1.Terima
Kasih tidak terhingga kepada Ketua Pegawai Eksekutif [CEO] Perbadanan
Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan YABrs Dr Haji Mohd Arpi bin Arifin
atas kesudian menerima kunjungan saya dan team Sinergi Pejabat PERKESO Negeri Kelantan ke pejabatnya Perbadanan pada hari ini. Alhamdulilah cukup terharu saya atas sambutan yang diberikan, terima
kasih sekali lagi! Sejujurnya telah sekian lama kami merancang untuk berkalaborasi dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan..dari tahun lepas nak
ke Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan, Namun tahun ni baru
ada rezeki di awal tahun syukur!
2.Dibawah
Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan ini terdapat lebih kurang 4900
peserta yang terdiri golongan miskin yang dibantu dan dibayar dividen secara
bulan oleh pihak Perbadanan yang cuba kami dekati untuk memberi perlindungan keselamatan sosial [Lindung
Kendiri] yang begitu perlu demi menjaga Kebajikan mereka dikemudian hari, selama
ini tiada perlindungan yang komprenhensif jika terjadi kemalangan kepada peserta ini semasa
bekerja khususnya, kemalangan perjalanan hendak ke tempat kerja dan pulang kerja. Namun dengan hanya caruman serendah RM13.10 sen sebulan sudah memadai sebagai backup plan
jika berlaku apa-apa kemalangan melibatkan kerja!RM13.10 sebulan sahaja pelbagai faedah disediakan oleh pihak PERKESO untuk melindungi orang bekerja sendiri ni!MC bencana kerja boleh claim,Cacat kekal boleh claim kematian bencana kerja sudah pasti boleh claim pencen bulanan FOT dibayar kepada waris sampai sepanjang hayat!!!
3.Amatlah besar harapan kami agar peserta
Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan terbuka fikirannya dan
membuat Keputusan yang positif seterusnya bersetuju untuk mencarum Skim
Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri [Skim Lindung Kendiri]. Pihak Perbadanan
Pembangunan Ladang Rakyat Alhamdulilah telah positif dan telah bersetuju pada dasarnya, tinggal lagi peserta Sahaja,doakan
semoga dipermudahkan urusan Kami untuk memberi perlindungan kepada mereka yang
bekerja sendiri ini!YAAllah permudahkanlah urusan kami.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan