1.Alhamdulilah
seawal pagi seusai tiba di pejabat satu whatsapp masuk mengucapkan terima kasih
kerana membantu beliau..katanya duit Perkeso dah masuk,sungguh cepat
katanya.Alhamdulilah.Ceritanya sehari sebelum tu saya ke rumah beliau melakukan
ziarah Prihatin Perkeso ekoran beliau baru Sahaja kematian suaminya yang
merupakan Anggota Pertahanan Awam Kota Bharu Unit Marin berpengkalan di Jeti
Kastam Tambatan Diraja.
2.Arwah
suami meninggal dunia akibat serangan jantung dan meninggal dunia Ketika sedang
bertugas.Meninggalkan dua orang anak yang maish kecil dan tinggal di Kampung
Chempaka Kota Bharu.Seusai Jenazah dikebumi saya tiba dan saya bantu
melengkapkan dokumen tuntutan Pencen Penakat Perkeso!
3.Kita
di Perkeso sedaya Upaya membantu dengan seberapa segera yang boleh semata mata
untuk meringgankan kegusaran balu selepas kematian suami.Kalau keadaan
mengizinkan hari kematian itu juga kita nak lawat dan ziarah serta proses
tuntutan,namun tengok juga situasi kalau ramai sanak saudara masih ziarah dan
balu atau waris masih tidak stabil emosi kita pi keesokan hari Sahaja tengok
keadaan la dih.
4.Terima
Kasih team APM Kelantan yang sudi hadir Bersama saya ziarah kematian anggota
mereka dan menyampaikan kotak prihatin Perkeso kepada Balu Allahyarham Mohd Khairurizuan
di kediaman mereka di Kampung Chempaka Kota Bharu Kelantan!





Tiada ulasan:
Catat Ulasan