1.Salam geng..hari ni aku dan keluarga meluangkan masa 2 hari 1 malam bersama keluarga besar Impiana Casa Taman Seri Impian di Teluk Gorek Campsite Tanjung Resang Mersing, resort ini sebenarnya tidak begitu asing buat aku, lagipun dah banyak kali pun berkujung ke sini sama ada untuk tujuan kerja atau riadah..tuan resort pun kenal sangat dah ehhh dengan aku..itu pun sebab kerja la tuuu..hahaha x dak sebab lain :)
2.Sekarang bertambah maju..dua blok bangunan resort 2 tingkat yang dibina mampu menampung bilangan pengujung yang ramai pada satu2 masa..di tambah lagi dengan resort yang sedia ada..pehhhh caya la lu abe li...tempat menarik harga murah memang berbaloi..sejak dulu beliau tidak pernah menaikkan harga resortnya..kekal rm100 dan rm130 hahaha..jarang pengusaha resort yang kekal harga sebegitu geng..ditambah lagi dengan pelbagai kemudahan yang ada..cukup2 lengkap.
3.Berbalik pada fmili day taman kami Alhamdulilah, ini pra hari keluarga setaman kami hahaha di masa lain pasti akan ada..dan pasti lebih ramai penyertaanya..InshaAllah. Program2 sebegini bukan sahaja untuk beriadah atau sekadar suka2 bahkan ianya bertujuan yang lebih penting iaitu untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setaman...er er ada dua dewan kat sini..satu dewan terbuka satu dewan tertutup..mcm2 leh buat aktiviti
4.Program yang bermula 5 jun dan berakhir 6 jun..check in macam biasa jam 2 petang..aku sampai agak lewat drive pun perlahan lahan je hehehe ada yang tak sihat..sampai2 pun dah dekat jam 5.00 petang..solat Asar tanpa buang masa terus pi pantai mandi laut looooo hahaha..tak tahan wooo..pantainya kekal cantik macam dulu2 juga.. Alhamdulilah amat selamat untuk anak2 mandi manda coz pantaiya landai:) hm mandi dengan anak2 x leh pi jauh x best jugak wakakakakaka.
5.Jam hamper 6.30 petang baru siap mandi manda hahaha..ini anak2 punyer pasal lah adehhh..tapi aku tak bawa phone la time mandi kakaka tak leh nak snap la geng..lepas mandi masuk bilik looo..Harga bilik yang aku duduk rm130 selesa..bilik pulau pinang namanya hahaha...selesa untuk anak2 tido..
6.Sebelah malam macam biasala kami BBQ dan makan-makan..Alhamdulilah kenyang dan amat puas hati hahahah..tempat BBQ pun banyak dan amat mesra pengguna..depan bilik aje tempat BBQ pun..
7.Hari terakhir kami mandi lagiiiiiii( tapi aku kena jaga anak huwaaaaa x dapat nak mandi loooo jelous betul tengok kawan2 lain mandi adehhhh)..selain acara mandi2 ada lagi acara selingan berupa sukaneka untuk anak2 dan bapak2 anak kakakakaka..mcm2
adehhhh jenuh nak masuk gambar kakakakakaka cukup setakat tu je lah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan