1.Lima beradik yatim piatu di kampong Contoh Kahang melahirkan kesyukuran dan berterima kasih tidak terhingga pada pihak Perkeso yang bertindak segera memproses tuntutan Pencen Penakat Arwah Bapa dan Ibu mereka yang meninggal dunia pada baru2 ini. Arwah Bapa dan Ibu mereka meninggal dunia setelah mengalami pelbagai penyakit kronik..Arwah bapa mengidap kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung manakala arwah Ibu pula mengalami sakit kanser usus dan hati tahap 4. Kelima lima beradik tersebut ditemui ketika kunjungan kami ke rumah mereka untuk menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) untuk kematian Arwah Bapa dan kematian Arwah Ibu mereka, dimana setiap satunya FPM (Faedah Pengurusan Mayat) berjumlah RM2000.00, adik beradik yatim piatu ini diwakili abang sulung mereka untuk menerima cek tersebut. Cek disampaikan oleh YB ADUN Kahang (YB Vidya).
2.Kelima lima beradik ini berumur antara 29 hingga 19 tahun..masih tinggal bersama di kediaman yang dibina hasil bantuan pihak Baitulmal..Alhamdulilah..kini mereka boleh menghela nafas lega apabila bukan sahaja menerima Faedah Pengurusan mayat (FPM) dari pihak Perkeso bahkan mereka juga menerima Pencen secara bulanan dari pihak Perkeso iaitu Pencen Penakat, dimana mereka menerima dua Pencen Penakat sekali gus iaitu Pencen Penakat bagi kematian Arwah Bapa dan juga Pencen Penakat bagi kematian Arwah Ibunya..kedua dua pencen itu dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun bank Abang sulung mereka yang bertindak sebagai penjaga bagi adik-adiknya.
3.Abang sulung adik beradik yatim piatu yang ketika ditemui juga berjanji akan mengunakan wang pencen Pencen Penakat Perkeso secara berhemah untuk membiayai kehidupan adik beradik mereka.. dan sebahagiannya akan dibelanjakan untuk tujuan Upah Haji bagi arwah bapa dan ibunya..Seringkali di ingatkan Pencen Penakat ini adalah pencen yang diberikan kepada Pencarum Perkeso yang meninggal dunia selain dari kes bencana kerja...kematian dalam pelbagai sebab atau tanpa sebab memenuhi kelayakkan dari segi jumlah CARUMAN dan kelayakkan UMUR belum mencapai umur 60 tahun! Berkunjunglah ke mana-mana pejabat Perkeso terdekat untuk membuat semakan kelayakan pencen Penakat ini sekiranya berlaku apa-apa kematian keatas sanak saudara,sahabat handai atau jiran tertangga! SEMUA URUSAN ADALAH PERCUMA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan