk memperingat semula cara-cara kiraan kelayakan dari segi caruman untuk  membolehkan tuntutan pencen Ilat socso/perkeso dilakukan..hehehe tak senang dan tak susah cara untuk menentukan kelayakan permohonan tuntutan pencen Ilat..maksud aku kelayakan dari segi caruman…so hari ni banyak latihan cara2 pengiraan yang kami buat disamping berbincang perkara yang berkaitan.

2.Berkenaan bab2 kelayakan dari segi caruman aku dah terangkan kat blog ni dulu hehehe malas dah ehhh nak ulang semula hangpa cara sendirila kakaka..Tapi apa yang nak nyatakan kat sini bahawa kami sentiasa belajar dan belajar demi untuk mempertingkatkan kemahiran setiap anggota bagi melayan pelangang yang hadir ke pejabat kami dengan layanan dan maklumat serta penerangan yang terbaik!!!hahaha pasal tu lah kami belajar setiap masa walaupun itulah kerja hakiki yang sentiasa kami buat…

3.Tapi aku mengaku bab2 kiraan ni aku lembab sikit hahahahaha..pasai tu masa belajar matematik kat sekolah rendah dulu aku johan kena baling penyapu papan hitam dek cikgu hahahaha..habis putih rambut geng..pemadam papan hitam tu penuh dengan debu kapur tuuuuuu lani tak dak dah bekali teknik hukuman macam yang pernah aku kena kakakaka…hangpa budak2 zaman la ni kalau kena macam t uterus mengadu kat mak bapak kot hahaha tapi aku cool aje kakakakaka..

Khamis, 14 Mei 2015

Rondaan pemantauan Skuad COMBI Impiana Casa Taman Sri Impian Mencegah tempat pembiakan Nyamuk Aedes


 
1.Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang terus bergiat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti2 pemantauan untuk mempastikan kawasan kediaman bukan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
2.Salah satu aktiviti rutin yang sentiasa dilakukan oleh Skuad Combi ini adalah, aktiviti Rondaan secara berkala untuk memeriksa lokasi2 yang dijangkakan menjadi tempat nyamuk2 berpesta antaranya di kawasan2 luar kediaman penghuni, di kawasan belakang rumah kediaman, kawasan longkang dan kawasan rumah2 yang masih tidak berpenghuni yang berpotensi menjadi syurga pembiakan nyamuk Aedes.
 
 
3.Dalam rondaan dan pemantauan yang dilakukan ini Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang telah berjaya mengesan pelbagai punca2 dan lokasi2 yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, serentak dengan itu punca2 yang dijangka menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes tersebut segera dihapuskan. Tahniah Skuad Combi Impiana Casa Taman Seri Impian, kehadiran kalian melengkapkan lagi suasana kehidupan yang berkualiti di Taman Perumahan ini.
 

 

Rabu, 13 Mei 2015

MENGAPA ANDA PERLU JALANI SARINGAN KESIHATAN ?

1.Sejak tahun 2013 pihak perkeso telah memperkenalkan saringan kesihatan percuma kepada setiap pencarumnya yang berumur 40 tahun keatas..namun sayangnya banyak lagi baucer2 saringan ini tidak dituntut/tidak digunakan mungkin kebanyakan penerimanya tidak berminat untuk membuat saringan kesihatan dan mungkin juga takut untuk menjalani saringan kesihatan ini...hehehe mai baca apa kata rencana di utusan Malaysia ni...aku copy aje hahahaha...

SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .

Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.

"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.

Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di negara ini.

Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.

Sumber : Utusan Malaysia


Ahad, 10 Mei 2015

pengentahuan berkenaan tuntutan perkeso masih lemah di kalangan masyarakat???


1.Semasa aku bertugas hari ni,ada satu kes yang boleh aku kongsikan dengan kalians emua agar ia menjadi pedoman dan contoh agar kes2 sebegini tidak berlaku lagi selepas ini.Kes ini bermula dengan seorang pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja sejak tahun 2006,tahun 2006 beb..majikannya beliau tahu akan kejadian kemlangan itu...manakan tidak tahu yang ditimpa kemalangan itu pekerjanya...berlaku pulak di tempat kerja..majikannya bukannya orang lain.. abang kandungnya jugak beb adeiii..bayangkan kejadian kemlangan di tempat kerja tahun 2006!tahun 2011 barulah laporan kejadian kemalangan ini dilapor!!!pehhhh 4 tahun!!!!
 
 
2.Yaaaa kes ini sememangnya telah selesai tahun 2011 segala jenis bayaran MC (Hilang Upaya Sementara)telah dijelaskan oleh pihak perkeso...apa yang ralatnya mengapa abang pekerja ini yang juga majikan beliau amat lewat melapor kemlangan pada pihak perkeso???adeiii adik sendiri tuuu..
 
3.Itu satu hal kita tinggal dulu kejadian kemlangan tahun 2006 dan tuntutan dibuat pada tahun 2011,kini 2015 barulah pekerja ini muncul kembali untuk membuat tuntutan hilang upaya kekal..pehhhhhh 2006 tahun kemalangan..2011 tarikh lapor kemalangan kepada pihak perkeso dan tahun 2015 barulah tuntutan hilang upaya kekalhendak dibuat!!!!!!adoiiiiila..banyak masa terbuang begitu sahaja aku memang tak faham mengapa ini boleh berlaku!!!
 
 
4.Alasan yang diberi pekerja ini beliau tidak tahu yang beliau boleh membuat tuntutan hilang upaya kekal (HUK)(cacat kekal) dengan pihak perkeso,termenung panjang aku hari ni beb..rupanya banyak lagi pekerja yang tidak tahu hak mereka..majikan pun bebal juga..teruk kecederaan pekerja ni putus jari tengah beb,tapak tangan hampir hancur..ini sememangnya cacat kekal.macam mana beliau boleh tidak tahu yang beliau boleh membuat tuntutan hilang upaya kekal!!!begitu lama masa diambil untuk membuat tuntutan ini..bayangkan kejadian kemlangan tahun 2006, laporan kemalangan 2011 dan tahun ni 2015 baru hendak buat tuntutan kekal???adoiiiiii
 
 
5. Pening2...tak pasal2 kena buat surat tunjuk sebab..tengokla dulu macam mana kesian pulak aku dengan pekerja ni..berliku liku jadinya..bukan tak boleh..tapi tengokla masa yang diambil????Harap sangat kes sebegini tidak lagi berlaku..
 

Jumaat, 8 Mei 2015

kemalangan balik kerja@tuntutan/claim perkeso kampung semaloi endau

 
1.Salam geng..harap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera,macam biasa tiap2 hari kerja aku siasat kes kemalangan berkaitan tuntutan perkeso, 1 hari yang lalu aku ke kampong Semaloi Endau untuk menyiasat kes kemalangan jalan raya yang melibatkan perjalanan balik kerja dari tempat kerja ke rumah pekerja tersebut,kes ini sepatutnya telah lama diselesaikan,namun malangnya kemalangan yang berlaku bulan Januari 2015 baru sahaja di Lapor oleh pihak majikan..pehhh aku pun tak faham macam mana la majikan boleh lewat lapor kemalangan sebegini,adalah menjadi kesalahan besar bagi pihak majikan jika lewat lapor kemalangan yang melibatkan pekerja mereka kepada pihak perkeso.Cuba kalian bayangkan jika kemalangan ini berlaku bulan Januari 2015 dan bulan Mei 2015 baru Lapor kepada pihak Perkeso...berapa bulan pekerja sengsara beb!!!!4 bulan woooooooo dalam tempoh 4 bulan bank pun boleh Tarik kereta beb...rumah nak kena bayar beb...adehhhh untuk makluman kesalahan lewat lapor kemalangan pada pihak perkeso boleh dikompaun rm1000...itu kompaun.. belum lagi tindakan Mahkamah..jadi janganla lewat2kan lapor kemalangan pada pihak Perkeso...sayangilah pekerja anda.Kalian lapor kemalangan cepat maka cepatlah kes disiasat dan dibuat bayaran jika kes itu bencana kerja..
 
 
2.Kes yang aku siasat ini dah lah majikan lambat lapor kemalangan gaji pulak tidak diberi hahaha kering beb pekerja kalau macam ni, jika ye pun tak nak bayar gaji dalam tempoh cuti sakit cepat2la lapor kemalangan pada pihak kami agar kami dengan cepat memproses tuntutan tersebut dan bayaran segera boleh dilakukan..Proses siasatan pihak perkeso ke atas sesuatu kes kemalangan jalan raya melibatkan pergi atau balik dari tempat kerja tidak mengambil masa yang lama!!!Jika nak cepat lagi proses tuntutan perkeso maka pastikan segala dokumen adalah lengkap sepenuhnya...macam biasala jika melibatkan kemalangan jalan raya semasa perjalanan pergi atau balik kerja atau berkaitan dengan pekerjaan maka sudah pasti laporan polis (asal) diperlukan,peta lakaran menunjukkan arah perjalanan pekerja dari mana hendak kemana,rekod kedatangan bulan kemalangan,sijil sakit(MC) yang asal,slip gaji/maklumat gaji enam bulan sebelum kemalangan,contohnya jika kemalangan berlaku bulan Januari 2015 maka slip gaji yang perlu dikemukakan pada pihak perkeso adalah slip gaji bulan Disember 2014,November 2014,Oktober 2014,September 2014,Ogos 2014 dan Julai 2014,Salinan Kad Pengenalan pekerja,borang 10 yang ditanda tangani pekerja...hehehe senang bukan!!!!tak susah pun!!!contoh2 yang bergambar dan jelas dah aku berikan kat blog ni carila sendiri hahaha..Berbalik pada kes yang aku siasat ni kes beliau memang kemalangan semasa dalam perjalanan balik kerja untuk balik ke rumahnya dan bayaran perkeso untuk cuti sakitnya telah dilakukan!!!cepat kan kan kan...amat cepat jika kena caranya seperi aku nyatakan kat atas tadi kikiki.
 
 
Ok geng...cukup setakat tu sahaja buat kali ni,aku harap hangpa tak boring dan tak bosan tiap2 kali masuk blog aku dok cerita pasal tuntutan perkeso sahaja kakakaka sebab aku cuba nak membantu dan kongsi setakat yang boleh untuk membantu mereka2 yang tak faham dan tak tahu macam mana untuk menguruskan tuntutan/claim perkeso..maklumlah ada antara kita yang malu dan segan untuk bertanya..untuk maklumat lebih lengkap hangpa pi la berkunjung ke pejabat perkeso terdekat..InshaAllah pertanyaan kalian akan dijawab..panjang lebar pulak aku taip kali ni wakakakaka..Blog ini tiada kaitan dengan PIHAK PERKESO hahaha..aku kerja aje kat sana kakakaka tiada pembiayaan dari mereka pun kakakakaka..
 
 

Ahad, 3 Mei 2015

Cuti 1 Mei@The Pulai Desaru Beach Resort


1.Salam geng..pehhh cuti panjang beb 4 hari sempena 1 Mei..betoi2 sambut hari pekerja ini kali hahaha..oleh kerana cuti yang agak panjang jadi kalau duk rumah pun pasti membosakan hahaha..nak balik kampong pun jauh nuuu di pantai timur sana..soo apa lagi pi bercuti la beb..tak jauh pun setakat Desaru aje hahaha jadilah leh la setakat nak gembirakan budak2..lagi pun tempahan hotel aku buat saat2 akhir jadi banyakla hotel yang dah penuh nasib baikla ade The Pulai Desaru Beach Resort hhahaha..lau tak tahu nak kemana aku..cari2 tempat lain semua hotel da penuh :)
 
 
2.Ini bukan kali pertama aku ke Desaru hehehehe kalau tengok balik post2 aku yang laku rasanya lebih 5 kali dah dok mai desaru..duduk kat The Pulai Desaru ni pun dah dekat 3 kali lau tidak silap..tapi okla budak2 dah biasa kat sini..hari tu aku sampai jam 1.00 petang..terus pi hotel cube2 kot dah boleh chek in hahaha..tak mencuba tak tahu kan kan walaupun time chek in jam 2.00..Alhamdulilah bilik kami dah siap hahaha jadi boleh la masuk dan berehat terlebih dahulu..
 
 
3.Bilik kali ini boleh tahanla harganya kena pulak time cuti umum 1 Mei ditambah pulak dengan GST adoooila 1 malam 1 bilik garden view kena jugak la rm340.00 hohoho..boleh tahan wooo..tapi nak buat macam mana hotel2 lain resort2 lain dah penuh hm hm...masuk bilik macam biasalah tak sempat nak snap gambar budak2 dah lompat sana lompat sini hahaha..jadi tak dakla suasana yang menarik nak di snap kakaka...bilik cantik,kemudahan ok,tv ok,tandas ok,ada safety box,air cond ok semua ok lah..Alhamdulilah...masuk bilik restla...
 
 
4.Selepas Asar barulah kami turun pi kolam hahaha..kolam macam biasala tak berubah sejak dari dulu hehehe yang berubah hanya SPA dan Warung jualan ada dibuka di tepi kolam itu aje...heheh SPA tepi kolam macam menarik aje kakaka..
 
 
5.Sebelah malam makan kat luar loo..hari tu banyak gerai tomyam ditutup depa balik kampong kot...warung2 pun banyak ditutup...terpaksa pi makan chamek kopitiam adowww boleh tahan wooo harga makanan sini..namapun kopitiam apa nak buat ..er er tak de nak ambik gambar time kat chamek kopitiam kikiki phone aku habis bateri..
 
 
6.Esoknya check out tepat jam 12.00 tengahari...sebelum balik aku pi jalan2 kat tanjung balau jap..kebetulan dorang tengah buat pesta..so pi singgah jap...sempat masuk kat Muzium Nelayan tanjung balau hehehe..