Khamis, 24 Ogos 2017

Lima Yatim Piatu Terima Pencen Penakat Perkeso@Kampung Contoh Kahang


1.Lima beradik yatim piatu di kampong Contoh Kahang melahirkan kesyukuran dan berterima kasih tidak terhingga pada pihak Perkeso yang bertindak segera memproses tuntutan Pencen Penakat Arwah Bapa dan Ibu mereka yang meninggal dunia pada baru2 ini.  Arwah Bapa dan Ibu mereka meninggal dunia setelah mengalami pelbagai penyakit kronik..Arwah bapa mengidap kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung manakala arwah Ibu pula mengalami sakit kanser usus dan hati tahap 4. Kelima lima beradik tersebut ditemui ketika kunjungan kami ke rumah mereka untuk menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) untuk kematian Arwah Bapa dan kematian Arwah Ibu mereka, dimana setiap satunya FPM (Faedah Pengurusan Mayat) berjumlah RM2000.00, adik beradik yatim piatu ini diwakili abang sulung mereka untuk menerima cek tersebut. Cek disampaikan oleh YB ADUN Kahang (YB Vidya).
2.Kelima lima beradik ini berumur antara 29 hingga 19 tahun..masih tinggal bersama di kediaman yang dibina hasil bantuan pihak Baitulmal..Alhamdulilah..kini mereka boleh menghela nafas lega apabila bukan sahaja menerima Faedah Pengurusan mayat (FPM) dari pihak Perkeso bahkan mereka juga menerima Pencen secara bulanan dari pihak Perkeso iaitu Pencen Penakat, dimana mereka menerima dua Pencen Penakat sekali gus iaitu Pencen Penakat bagi kematian Arwah Bapa dan juga Pencen Penakat bagi kematian  Arwah Ibunya..kedua dua pencen itu dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun bank Abang sulung mereka yang bertindak sebagai penjaga bagi adik-adiknya.
3.Abang sulung adik beradik yatim piatu yang ketika ditemui juga berjanji akan mengunakan wang pencen Pencen Penakat Perkeso secara berhemah untuk membiayai kehidupan adik beradik mereka.. dan sebahagiannya akan dibelanjakan untuk tujuan Upah Haji bagi arwah bapa dan ibunya..Seringkali di ingatkan Pencen Penakat ini adalah pencen yang diberikan kepada Pencarum Perkeso yang meninggal dunia selain dari kes bencana kerja...kematian dalam pelbagai sebab atau tanpa sebab memenuhi kelayakkan dari segi jumlah CARUMAN dan kelayakkan UMUR belum mencapai umur 60 tahun! Berkunjunglah ke mana-mana pejabat Perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan pencen Penakat ini sekiranya berlaku apa-apa kematian keatas sanak saudara,sahabat handai atau jiran tertangga! SEMUA URUSAN ADALAH PERCUMA!

Rabu, 23 Ogos 2017

Lagi kes kematian claim/tuntut pencen penakat Perkeso


1.Salam geng hahaha adehhh bulan ni baru sekali aku sempat jenguk ka blog ni kikiki mapuih la..tak sempat geng nak update..takut rasanya nak buka ruangan komen kesian kat hangpa dok tanye..jenuh dok menunggu reply.. sat gi aku cuba jawap sikit2 nooo..la ni banyak sangat kes kemalangan yang nak kena siasat untuk tuntutan kemalangan dengan pihak PERKESO pasai tu tak sempat nak update blog geng..balik malam badan dah penat apa lagi tido la..
2.Dua hari lepas aku siasat kes kematian seorang penunggang motorsikal..muda lagi orangnya..mendiang ni bukannya kemalangan balik dari kerja atau kemalangan yang berkaitan kerja..tapi mendiang keluar pi bandar atas urusan peribadi lah..bila nak balik rumahnya beliau kemalangan dengan sebuah kereta..meninggal dunia kat situ jugak..boleh ka claim dengan PERKESO jika begitu???

3.Apa kaitan mendiang dengan PERKESO seandainya kemalangan itu berlaku bukan dalam situasi balik kerja/pergi kerja/atau perjalanan yang berkaitan kerja?senang cakap mendiang tak kerja hari tu???OK dalam situasi begini tuntutan apa yang boleh dibuat dengan pihak PERKESO seandainya kemalangan itu menyebabkan kematian???
4.Untuk makluman kes mendiang ini disiasat dibawah tuntutan pencen PENAKAT..betul untuk kes bencana kerja memang mendiang tak dapat sebab kemalangan berlaku bukan masa dia kerja..namun apabila semakan mendapati bilangan jumlah caruman pekerja ini layak dan umur juga belum mencapai 60 tahun maka mendiang layak membuat tuntutan dengan pihak PERKESO dibawah tuntutan Pencen Penakat dan waris mendiang iaitu Ibu dan Bapa dan adik2 bawah umur 21 tahun layak mendapat Pencen Penakat secara bulanan..hangpa mesti ramai yang tak tahu kan kan kan..
5.Senang cakap kalau berlaku kemalangan menyebabkan kematian bagi sapa saje yang mencarum/pernah mencarum dengan perkeso maka pi la ke pejabat perekso terdekat buat semakan kot-kot memenuhi kelayakan pencen penakat!!!!! SEGALA PROSES INI ADALAH PERCUMAAAAAAAAA..
6.Berbalik kepada kes mending yang aku cerita tadi..kami dapat maklumat kematian mendiang dari paper metro lepas tu kami buat semakan kelayakan caruman Pencen Penakat maka mendiang layak dan kami ke rumah keluarga mendiang dan segera membantu mengisi borang tuntutan dan selesai hari yang sama esoknya kami bagi cek faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah rm2000 kepada warisnya dan mereka akan menerima pencen secara bulanan!!!!!