Ahad, 7 Jun 2015

jatuh di dalam tandas tempat kerja boleh claim perkeso@socso

 
1.Kejadian jatuh di tempat kerja/semasa bekerja adalah perkara biasa khususnya untuk golongan pekerja wanita..situasi yang kerap berlaku adalah jatuh ketika mengambil fail yang di simpan di tempat/rak yang tinggi, kecuaian dalam mengunakan kerusi atau tangga yang digunakan untuk memanjat mengambil fail dan jatuh seringkali berlaku..situasi jatuh di tempat kerja dan mendapat kecederaan boleh sahaja membuat tuntutan/claim dengan perkeso/socso..ia adalah normal dalam situasi jatuh sebegitu..dan tuntutan/claim dengan perkeso/socso amat mudah untuk situasi kemalangan jatuh di tempat kerja ini, dengan syarat 4 hari cuti sakit paling minima..
 
 
2.Aku juga seringkali ingatkan jika kalian jatuh di tempat kerja perkara yang paling mustahak adalah dapatkan rawatan dengan segera pada HARI YANG SAMA kejadian jatuh berlaku..ini bukan sahaja untuk mempastikan kecederaan kalian segera di rawat bahkan ia memudahkan untuk tuntutan perkeso/socso dilakukan..jika sekiranya kalian lewat mendapatkan rawatan dan berselang berhari hari maka sudah pasti timbul kecurigaan dan syak wasangka dan merumitkan proses siasatan dilakukan..bahkan acap kali dalam siasatan perlu melibatkan para doctor yang perlu direkod pernyataan mereka berkenaan kecederaan yang kalian alami..
 
 
3.Kejadian kes2 jatuh di tempat kerja yang rumit seringkali memakan masa untuk memutuskan sesuatu kes itu..betul atau tidak kejadian jatuh ditempat kerja berlaku jika seandainya rawatan tidak terus dibuat pada hari yang sama sedangkan kecederaan parah seperti patah tangan atau kaki???bukankah ianya menimbulkan kecurigaan??
 
 
4.Biasanya permasalahan wujud jika kejadian jatuh tersebut tiada saksi yang melihatnya..khususnya dalam tandas???luar tandas tak jadi hal ada CCTV, ada saksi..dalam tandas memang rumit, hahaha tak kan ada saksi dalam tandas kakakaka...dan biasanya jika lewat mendapatkan rawatan sedangkan kecederaan melibatkan patah tangan atau kaki maka sudah pasti ia jatuh bukan di tempat kerja sebaliknya di rumah...kejadian sebegini tidak sukar untuk disiasat, pihak perkeso ada caranya..cuma rumit dan mengambil masa sedikit..dan biasanya ia berlanjutan ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) jika berlakunya ketidak puasan hati untuk setiap hasil keputusan siasatan dilakukan..oleh sebab itulah aku seringkali ingatkan perihal pentingnya rawatan pada hari yang sama kejadian berlaku (jatuh di tempat kerja/tandas tempat kerja/dapur tempat kerja) setidak tidaknya kita membantu diri kita sendiri hehehe..
 

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Encik, ayah saya dialysis sudah 8 tahun selepas mendapat pencen ilat. Perkeso hanya beri rm150/ sesi. Bagaimana utk mendapatkan tuntutan maksima sebab terdapat ubat2 lain lagi yg hospital berikan spt EPO. Dan adakah terdapat elaun utk org yg menjaga ayah saya utk di bawa ke hospital dan sepanjang menerima rawatan dialysis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam puan,
      1.Untuk suntikan EPO pihak perkeso ada membiayai nya sila ke pejabat perkeso terdekat untuk memohon bayaran bil EPO tersebut berdasarkan terma tertentu

      2.Berkenaan elauan yang puan maksudkan itu mungkin merujuk kepada Elaun Laayanan Sentiasa (ELS) untuk mendapat elaun ini permohonan perlu dibuat dan ianya hak kuasa Jemaah Doktor untuk menilai sama ada ayah puan layak untuk menerima ELS atau sebaliknya berdasarkan kondisi terkini ayah puan sama ada beliau tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri atas sebab keuzuran sakit dan sebgainya.

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan Kabutar,

    Saya konfius antara borang kecacatan kekal vs sementara. Tolong advise saya borang mana patut saya isik atas kemalangan ketika bermain bola untuk kompeni..waktu bekerja. Saya dapat luka2 dikepala, 9 jahitan dan paling ujian sekali ligamen lutut hancur..reconstruct yg baru. Doc cakap kecacatan kekal dalam 10 percent..so borang yg mana tuan? apa beza..tolong advise kalau ada yg lain2..Jazakallahu khairan katsirr

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam w.b.t salam ramadhan tuan.

      wah wah ahli sukan jugak nampaknya
      1.Tuan kes kecederaan semasa bermain sukan MEWAKILI SYARIKAT BOLEH DIBUAT TUNTUTAN MELALAUI BORANG HILANG UPAYA SEMENTARA TERLEBIH DAHULU BORANG ITU KITA NAMAKAN BORANG 21...tuan rehat2 aje jangan kalut2 hahahaha semua urusan berkenaan tuntutan WAJIB DIBUAT OLEH PIHAK MAJIKAN DENGAN SEGERA...KERJA MAJIKAN UNTUK MELAPOR KEMALANGAN YANG MENIMPA PEKERJANYA..hehehe..pepun kalau majikan tak tahu tuan boleh maklumkan padanya bahawa boring 21 yang perlu di isi terlebih dahulu...bersama boring 21 perlu dikepilkan juga bukti2 penglibatan tuan dalam acara suka tersebut gambar,jadual pertandingan,pasukan terlibat,senarai pemain dan sebagainya hehehe

      2.Tuan ingat pesan saya tu BORANG 21 tau... hehehe lepas kes semua dah selesai dah bayar dan tuan dah kembali kerja barulah boleh buat tuntutan kekal...lambat lagi tu kalau kecederan ACL makan masa berbulan tuan...sakit wooooo...

      3.Akhir kata jaga diri tuan elok2..ACL memerlukan rawatan yang berdisiplin untuk pulih tuan..

      wasalam

      Padam