Jumaat, 30 Januari 2026

BALU ANGGOTA APM KELANTAN TERIMA PENCEN PERKESO!

 

1.Alhamdulilah seawal pagi seusai tiba di pejabat satu whatsapp masuk mengucapkan terima kasih kerana membantu beliau..katanya duit Perkeso dah masuk,sungguh cepat katanya.Alhamdulilah.Ceritanya sehari sebelum tu saya ke rumah beliau melakukan ziarah Prihatin Perkeso ekoran beliau baru Sahaja kematian suaminya yang merupakan Anggota Pertahanan Awam Kota Bharu Unit Marin berpengkalan di Jeti Kastam Tambatan Diraja.

2.Arwah suami meninggal dunia akibat serangan jantung dan meninggal dunia Ketika sedang bertugas.Meninggalkan dua orang anak yang maish kecil dan tinggal di Kampung Chempaka Kota Bharu.Seusai Jenazah dikebumi saya tiba dan saya bantu melengkapkan dokumen tuntutan Pencen Penakat Perkeso!

3.Kita di Perkeso sedaya Upaya membantu dengan seberapa segera yang boleh semata mata untuk meringgankan kegusaran balu selepas kematian suami.Kalau keadaan mengizinkan hari kematian itu juga kita nak lawat dan ziarah serta proses tuntutan,namun tengok juga situasi kalau ramai sanak saudara masih ziarah dan balu atau waris masih tidak stabil emosi kita pi keesokan hari Sahaja tengok keadaan la dih.

4.Terima Kasih team APM Kelantan yang sudi hadir Bersama saya ziarah kematian anggota mereka dan menyampaikan kotak prihatin Perkeso kepada Balu Allahyarham Mohd Khairurizuan di kediaman mereka di Kampung Chempaka Kota Bharu Kelantan!



Sabtu, 24 Januari 2026

MASUK KE AGRO VALLEY RONG CHENOK PASIR MAS!

 

1.Cuti mingguan hari ni aku bawa keluarga ke Agrovalley Rong Chenok Pasir Mas Kelantan sempena Sambutan Hari Ladang.Agrovalley Rong Chenok ni tak jauh dari rumah aku,lebih kurang 10 Kilometer gitulah. Ladang Agrovalley Rong Chenok yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan terletak di kampung Rong Chenok Pasir Mas dengan keluasan 109 Hektar. Didalamnya pelbagai aktiviti pertanian seperti tanaman Lada fertigasi, tanaman Sawi hidroponik, Pisang, Melon Madu, Ayam dan banyak lagi.

2.Sempena Sambutan Hari Ladang ni ,mereka 'open' ladang mereka untuk orang kampung/pengunjung datang dan petik sendiri sayuran seperti Sawi dan buahan seperti Melon dan Lada dimana konsep petik dan bayar. Kita boleh pilih buah Melon ikut saiz besar mana kita mahupun. Pada hari tersebut jualan ayam yang mereka ternak juga diadakan, murah RM6.00 sekilogram hari ni sahaja kot.

3.Seronok jugak beli buah melon petik dan bayar ni,kita petik dan pilih buahnya dan bayar ajo,buahnya manis amat!

Ahad, 18 Januari 2026

SELAMAT HARI LAHIR RATU

1.Selamat hari lahir si bongsu!!!Nur Qarratu Aini Humaira kini dah 10 tahun cepat sungguh masa berlalu sekolah pun macam tak terasa sebab masuk sekolah pada zaman Covid hahaha banyak pdpr!

2.Bijak dan pintar tak banyak ragam tapi tu la anak bongsu lain sikit, dalam keluarga dia la mangsa ‘buli’ ayahnya, Namun pada masa sama ayahnya juga automatic jadi Menteri pertahanan untuknya dalam apa jua situasi ‘pergaduhan’ dengan kakak2 nya hahaha..begitula anak2 sementara semuanya nak besar.Hari lahir sambut biasa2 jah cukupla makan2 pasti balik bila kenyang hahaha..Selamat Hari Lahir RATU!

Selasa, 13 Januari 2026

PENOREH GETAH BOLEH CARUM PERKESO!!!

 1.Menyedari Para Penoreh Getah dan Usahawan RISDA tiada jaminan perlindungan  keselamatan sosial dan mereka perlu dilindungi maka hari saya dan team berkunjung ke pejabat RISDA Kelantan Utara untuk jalankan satu libat urus agar mereka ini dicarum dibawah Skim Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] , dengan adanya Skim Lindung kendiri [ skim kijo/kerja sendiri] ini para Penoreh Getah dan Usahawan RISDA tidak perlu khuatir jika berlaku kemalangan semasa bekerja atau semasa perjalanan pergi dan balik kerja kerana mereka akan dilindungan Skim PERKESO.

2.Jika dulu kalau penoreh getah terlibat kemalangan seperti jatuh motor Ketika nak pergi ke kebun menorah getah, dilangar kereta atau jatuh tersepak akar pokok getah atau diserang binatang liar semasa sedang menorah getah mereka tak perlu risau tak dapat keluar menoreh lagi, ini kerana selepas berlaku bencana itu tadi mereka hanya perlu dapatkan rawatan di mana-mana klinik Kerajaan atau swasta minta Sahaja MC/Cuti sakit 4 hari keatas boleh claim perkeso!!!

3.Bagi  yang nak tahu lebih lanjut dan Kalau nak carum Skim PERKESO untuk bekerja sendiri/kijo sendiri boleh hubungi 010 784 3173 [cik zuhaida] atau 0111 556 4835 [cik Syah] atau 0111 997 8717[ cik Afifah

Isnin, 12 Januari 2026

AYUH PESERTA LADANG RAKYAT NEGERI KELANTAN MENCARUMLAH DENGAN PERKESO!

 

1.Terima Kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif [CEO] Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan YABrs Dr Haji Mohd Arpi bin Arifin atas kesudian menerima kunjungan saya dan team Sinergi Pejabat PERKESO Negeri Kelantan ke pejabatnya Perbadanan pada hari ini. Alhamdulilah cukup terharu saya atas sambutan yang diberikan, terima kasih sekali lagi! Sejujurnya telah sekian lama kami merancang untuk berkalaborasi dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan..dari tahun lepas nak ke Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Namun tahun ni baru ada rezeki di awal tahun syukur!

2.Dibawah Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ini terdapat lebih kurang 4900 peserta yang terdiri golongan miskin yang dibantu dan dibayar dividen secara bulan oleh pihak Perbadanan yang cuba kami dekati untuk memberi perlindungan keselamatan sosial [Lindung Kendiri] yang begitu perlu demi menjaga Kebajikan mereka dikemudian hari, selama ini tiada perlindungan yang komprenhensif jika terjadi kemalangan kepada peserta ini semasa bekerja khususnya, kemalangan perjalanan hendak ke tempat kerja dan pulang kerja. Namun dengan hanya caruman serendah RM13.10 sen sebulan sudah memadai sebagai backup plan jika berlaku apa-apa kemalangan melibatkan kerja!RM13.10 sebulan sahaja pelbagai faedah disediakan oleh pihak PERKESO untuk melindungi orang bekerja sendiri ni!MC bencana kerja boleh claim,Cacat kekal boleh claim kematian bencana kerja sudah pasti boleh claim pencen bulanan FOT dibayar kepada waris sampai sepanjang hayat!!!

 3.Amatlah besar harapan kami agar peserta Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan terbuka fikirannya dan membuat Keputusan yang positif seterusnya bersetuju untuk mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Skim Lindung Kendiri]. Pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Alhamdulilah telah positif dan telah bersetuju pada dasarnya, tinggal lagi peserta Sahaja,doakan semoga dipermudahkan urusan Kami untuk memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri ini!YAAllah permudahkanlah urusan kami.



Ahad, 11 Januari 2026

BANTU DUA KES KAMATIAN PENCARUM LAYAK PENCEN PENAKAT PERKESO


1.Hari ini selesai melawat tapak Pelancaran Program Kampung Angkat Madani di Masjid Al Husna Baung Bayam Kota Bharu.Inshallah majlis Pelancarannya pada 17 Januari 2026. Sempat bersama rakan-rakan dari pelbagai agensi hadir untuk menyelaras dan lawatan tapak untuk melicinkan program nanti. Lewat juga habis program tadi sekitar jam 12 tengahari juga.

2.Selesai lawatan tapak dan perbincangan sempena Pelancaran Program Kampung Angkat Madani Kampung Guchil Bayam saya bergegas untuk ke dua buah rumah pencarum PERKESO yang meninggal dunia, maklumat kematian dua pencarum kami ini diperolehi dari pihak PDRM.Terima Kasih pihak PDRM yang selalu membantu memberi info kemalangan maut yang elibatkan pencarum kami. Ia bukan sahaja memudahkan kerja kami, bahkan ia memudahkan urusan waris pencarum kami untuk membuat tuntutan PERKESO khususnya melibatkan Pencen Penakat dan Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT]

3.Rumah pertama saya lawati adalah di Taman Desa Wangi Pasir Tumboh Kota Bharu, Allahyarham yang masih bujang dan telah kematian Bapa adalah Pencarum PERKESO yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kemalangan jalan raya bukan disebabkan kerja maksudnya bukan melibatkan kemalangan perjalanan pergi dan balik kerja, Namun beliau masih layak di bawah Skim Pencen Penakat yang membolehkan Ibu menerima Pencen Penakat secara bulanan [berkala] sepanjang hayatnya. Apa itu Pencen Penakat?hahaha telah banyak saya huraikan disini boleh cari kat blog ni ada hehehe.

4.Begitu juga rumah yang kedua saya lawati hari ini di Kampung To’ Uban Pasir Mas juga merupakan kematian, bezanya Allahyarham sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya masih kecil! Kedua dua kes ini adalah layak Pencen Penakat walaupun kemalangan mautnya bukan disebabkan pekerjaan. Mesti kalian tertanya bua tapa saya kerumah mereka?adakah sekadar ziarah Sahaja?tidakkkk bukan sekadar ziarah!Saya pergiu ke semua rumah tersebut saya akan balik dengan semua kes selesai dibuat tuntutan!Maknanya saya bantu semua sekali bagi penerangan hak-hak mereka, bantu mengisi dokumen tuntutan,sediakan dokumen tuntutan sehinggalah tuntututan selesai dengan didahului pembayaran Pengurusan Jenazah RM3000.00 barulah selesai kerja saya hehehe tak mudah!Tapi cukup dengan bantuan PERKESO ini menringankan dan melegakan waris Allahyaraham dikala menguruskan kehidupan perbelanjaan harian selepas ketiadaan Allahyarham.



 

Rabu, 7 Januari 2026

PERKESO KELANTAN DAN AIM WILAYAH KELANTAN SEPAKAT BERSATU HATI DEMI PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL SAHABAT AMANAH!

 

1.Terima kasih Amanah Ikhtiar Wilayah Kelantan khususnya Pengurus Besar Amanah Ikhtiar (AIM) Wilayah Kelantan Encik Mohd Abu Samah bin Mohd Daud yang sudi menerima kunjungan kami pada hari ini, sejujurnya sejak dari tahun lepas saya teringin sangat berjumpa dan bertukar-tukar fikiran dengan pihak AIM Khususnya Negeri Kelantan bagi memperkemaskan dan memperkasakan perlindungan keselamatan sosial yakni caruman Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] kepada sahabat-sahabat AIM khususnya di Negeri Kelantan. Dek kerana kekangan masa dan masing-masing sibuk dengan urusan hakiki masing-masing jadinya pada tahun ini baru berkesempatan berjumpa dan bertukar fikiran dan berkongsi idea Ikhlas semata-mata untuk menjaga kebajikan dan keselamatan sosial pencarum yang terdiri dari sahabat AIM.

2.Sejujurnya saya amat berterima kasih pada Pengurus Besar AIM Wilayah Kelantan yang begitu baik mesra dan terbuka mendengar pandangan segala idea dan penerangan yang kami utarakan begitu juga beliau memberi banyak input-input dan pandangan serta idea yang cukup bernas dan amat berguna. Inshallah tahun 2026 kami bergerak tanpa menoleh kebelakang demi kebajikan dan perlindungan keselamatan sosial sahabat Amanah khususnya!

3.Pada Kawan-kawan diluar sana yang belum mengentahu perihal Lindung Kendiri/Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri mais aya ceritakan secara ringkas.Skim Lindung Kendiri [Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri] atau dengan Bahasa mudahnya Skim Kerja Sendiri adalah caruman untuk mereka yang bekerja sendiri yang mahu dilindungi PERKESO, sebagai contoh tak kiralah pekerjaan sendiri apa yang kamu lakukan, seperti pesawah padi, peternak ayam, penjual buger,pemandu teksi,tukang rumah,pemotong rumput dan pelbagailahhhh janji kerja sendiri boleh carum PERKESO dan menikmati pelbagai faedah perkeso seperti bayaran MC dan sebagainya sepertilah yangs aya pernah ceritakan di blog ini sejak 17 tahun lalu.

 Untuk kalian yang berminat hendak mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri boleh hubungi Puan Afifah 01119978717, Cik Zuhaida 0107843137, Encik Izat 01115564835 atau boleh berkunjung ke mana-mana pejabat PERKESO berhampiran.