Sabtu, 11 Ogos 2018

kecederaan teruk kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja@claim socso

1.Salam geng minggu lepas sempat ke Felda Tenggaroh Mersing siasat satu kes kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja..jauh perjalanan nak ke rumahnya..semasa kemalangan berlaku dikatakan beliau menunggang motorsikal dan dirempuh lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..
 
2.Agakan aku ingatkan kecederaan beliau biasa2 sahaja..namun sebaik sampai ke rumahnya Allahuakbar teruk geng..beliau tak boleh bercakap langsung..makan tak boleh hanya minum susu khas melalui tiub sahaja..guna pampers..so dalam keadaan sebegini kita fahamla..nak ambik pernyataan si kemalangan sememangnya tak boleh sebab beliau tidak boleh bercakap..yang ada cuma laporan polis dan maklumt dari majikan dan maklumat dari keluarga..Alhamdulilah keluarga sahkan beliau turun dari rumah dengan pakaian kerja dan memang nak ke tempat kerja..begitu juga pengesahan dari pihak majikan ikut jadual kerja memang beliau sepatutnya kerja hari kemalangan itu maka tanpa teragak agak aku ssyor kes ini sebagai kes bencana kerja dan sekali gus diluluskan pihak Perkeso..Alhamdulilah bayaran cuti sakit (MC) telah pun dibayar dalam tempoh 1 hari sahaja..balik terus buat geng!!!
3.selain itu Inshallah Perkeso juga akan memberi alatan pemulihan sebagai sokongan kepada pekerja ini seperti lampin pakai buang (pampers) susu khas,kerusi roda dan keperluan yang lain yang diperlukan daris emasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor! Harap sangat beliau cepat pulih..geng macam biasa aku tak kan jemu untuk bagi tahu hangpa semua mencarumlah dengan Perkeso kita tak tahu nasib kita macam mana geng..kalau jadi macam ni kecederaanya lambat pulih geng..dengan adanya Perkeso inshallah sedikit sebanyak beban menjadi ringgan Inshallah!Kita tak pernah abaikan pencarum Perkeso!
5.Kalau terlibat dalam kemalangan sebegini waris cepat2 bagitahu majikan/pihak syarikat agar segera minta majikan buat laporan kepada pihak Perkeso,pihak Majikan pulak janganla tunggu lama-lama,bila dah dapat maklumat dari keluarga atau waris pekerja yang kemalangan maka cepatlah bertindak jangan lembab sangatla hahaha bukan payah pun hangpa HR syarikat atau majikan just ISI borang 34 kemalangan isi bahagian kemalangan sahaja, sertakan MC/cuti sakit,laporan Polis kemalangan,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,puch card atau rekod kedatangan bulan kemalangan...hehe senang kan bukan susah pun!

2 ulasan:

  1. Salam tuan, saya Johan....nk bertnye sedikit

    No1. Saya accident tahun 2014, kaki kiri hilang upaya n badan lemah, dan dimasukkan dlm HUS.

    No2. Pada tahun 2016, saya jalani operation tulang blkg C3 - L5, namun operation ini buatkan tetraplegic C5. Sehingga kini saya masih terlantar atas katil.

    No3. Pihak bank suh gunekan MTRA utk loan2 saya, n pada masa tuh(2017), pihak SOCSO suh apply ilat, agar dapat pampasan hilang upaya n pencen ilat. Laporan perubatan yg menyatakan tahap kerosakkan i (C5 asia A complete) pun dh bagi kt socso

    No4. Kini SOCSO ckp kene apply HUK, bile ditnye nape tiada jawapan kukuh.

    Nk minta nasihat tuan, ape beza HUK n ilat? Btul ke HUK nie cume dpt bantuan bulanan shj manakala ilat dpt pampasan n bantuan bulanan? Ape yg i perlu apply btul2 dlm keadaan ini krn i dh terlantar sebegini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro Johan,semoga bro Johan cepat pulih hendaknya:
      1.Saya bersetuju dengan saranan yang dibuat oleh pegawai Perkeso pertamanya saranan itu bukan sahaja untuk kebaikkan bro johan bahkan ianya lebih dari itu adalah untuk pastikan bro johan dapat apa yang sepatutnya bro johan dapat!

      2.Dengan buat tuntutan HUK bro akan dirujuk ke Jemaah doctor (JD) bila dirujuk ke JD pihak doctor akan memeriksa bro Johan dan taksiran akan diberi mengikut tahap kecederaan..jika kecederaan bro Johan teruk sebagai contoh katakana lah dapat 100% bro Johan akan dibayar pampasan sebahagiannya dan sebahagian lagi akan dibayar secara berkala iaitu bayaran bulanan..kalau pulak 100% bro Johan akan menerima juga elaun layanan sentiasa yakni elaun untuk orang yang jaga bro Johan juga akan dibayar ihak Perkeso...kan bagus mcm tu bro

      3.Saya tak boleh ulas panjang sebab tidak tahu tahap kedudukan kecederaan bro yang sebenar..namun percayalah apa yang dinasihatkan oleh pegawai Perkeso ia adalah terbaik!

      Padam