1.’Pemergian’
secara mengejut Allahyarham Mas Gemak atau nama sebenarnya Ameerul Hayqal Mohd
Amran 22 yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 35.8 Jalan Kota Bharu- Kuala
Krai [Simpang 3] Dewan Kechil Labok Machang pada 3 Januari lalu mengejutkan bukan
sahaja keluarga tercinta, bahkan ramai kenalan dan pengikut setia Influencer
yang popular di Negeri Kelantan itu turut berdukacita. Jenazah Allahyarham
semalat dikebumikan di Kampung halamanya Kampung Penakah Kemuning Machang
selepas Solat Asar 4 Januari 2026.
2.Terima
kasih pihak media yang banyak memberi’ input’ berkenaan kes ini, rakan-arakan
Allahyarham dan tak lupa Majikan Allahyarham [ En Wan] dari Qarung Guni Bundle yang
begitu baik memberi kerjasama penuh kepada pihak PERKESO.Tanpa Majikannya agak
sukar juga saya nak mengesan rumah keluarga Allahyarham, maklumlah Alamat dari
pihak Polis dan dalam dokumen pengenalan diri Allahyarham tinggal di Kampung
Penakah Kemumin Machang, Tapi itu kampungnya mereka tak menetap disitu, mereka
tinggal di Taman Damai tadi saya hampir tesesat nasib baik majikan Allahyarham dan
pelan siap-siap Lokasi rumah dan Ibu Allahyarham menunggu pulak di luar
Alhamdulilah dipermudahkan sungguh urusan semuanya.
3. Jadi
hari ini Alhamdulilah saya berkesempatan berkunjung ke rumah keluarga
Allahyarham di Taman Damai Padang Selising Machang. Allahyarham Ibu dan
adik-adik tinggal disini.Lama juga kami bercakap-cakap sesekali ramai lagi yang
masih menziarahi keluarga ini, sanak saudara dan paling ramai rakan-rakan
Allahyarham yang Ibunya sendiri tidak mengenali.Allahuakbar baiknya Allahyarham
sepanjang hayatnya ramai Kawan-kawan menziarahinya. Untuk hari ni saya bantu
lengkapkan semua dokumen tuntutan Faedah Orang Tanggungan [FOT],isi semua borang tuntutan Allahyarham. Siap
semuanya hari ini!
4.Faedah
Orang Tanggungang [FOT] dengan bahasa mudah adalah Pencen daripada PERKESO untuk waris
Allahyarham iaitu Ibu Bapanya yang akan dibayar Pencen setiap bulan sehingga
mereka meninggal dunia.Kalau Allahyarham telah berkahwin pencen akan dibayar
kepada Isterinya,Namun disebabkan Allahyarham belum masih bujang maka Pencen
akan dibayar kepada Ibu Bapanya. Pencen ini lebih tinggi nilainya jika hendak
dibandingkan dengan Pencen Penakat! Pencen FOT ini adalah Pencen kematian
disebabkan BENCANA KERJA, apa itu BENCANA KERJA?BENCANA KERJA adalah apa-apa
kemalangan yang berlaku Ketika pekerja sedang bekerja, kemalangan yang berlaku
pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja atau balik kerja, kemalangan dalam
waktu rehat dibenarkan [makan] kemalangan disebabkan factor pengajian seperti [semasa
kursus,kerja diarah majikan dari semasa ke semasa] senang nak faham dan tak
susah pun asal kemalangan disebabkan kerja. Bukan itu sahaja, waris Allahyarham juga akan menerima Faedah Pengurusan Mayat [FPM] bayar sekaligus RM3000 Inshallah!
5.Satu
lagi kena ingat Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT] ini tak de tarikh matang!
Janji majikan daftar pekerja dengan PERKESO hari pertama kerja telah pun
dilindungi!!! dengan kata lain belum pun lagi caruman dibayar namun Ketika ‘otw’
nak pergi ke tempat kerja pada hari pertama kerja dah terlibat dalam kemalangan
maut maka warisnya layak menerima Faedah Orang Tanggungan [FOT] jika kesnya
telah pun disahkan sebagai BENCANA KERJA. Acapkali saya ingatkan carumlah
pekerja dengan PERKESO janganla perjudikan nasib pekerja dengan tidak mencarum
PERKESO. Tak perlu lah tunggu pintu kedai diserbu PERKESO baru nak
daftar, buanglah tabiat sebegitu PERKESO ni bukan setahun dua pun wujud tahun
2026 bakal sambut Hari PERKESO Ke 55!
Terima
Kasih Majikan Allahyarham Qarung Guni Bundle yang MENCARUM PERKESO!




Tiada ulasan:
Catat Ulasan