Khamis, 9 Ogos 2018

17 Majikan di Mersing Endau di Kompaun kerana Gagal Mendaftar Perusahaan dengan Perkeso

Alhamdulilah hari ni sempat menyertai Ops Kesan Perkeso 2018 yang diadakan sekitar kawasan Mersing dan Endau, seperti biasa Ops Kesan ini adalah Operasi untuk memburu majikan yang masih gagal mendaftar Perusahaan dan juga pekerja dengan pihak Perkeso setelah tempoh pemutihan tamat 31 julai yang lalu, untuk makluman sebelum Ops Kesan digerakkan majikan di seluruh Negara telah diberi tempoh pemutihan selama sebulan bermula bulan Julai 2018 setelah tamat tempoh pemutihan maka Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan dengan pihak Perkeso segera di gerakkan. Untuk kali ini Operasi yang disertai kira-kira 18 anggota pejabat Perkeso Kluang telah di pecahkan kepada 6 kumpulan yang telah bergerak memulakan Operasi sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
2.Operasi yang diketuai sendiri Pengurus Pejabat Perkeso Kluang Encik Ahmad Suzaime Abd Aziz teah berjaya memeriksa kira-kira 57 premis di kawasan Mersing dan Endau, dari 57 Premis yang di periksa di dapati sebanyak 17 majikan telah di kompaun atas kesalahan gagal mendaftar Perusahaan dengan Perkeso mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di mana jumlah keseluruh nilai Kompaun adalah RM19,000.00
3.Pengurus pejabat Perkeso Kluang yang ditemui semasa Operasi ini menegaskan Ops Kesan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengesan majikan-majikan yang masih ingkar untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso,beliau memaklumkan mana-mana majikan yang mengaji sekurang-kurangnya 1 pekerja warganegara Malaysia wajib mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso, ini penting agar kebajikan pekerja terbela jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ketika bekerja, kemalangan ketika balik kerja atau kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja sepertimana melalui skim-skim yang ditawarkan Perkeso seperti skim bencana kerja dan juga skim Keilatan.
4.Pelbagai alasan lapuk diberikan pihak majikan untuk mengelakkan mereka dikompaun antaranya tidak ada masa untuk mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso, Pekerja sendiri tidak mahu dicarum dengan Perkeso, majikan tidak tahu dan macam-macam alasan diberi untuk menghalalkan perbuatan mereka yang gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak Perkeso, namun Alhamdulilah operasi Berjaya!

Jumaat, 27 April 2018

Bengkel Skuad Perkeso Prihatin 2018

1.Agak kepenatan sikit geng..dan agak lama serta tak berkesempatan untuk masuk ke blog ni,banyak sangat masa di tumpukan pada kerja dan keluarga aduhhh betul2 tak berkesempatan..Oh yaaa hari ni aku baru sahaja pulang dari menghadiri bengkel penyeragaman dan pengemaskinian semula SOP Skuad Perkeso Prihatin yang diadakan di Hotel Pasific  Regency Kuala Lumpur..Alhamdulilah banyak yang di bincangkan dan diputuskan pada bengkel tersebut..sudah pasti akan memberi impak positif..Inshallah Skuad ini akan memainkan peranan besar dalam menyelesaikan kes2 yang mendapat liputan media,NGO dan pimpinan Masyarakat dengan kadar segera Inshallah.
2.Sebenarnya Skuad Perkeso Prihatin ini adalah Skuad yang diwujudkan untuk bertindak segera apabila mendapat sebarang maklumat berkenaan Pencarum Perkeso yang ditimpa musibah dan kematian disebabkan kerja dan juga kematian bukan disebabkan kerja..sakit teruk dan lain2..dapat sahaja berita tak kira dari sumber mana sekali pun Skuad ini akan bertindak segera membantu Pencarum mereka Inshallah Skuad ini betul2 pantas dalam membuat kerja yang diamanahkan pada mereka..beribu ribu kes telah rerjaya diselesaikan skuad ini dalam jangkamasa  tidak lebih dari 7 hari sepertimana ditetapkan keatas Skuad ini!!!!
3.Hehehe ada masa nanti aku nak ulas satu persatu berkenaan kejayaan2 skuad ini Inshallah hehehe tu pun lau ada masa geng hehehe..

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2018


Sabtu, 14 April 2018

Fishing Bay Resort Teluk Buih Mersing 2018

1.Salam geng lama tak menulis hehehe, semalam kebetulan ada majlis kahwin di Mersing, so aku ambil kesempatan alang2 nak ke Mersing pi kenduri kahwin, aku bawa anak2 sekalai untuk bercuti walaupun sekadar 1 malam sahaja, 1 malam cukup lah!..bagi anak-anak mandi kolam dan laut sekali..so resort yang terbaik yang boleh hangpa pilih untuk resort yang mempunyai kolam dan laut di Mersing yang best adalah Fishing Bay Resort di Teluk Buih Mersing!
 
2.Geng..sebelum aku ke resort yang terletak di teluk buih Mersing ni ada jugak la aku tengok google view dari mereka2 yang pi sini hehehe ada positif ada negative..itu biasa la geng itu pendapat masing2 lah..tak pi kita tak tahu kalau pi baru tahu orang kata kikiki..sebab aku pun tinggal Kluang saje jadi tak jadi hal lah..tak bagus lain kali tak yah pi kan kan..lagi pun sebenarnya resort ni aku dah berkunjung 2-3 kali atas urusan keje kikiki..masa tu tak dak kolam lagi tapi la ni dah ada kolam agak cantik!hmm lama sebenarnya tak datang sini..
 
3.Aku daftar masuk resort jam 2.00 petang selepas Jumaat..pehhh makin cantik resort ni!!!Aku ambil resort Duluxe Room mengadap betul2 pantaiiiii..cukup muat untuk kami suami isteri dan 4 anak2 kecil kikiki..apa yang istimewa bilik ni hanya ada 4 sahaja yang betul2 tepi laut dan mengadap pantai hahaha..buka aje pintu bilik laut di depannya dan tinggal kat bilik ini bertemankan derungan ombak yang menghempas pantai huhuhuhu best geng!!!bilik luas!angin laut masuk bilik habaq hang!
 
 
4.Kawasan resort aku amat suka,tenang dan amat cantik geng..kawasan luas hangpa nak buat family day amat sesuai geng..kawasan redup..parking kenderaan langsung tak jadi masalah parking depan resort/depan bilik kita lahhhh hehehe..macam biasala aku tengok malam2 ramai yang bbq depan bilik aje huhuhu seronokla hangpa aku bawa budak2 ni mana la nak bbq bagai kikiki..
 
5.Pantainya ok cantik,tak kotor sepertimana dakwaan vmereka2 yang dah mai kikiki aku baca view dari yang terdahulu..pantai bersih la geng,cantik dekat plak dengan bilik..anak aku pas puas mandi pantai depa pi bantai mandi kolam plak..Alhamdulilah masa aku pi kolam bersih!!!kolam bersih dan pantai cantik...tenang tengok pulau tak jauh dari bilik aku tu!

6.Hehehe sarapan pagi depa sediakan untuk yang bermalam..alhamdulilah ada macam2 jugakla..kueh teow goring,kuih muih ,nasi lemat dan buah2..nasi lemak sedappppp sangat aduhhhh..geng kalau hangpa nak mai sini baik hangpa bawa tong ikan siap2 sebab sebelah resort ada jeti nelayan kampong yang jual ikan segar..betul2 segar geng!!!segar dan murah!!!


 

Khamis, 22 Februari 2018

Skuad Perkeso Prihatin amat membantu saya@Dua Maut motorsikal Bertembung

1.Skuad Perkeso Prihatin betul-betul 'prihatin',  mereka bertindak pantas dalam membantu saya menguruskan tuntutan Pencen Penakat anak saya, yang baru sahaja meninggal dunia pada 13 Februari yang lalu..itulah luahan bapa Allahyarham Faiz bin Razak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Felda Ulu Belitong Kluang,Johor Darul Takzim. Kata-kata tersebut diluahkan oleh Razak bin Puteh tahkala menerima kunjungan YB Vidyanathan a/l Ramanadhan Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor di kediamanya  di perumahan pekerja Ladang Sindora disini hari ini.
2.Menurut beliau pada malam 13 Februari lalu anaknya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di mana motorsikal yang ditunggangi anaknya telah bertembung dengan sebuah motorsikal yang lain dari arah bertentangan menyebabkan anaknya meninggal dunia di tempat kejadian.Anak ketiga dari empat adik beradik itu  masih bujang dan banyak membantu keluarganya..kehilangannya amat dirasai kami sekeluarga katanya..mengulas lanjut katanya pada hari pengkebumian arwah anaknya pihak Perkeso turut hadir dan menyampaikan rasa simpati organisasi itu terhadap apa yang menimpa keluarga kami, saya telah dimaklumkan yang arwah anak saya adalah pencarum Perkeso dan Perkeso memaklumkan yang arwah anak saya layak Pencen Penakat memandangkan caruman beliau memenuhi syarat kelayakan tuntutan pencen tersebut,lalu mereka meminta saya menyediakan dokumen-dokumen tuntutan dan berjanji esok harinya akan membantu saya melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut.
3.Alhamdulilah janji Skuad Perkeso Prihatin ini betul-betul ditepati. bukan janji kosong. terbukti esoknya pegawai Perkeso berkunjung ke rumah saya di Ladang Sindora dan merekalah yang melengkapkan segala dokumen tuntutan tersebut..merekalah yang mengisi borang tuntutan untuk saya Alhamdulilah semuanya berjalanan lancar. Hari ni mereka datang lagi bersama anggota Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor dan menyampaikan cek Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2000 kepada saya. Alhamdulilah,sekurang kurangnya arwah anak kami meninggalkan 'sesuatu' kepada kami.
4.Ibu dan Bapa Allahyarham bukan sahaja menerima faedah pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2000 bahkan mereka turut akan menerima bayaran Pencen Penakat sepanjang hayatnya..Pencen bulanan ini akan terus dimasukkan ke akaun Ibu Bapanya sepanjang hayat mereka.