1.Tarikh 29hb April 2025 lalu sekali lagi diberi rezeki untuk memperoleh Anugerah Khidmat Cemerlang . Alhamdulilah untuk kali ke 5 sepanjang saya berkhidmat dengan PERKESO. Bukan niat nak menunjuk mahupun membangga diri pun, just coret disini sekadar kenangan boleh lah saya baca sendiri bila dah bersara, lagipun banyak bulan dah tak sempat pun nak coret apa-apa ,tahun ni betul-betul sibuk dan penat sepanjang tahun 2025!
2.Sepanjang tahun 2025 penuh dengan pelbagai aktiviti sehingga ke hari cuti mingguan pun saya sentiasa bekerja di lapangan!Semuanya tak sempat saya update dan coretkan disini sekadar update di FB Sahaja.
3.Banyak
dan terlampau banyak pertanya di ruangan komen juga tak sempat dibalas lagi dan
saya sedang baca dan jawab satu persatu Inshaalah!Akhir tahun saya cuti panjang sikit inshallah nak rehat bersama keluarga ganti balik masa cuti mingguan saya yang dipenuhi kerja hakiki sambil-sambil tu sempat la nak baca semula satu persatu komen dan pertanyaan dari sahabat di ruangan blog saya ni huhuhu.


