1.Hari pertama bagi tahun 2026 kerja seperti biasa. Permulaan Tahun baru 2026 Niat dari rumah awal-awal lagi nak ziarah pesakit di Kampung Bukit Perah Pasir Mas hari ni, kerana beberapa hari lepas dapat maklumat dari Pusat Khidmat DUN Apam Putra berkenaan keuzuran Pencarum kami, asalnya dikhabarkan mengalami sakit stroke. Masa dapat maklumat dari Pusat Khidmat DUN saya masih bercuti tahunan,hari ni baru mulakan kerja. Hari ni juga permulaan hari pertama tahun 2026 adalah rutin untuk kaunter utama PERKESO Kelantan mengadakan bacaan yaasin awal tahun dan solat hajat pembukaan hari pertama kerja tahun 2026. Jadinya kita ‘join’ program solat hajat dan bacaan Yaasin seperti biasa dulu sebelum ziarah prihatin. Alhamdulilah..
2.Usai Program solat hajat dan bacaan Yaasin terus hubungi keluarga pesakit yang saya nak ziarahi itu..Allahuakbar dikhabarkan pada pagi tu jam 5 pagi beliau telah menghembus nafas terakhir.Telah meninggal dunia di Hospital Pasir Mas Allahu tak sempat saya nak lakukan ziarah semasa beliau masih 'ada'.Al-Fatihah dan salam takziah untuk seluruh ahli keluarga terdekat arwah. Selepas hubungi keluarga Arwah tak lama kemudian pejabat YB DUN Apam Putra pula hubungi memaklumkan berita kematian pesakit tadi.
3.Tanpa
membuang masa terus ke rumah arwah, Jenazah dikebumikan selepas solat Zohor. Selesai
proses pengkebumian dan bila dah keadaan reda dengan orang ramai pun dah tiada saya
macam biasa la jumpa waris arwah dan bantu warisnya mengisi dokumen tuntutan
setelah mendapat keizinan berbuat demikian,lagipun warisnya hanya Ibunya sahaja
yang berumur 82 kerana arwah telah pun kematian bapa dan arwah pula masih
bujang maka selayaknya la saya bantu mengisi dokumen dan terangkan apa yang
perlu.Alhamdulilah selesai hari yang sama!!!tak susah pun untuk mebantu dan
Allah permudahkan urusan. Inshallah Ibu arwah layak Pencen Penakat sehingga
akhir hayatnya. Mencarumlah dengan PERKESO Inshallah ada ‘bekal’ untuk waris
dikemudian hari.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan