1.Hari
ini selesai melawat tapak Pelancaran Program Kampung Angkat Madani di Masjid Al
Husna Baung Bayam Kota Bharu.Inshallah majlis Pelancarannya pada 17 Januari
2026. Sempat bersama rakan-rakan dari pelbagai agensi hadir untuk menyelaras
dan lawatan tapak untuk melicinkan program nanti. Lewat juga habis program tadi
sekitar jam 12 tengahari juga.
2.Selesai
lawatan tapak dan perbincangan sempena Pelancaran Program Kampung Angkat Madani
Kampung Guchil Bayam saya bergegas untuk ke dua buah rumah pencarum PERKESO
yang meninggal dunia, maklumat kematian dua pencarum kami ini diperolehi dari
pihak PDRM.Terima Kasih pihak PDRM yang selalu membantu memberi info kemalangan
maut yang elibatkan pencarum kami. Ia bukan sahaja memudahkan kerja kami,
bahkan ia memudahkan urusan waris pencarum kami untuk membuat tuntutan PERKESO khususnya
melibatkan Pencen Penakat dan Pencen Faedah Orang Tanggungan [FOT]
3.Rumah
pertama saya lawati adalah di Taman Desa Wangi Pasir Tumboh Kota Bharu,
Allahyarham yang masih bujang dan telah kematian Bapa adalah Pencarum PERKESO
yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Walaupun kemalangan jalan
raya bukan disebabkan kerja maksudnya bukan melibatkan kemalangan perjalanan
pergi dan balik kerja, Namun beliau masih layak di bawah Skim Pencen Penakat
yang membolehkan Ibu menerima Pencen Penakat secara bulanan [berkala] sepanjang
hayatnya. Apa itu Pencen Penakat?hahaha telah banyak saya huraikan disini boleh
cari kat blog ni ada hehehe.
4.Begitu
juga rumah yang kedua saya lawati hari ini di Kampung To’ Uban Pasir Mas juga
merupakan kematian, bezanya Allahyarham sudah berkahwin dan mempunyai 4 orang
anak yang kesemuanya masih kecil! Kedua dua kes ini adalah layak Pencen Penakat
walaupun kemalangan mautnya bukan disebabkan pekerjaan. Mesti kalian tertanya bua
tapa saya kerumah mereka?adakah sekadar ziarah Sahaja?tidakkkk bukan sekadar
ziarah!Saya pergiu ke semua rumah tersebut saya akan balik dengan semua kes
selesai dibuat tuntutan!Maknanya saya bantu semua sekali bagi penerangan
hak-hak mereka, bantu mengisi dokumen tuntutan,sediakan dokumen tuntutan
sehinggalah tuntututan selesai dengan didahului pembayaran Pengurusan Jenazah
RM3000.00 barulah selesai kerja saya hehehe tak mudah!Tapi cukup dengan bantuan
PERKESO ini menringankan dan melegakan waris Allahyaraham dikala menguruskan
kehidupan perbelanjaan harian selepas ketiadaan Allahyarham.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan