Rabu, 23 Ogos 2017

Lagi kes kematian claim/tuntut pencen penakat Perkeso


1.Salam geng hahaha adehhh bulan ni baru sekali aku sempat jenguk ka blog ni kikiki mapuih la..tak sempat geng nak update..takut rasanya nak buka ruangan komen kesian kat hangpa dok tanye..jenuh dok menunggu reply.. sat gi aku cuba jawap sikit2 nooo..la ni banyak sangat kes kemalangan yang nak kena siasat untuk tuntutan kemalangan dengan pihak PERKESO pasai tu tak sempat nak update blog geng..balik malam badan dah penat apa lagi tido la..
2.Dua hari lepas aku siasat kes kematian seorang penunggang motorsikal..muda lagi orangnya..mendiang ni bukannya kemalangan balik dari kerja atau kemalangan yang berkaitan kerja..tapi mendiang keluar pi bandar atas urusan peribadi lah..bila nak balik rumahnya beliau kemalangan dengan sebuah kereta..meninggal dunia kat situ jugak..boleh ka claim dengan PERKESO jika begitu???

3.Apa kaitan mendiang dengan PERKESO seandainya kemalangan itu berlaku bukan dalam situasi balik kerja/pergi kerja/atau perjalanan yang berkaitan kerja?senang cakap mendiang tak kerja hari tu???OK dalam situasi begini tuntutan apa yang boleh dibuat dengan pihak PERKESO seandainya kemalangan itu menyebabkan kematian???
4.Untuk makluman kes mendiang ini disiasat dibawah tuntutan pencen PENAKAT..betul untuk kes bencana kerja memang mendiang tak dapat sebab kemalangan berlaku bukan masa dia kerja..namun apabila semakan mendapati bilangan jumlah caruman pekerja ini layak dan umur juga belum mencapai 60 tahun maka mendiang layak membuat tuntutan dengan pihak PERKESO dibawah tuntutan Pencen Penakat dan waris mendiang iaitu Ibu dan Bapa dan adik2 bawah umur 21 tahun layak mendapat Pencen Penakat secara bulanan..hangpa mesti ramai yang tak tahu kan kan kan..
5.Senang cakap kalau berlaku kemalangan menyebabkan kematian bagi sapa saje yang mencarum/pernah mencarum dengan perkeso maka pi la ke pejabat perekso terdekat buat semakan kot-kot memenuhi kelayakan pencen penakat!!!!! SEGALA PROSES INI ADALAH PERCUMAAAAAAAAA..
6.Berbalik kepada kes mending yang aku cerita tadi..kami dapat maklumat kematian mendiang dari paper metro lepas tu kami buat semakan kelayakan caruman Pencen Penakat maka mendiang layak dan kami ke rumah keluarga mendiang dan segera membantu mengisi borang tuntutan dan selesai hari yang sama esoknya kami bagi cek faedah pengurusan mayat (FPM) berjumlah rm2000 kepada warisnya dan mereka akan menerima pencen secara bulanan!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan