1.Alhamdulilah mujur sangat-sangat majikan saya ada berdaftar dengan Perkeso jika tidak tak tahulah apa nak kata..itu luahan pertama pekerja sebuah kilang kayu yang mengalami kecederaan agak parah, akibat mengalami kemalangan di tempat kerjanya awal bulan ini..alkisah pekerja ni baru sahaja seminggu bekerja sebagai Operator mesin membelah kayu di sebuah sawmill..satu mesin ada 3 pekerja..dua pekerja mengendalikan mesin membelah kayu manakala satu pekerja lagi tukang susun kayu yang selesai dibelah..nak dijadikan cerita semasa tolak menolak kayu ke mesin untuk di belah entah macam mana kayu yang nak dibelah ni agak keras sikit kayunya..tolak punyer tolak tangan pekerja ni plak yang tertolak ke mata mesin pembelah kayu..apa lagi zapppp sekali aje habis putus pergelangan tangan kirinya..putus terus geng tak de nye terkulai kulai zapppp putus!!!
2.Melihat kedaan sedemikian rupa rakan2 sekerjanya terus membawa pekerja malang ini segera mendapatkan rawatan di Hospital..terus diberi rawatan kecemasan..pergelangan tangan yang terpotong tu turut dibawa bersama..namun malangnya tidak dapat disambung lagi..semasa siasatan dibuat sempat jugak aku masuk melawat dan melihat dan di demostrasi cara2 belah kayu dengan mengunakan mesin di tempat kerja ini..hmmm kalau lalai dan alpa serta tidak berhati hati mudah sangat nak kena...zappp kompem putus beb sebab mata mesin tajam!
3.Apa yang nak diceritakan kat sini kemalangan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila bila masa sahaja..dalam kes ini pekerja ini baru sahaja seminggu masuk kerja..majikan pun belum sempat membuat potongan Perkeso sebab baru masuk kerja..Namun itulah Perkeso ianya prihatin dan sangat Prihatin..hari pertama masuk kerja kalian telah dilindungi Perkeso!!!Jadi jika berlaku kemalangan pada hari pertama bekerja di sesebuah perusahaan jangan ragu2 minta majikan claim dengan Perkeso kerana kalian dilindungi sebaik sahaja bekerja atau hendak memulai kerja hari pertama kerja!!!alaaaa kalau hari pertama nak pi kerja dah kemalangan belum pun sempat sampai di tempat kerja baru maka ketahuilah kalian kemalangan itu TELAH MEMBOLEHKAN KALIAN CLAIM PERKESO..dengan syarat majikan kalian adalah majikan berdaftar dengan PERKESOada kilang ada HR kilang mengatakan tunggu tiga bulan kerja baru boleh claim Perkeso aaaahhh itu mengarut!!!!!!!masuk aje kerja kemalangan boleh terus claim!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan