Isnin, 27 April 2015

Putus pergelangan kaki kemalangan jalan raya@tuntutan perkeso

 
1.Antara kes yang aku siasat hari ni adalah melibatkan kes kemalangan seorang Penolong Pengurus di Ladang Lambak/Elaeis hehehe..entah betul entah tidak nama elaeis yang aku eja tu hahaha..kes ini melibatkan kes kemalangan jalan raya dimana Penolong Pengurus ni dalam perjalanan balik dari mengisi minyak petrol motorsikalnya yang kehabisan minyak dan hendak masuk ke Ladang semula...untuk makluman setiap ladang tidak dibenarkan simpan petrol geng..jadi mahu tidak mahu nak kena isi minyak tiap2 hari..motorsikal yang digunakan milik kompeni ladang la...diberi khas untuk tugas2 kerja..minyak dibeli pun guna akaun ladang..sebut aje kot bla bla bla pembelian petroleum akan diluluskan masuk akaun ladang ni hehehe tak yah bagi tunai.
 
 
2.Kemalangan ini sememangnya diterima sebagai bencana kerja oleh pihak perkeso kerana ia melibatkan perjalanan berkaitan kerja dan mengisi minyak petroleum ke dalam motorsikalnya adalah rutin hariannya beliau dan itulah stesen minyak rasmi ladang tersebut hehehe..tak isi minyak maka tak jalan lah motorsikal..macam mana nak ronda ladang geng..
 
 
3.Aku siasat macam biasala...seperti kes2 tuntutan kemalangan perkeso yang lain jika melibatkan kemalangan jalan raya semua kena siasat..termasuk yang kemlangan,saksi,bos ladang termasuk juga stesen minyak tersebut hahahah senang aje boleh tengok transaksi pembelian minyak tu pun hehehe senang kan kan..
 
 
4.Dalam kes ini perkeso menerimanya sebagai bencana kerja dan bayaran cuti sakit Feadah Hilang Upaya Sementara (FHUS) akan dilakukan secepat mungkin...kesian aku tengok Penolong pengurus ni..cedera parah pada bahagian kaki beb..pergelangan kakinya putus dilanggar kereta dari arah bertentangan...InshaAllah banyak kemudahan yang akan perkeso berikan padaya nanti...itu pun berdasarkan pengesyoran doctor. OK geng aku rest dulu penat beb..siasat kes main tulis tangan geng bukan pakai computer hahahaha..

Jumaat, 24 April 2015

COMBI Impiana Casa bersihkan kawasan 'pembiakan' Nyamuk

 
1.Skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang yang baru saja ditubuhkan tidak mengambil masa yang lama untuk turun padang...atas semangat dan kerjasama yang erat antara ahli DEVIT COMBI Impiana Casa dan hasil kerjasama pemaju perumahan Matrix satu usaha untuk membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes telah diambil.Kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk terlebih dahulu telah dikenal pasti oleh Ahli DEVIT COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang sebelum ia dimajukan pada pihak terlibat.
 
 
2.Kawasan lapang yang didapati terbiar  dan terletak berhampiran kawasan perumahan telah menjadi tempat buangan sampah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cetak akal fikirannya,jika dibiarkan kawasan ini berpotensi mengundang malapetaka jika berlakunya pembiakan nyamuk Aedes dikawasan tersebut.
 
                               Syed Jamalil Syed Kassim Pengerusi COMBI Impiana Casa
 
3.Atas kesedaran inilah satu kata sepakat telah diambil untuk memohon bantuan pemaju perumahan matrix bagi membersihkan kawasan tersebut,dan Alhamdulilah permintaan Skuad COMBI Impiana Casa ini ditunaikan hasil kerjasama erat kedua-dua pihak. Operasi pembersihan telah dijalankan dengan pantas,kini kawasan lapang yang dahulunya penuh dengan sampah sarap kini telah bersih dan tidak lagi menjadi tempat pembiakan nyamuk.Sekalung tahniah kepada skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang..anda telah bertindak dengan cukup bagi untuk penduduk Impiana Casa!!!
 
 
 
 
 
 

Khamis, 23 April 2015

susulan kes kaki pancing maut ditimpa pokok@tuntutan perkeso

 
1.Hari ni aku bersama rakan setugas telah ke Kampung Pengkalan Batu Mersing, satu kes kejadian melibatkan 2 kematian kerana di timpa pokok tumbang di hutan Taman Bahtera Jemaluang Mersing.Untuk makluman kes ini mendapat liputan meluas media cetak di mana dikatakan 2 pemuda ini adalah kaki pancing yang masuk ke hutan berkenaan untuk memancing dan bermalam di hutan tersebut, pada sebelah malamnya ketika mereka sedang nyeyak tidur Pokok secara tiba-tiba tumbang dan menghembab kedua-duanya menyebabkan mereka meninggal dunia ditempat kejadian.
 
 
2.Untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan mengentahui cerita sebenar aku bersama rakan setugas telah ke rumah salah seorang mangsa kejadian tersebut iaitu Allahyarham Rizal bin Ismail berumur 33 tahun,aku ke rumah arwah kerana hasil semakan mendapati arwah pernah mencarum dengan pihak PERKESO  dan siasatan mendapati waris beliau layak untuk mendapat Faedah pencen Penakat (pencen bulanan) kerana caruman arwah dengan perkeso mengcukupi syarat kelayakannya, Alhamdulilah urusan kami dipermudahkan. Namun untuk Allahyarham Hanafi Abd Rahman 42 pula semakan mendapati arwah tiada caruman dengan pihak PERKESO dan waris beliau sekaligus tidak layak untuk menerima pencen penakat dari perkeso.
 
3.Ketika kami mengunjungi kediaman arwah Rizal bin Ismail di kampung Pengkalan Batu Mersing, semua waris arwah ada di rumah, dan kebetulan juga Isteri arwah juga ada dan memudahkan urusan kami. Setelah memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan kami ke rumahnya beliau menadah tangan penuh kesyukuran, Isteri arwah langsung TIDAK mengentahui yang arwah suaminya mencarum dengan PERKESO dan beliau langsung tidak mengentahui yang beliau sebagai WARIS (Isteri dan anak) adalah layak mendapat FEADAH PENCEN PENAKAT daripada pihak PERKESO ekoran kematian suaminya di Hutan Taman Bahtera Jemaluang pada 19/04/2015 yang lalu..oleh yang demikian mereka sekeluarga cukup2 terharu dengan kunjungan kami yang cukup bermakna itu.
 
 
4.Arwah sebenarnya bersama 4 rakan beliau (kaki pancing) telah masuk ke hutan Taman Bahtera Jemaluang sejak 2 hari 1 Malam yang lalu..mereka memancing disitu dan mengambil keputusan untuk bermalam, jam 4.00 pagi sedang nyeyak tidur dikatakan tanpa ribut atau hujan tiba2 pokok tumbang secara tiba2 lalu menghembab 2 kaki pancing tersebut, manakala 2 lagi rakan mereka terselamat walaupun mereka tidur berhampiran antara satu dengan yang lain. Salah seorang rakan yang terselamat telah menghubungi ayah Arwah rizal bin Ismail dan ayah beliau telah ke tempat kejadian dan mengeluarkan mangsa yang didapati telah meninggal dunia (panjang ceritanya tapi aku ringkaskan aje la ).
 
 
5.Habis cerita bab kejadian yang menimpa arwah di hutan..selepas itu bermula lah kami mengumpul semua dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan Pencen PENAKAT dengan pihak PERKESO, Alhamdulilah semua dokumen yang diperlukan semuanya ada dan lengkap..sesungguhnya semua urusan kami dipermudahkan pada hari tersebut, dan alhamdulilah kes tuntutan ini BERJAYA diselesaikan pada hari yang sama. Syukur kehadrat Ilahi sedikit sebanyak dapat membantu pencarum ini...saya yakin jika kami tidak ke rumah arwah dan tidak berjumpa dengan warisnya sudah pasti BELIAU TIDAK TAHU bahawa kematian suamianya adalah melayakkan beliau mendapat pencen PENAKAT kerana suaminya adalah pencarum PERKESO sebelumnya. Alhamdulilah aku yakin dengan duit pencen yang kami salurkan ini ia sedikit sebanyak mampu menyara kehidupanya bersama seorang anaknya. Untuk makluman pihak PERKESO akan membayar pencen ini kepada isteri arwah sehingga sepanjang hayatnya, untuk anak pula sehingga si anak berumur 21 tahun atau mendapat Ijazah Sarjana Muda. Bab2 pencen penakat sila rujuk pada post aku yang lalu..kalau nak tahu lebih lanjut.
 
 
6.Ini adalah salah satu contoh yang jelas bagaimana kami sedaya upaya membantu pencarum..telah beratus dan beribu kali kami war warkan...tentang faedah2 mencarum dengan perkeso namun masih ada yang tidak mengambil tahu dan tidak tahu hak2 mereka..marilah sama sama membantu kami untuk membantu anda. Selagi terdaya..selagi ada kudrat aku akan tulis dan terus menulis berkenaan PERKESO di blog ini..lantak la nak jemu ke tak nak baca ke...aku yakin ada yang mahukan maklumat sebegini. OHhhh yaaa..untuk makluman setiap post di blog ini tiada kaiatan dengan pihak PERKESO dan pihak perkeso pun aku yakin tak tahu dan tak pernah masuk pun ke blog aku ni hahahaha jadi blog ini tiada kena mengena dengan depa dan tiada tajaan dari depa pun ehhhh..aku bhuat ikhlas untuk membantu pencari2 maklumat berkenaan perkeso aje hahaha..cuma dek kerana aku bekerja dengan perkeso jadi banyaklah maklumat yang ada boleh aku kongsikan..tertakluk pada akta OSA juga la...
 
 
hehehe thanks pejabat kesihatan Daerah Kluang..dapat surat perlantikan sebagai ahli DEVIT COMBI hehehe..berkhidmat untuk masyarakat selagi hayat dikandung badan
 

Rabu, 22 April 2015

Penubuhan Skuad COMBI Impiana Casa Meriah

 
1.Alhamdulilah pada 11/4/2015 secara rasmi tertubuhnya Skuad COMBI di Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang Johor.COMBI adalah singkat kepada maksud (Communication for Behaviour Impact) atau pun bermaksud Komunikasi untuk perubahan tingkahlaku. Antara tugasan utama skuad yang ditubuhkan ini adalah untuk mencegah wabak penularan khususnya Demam Denggi. Skuad COMBI ini bakal ditugaskan untuk membuat kerja kerja pencegahan, mempromosi cara-cara pencegahan dan sebagainya. Setinggi-tinggi perhargaan kepada ahli-ahli DEVIT COMBI Impiana Casa yang bertungkus-lumus sejak dari mula dalam menjayakan majlis penubuhan skuad COMBI ini,tak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada pejabat Kesihatan Daerah Kluang yang begitu memainkan peranan cukup penting dalam merealisasikan penubuhan skuad COMBI ini.
 
 
2.Untuk permulaan penubuhan awal skuad COMBI ini bermula dengan pemilihan seramai 20 orang penduduk Impiana casa untuk menjadi Ahli DEVIT skuad COMBI.Skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian ini di ketuai oleh Encik Syed Jamalil bin Syed Kassim dan dianggotai 19 Ahli DEVIT yang lain, serentak dengan penubuhan skuad COMBI pada 11/4/2015 satu mesyuarat yang kali pertamanya telah diadakan pada 22/4/2015 untuk merancang dan merencanakan serta menyusun pelbagai aktiviti untuk perjalanan skuad ini dalam mencegah deman denggi. Selain itu taklimat untuk kali yang keduanya berkenaan COMBI juga telah disampaikan pada malam tersebut dan pada malam itu juga acara penyerahan sijil lantikan ahli DEVIT COMBI juga telah diadakan,selain Sijil lantikan Ahli DEVIT COMBI turut di edarkan adalah Vest anggota COMBI.
 
 
3.Untuk mengeratkan hubungan diantara ahli2 DEVIT COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian sebaik sahaja selesai mesyuarat COMBI telah diadakan pula acara sampingan BBQ dan jamuan pelbagai juadah yang masing2 disumbangkan oleh ahli skuad COMBI ini.
 


Tuntutan perkeso pekerja SAJ Kluang@kemalangan jalan raya


1.Salam geng..hari ni antara kes yang aku siasat adalah kes kemalangan melibatkan pekerja Syarikat Air Johor (SAJ) Cawangan Kluang..pekerja ini setiap hari berulang alik dari rumah beliau di kampung Parit Haji Arshad Yong Peng ke tempat kerjanya di SAJ Kluang..jauh jugak perjalanan beliau setiap hari untuk ke tempat kerja..vromm vromm mengunakan motorsikal..lagi cepat dan jimat kan guna motorsikal..kalau aku pun guna motorsikal boleh selit2 hehehe..

2.Satu hari dikatakan semasa sedang dalam perjalanan hendak ke tempat kerjanya di SAJ Kluang..ketika sedang melalui bulatan jalan batu pahat(dah tak jauh dari tempat kerja) tiba2 sebuah Van melanggarnya dari arah belakang menyebabkan beliau jatuh ke atas jalan raya…terus pengsan geng…van yang langgar pun tak tahu lari kemana..koma 2 minggu beb..Alhamdulilah walaupun kecederaan beliau agak parah..teruk di bahagian kepala..namun semangatnya kuat..beliau beransur pulih walaupun dengan daya ingatakan yang agak perlahan..mungkin kesan gegaran dan kecederaan teruk pada kepala..

3.Kes ini aku siasat dengan segera..almaklumlah pihak majikan pun satu hal lambat melapor kemalangan..sepatutnya bila  dah dapat cuti sakit 4 hari segeralah lapor pada pihak perkeso..ini tidak!!!depa tunggu sampai 4 bulan baru lapor adooo…entahlah dah banyak kali aku dok peringat dan banyak kali ajar cepat2 hantar laporan kemalangan jika pekerja kemalangan dalam perjalanan pergi atau balik kerja ..tapi dok macam tu jugak..harap lepas ini kalau hangpa ada pekerja yang terlibat dalam kemalangan berkaitan kerja usahlah tunggu lama2 cepat2 la hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso.

4.Kes kemalangan ini telah selesai siasatannya..sampai aku terpaksa masuk kawasan yong peng sanaaaa hehehe Yong peng kawasan batu pahat..hehe terpaksa langgar sempadan gara2 nak bantu cepatkan proses bayaran tuntutan perkeso untuk pekerja ini.Alhamdulilah selesai…bayaran perkesonya telah pun dibuat..puas hati dapat membantu beb..

Jumaat, 17 April 2015

syarat kelayakan caruman tidak mencukupi@waris Ibu tunggal gagal mendapat pencen penakat

 
1.Hari ni sempat ke Mersing untuk membantu mengesan waris seorang Ibu tunggal yang disyaki mati dipukul teman lelakinya..kes ini hasil daripada laporan media cetak berkenaan kes tersebut, maka berkejarlah aku ke mersing untuk menjejaki dan mencari waris si mati untuk mendapatkan maklumat bagi memudahkan semakan dilakukan sama ada si mati pernah mencarum dengan perkeso atau sebaliknya..
 
2.Semasa lawatan dibuat didapati rumah ibu bapa simati tak berpenghuni...setelah bertanya pada jiran tertangga barulah aku tahu bahawa pada hari tersebut jenazah si mati baru sahaja dibawa balik dari hospital kerana perlu melakukan post morten/forensic hm hm...ingatkan jenazah dah di kebumikan...mahu tak mahu aku pi jugaklah ke Tanah perkuburan..apa nak buat dah namanya kerja..namun dalam hati terdetik juga masa sebegini sememangnya tak sesuai untuk aku bertanya macam2 pada waris..cukup dapatkan salinan atau no kad pengenalan dah cukup baik dah tu..dah boleh buat semakan dah..
 
 
3.Tunggu sehingga selesai proses pengkebumian mereka akhirnya beri aku permit pengkebumian..maklumat itu sudah cukup dan membolehkan semakan dilakukan...setelah semakan dilakukan ternyata Arwah ibu tunggal ini tidak mencukupi syarat kelayakan carumanya...apa nak buat..tidak dapat hendak ku bantu lagi..tiadalah pencen penakat untuk warisnya...arwah mempunyai anak2 yang masih belajar..simpati aku...arwah bekerja di kedai2 makan kecil..inilah yang aku sering ingatkan..tak kiralah perniagaan kedai makan ka restoran ka kedai runcit ka...carumlah pekerja kalian dengan PERKESO...dalam kes ini terasa ralat sangat aku tak dapat membantu...
 
 
 
 
 

Khamis, 16 April 2015

Felda tenggaroh 3@percepat tuntutan pencen penakat perkeso kes kemalangan maut

1.Salam geng..semalam bergegas ke Felda Tenggaroh 3 untuk berjumpa waris Arwah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM 48 Jalan Johor Bharu-Mersing kemalangan tersebut menyebabkan Siti Mariam Hamid meninggal dunia di tempat kejadian bersama suaminya.Berita berkenaan kejadian kemalangan ini telah tersebar melalaui laporan beberapa akhbar tempatan..katanya arwah baru sahaja melangsung perkahwinan keduanya..
 
 
2.Setelah mendapat berita kejadian kemalangan ini pihak kami(PERKESO) telah segera mengambil tindakan awal (kami panggilnya sebagai tindakan PRO AKTIF) dengan membuat semakan kepada setiap mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut itu untuk menyemak sama ada mangsa ada membuat caruman dengan pihak PERKESO atau sebaliknya.Hasil semakan mendapati arwah Siti Mariam Hamid ada membuat caruman dengan PERKESO dan semakan kelayakan umur beliau pula masih belum menacapai umur 60 tahun dan ini membolehkan dan melayakkan waris arwah yakni seorang anak bonsunya yang berusia 19 tahun mendapat Fedah Pencen Penakat ekoran kematian beliau. Oleh kerana waris arwah adalah anak maka anak bongsu beliau ini akan mendapat pencen penakat yang dibayar secara bulanan sehinggalah beliau berumur 21 tahun atau sehinggalah mendapat Ijazah pertama jika sekiranya beliau masih belajar.Alhamdulilah lawatan aku ke Felda Tenggaroh 3 untuk berjumpa waris dipermudahkan urusannya oleh Allah s.w.t dan kes tuntutan pencen penakat ini dapat Berjaya diselesaikan dalam hari yang sama. Aku yakin jika pihak kami tidak ke rumah waris atau aku tak pergi jumpa waris (anak2 arwah) mungkin juga waris tidak tahu yang arwah ibunya pernah mencarum dengan perkeso dan kematian ibunya membolehkan waris menuntut pencen penakat bagi yang layak..Alhamdulilah inilah yang mampu kami tolong...ini yang dilaporkan akhabar...yang tak dlaporkan akhbar tolonglah segera ke pejabat perkeso untuk menyemak sama ada si mati pernah mencarum dengan perkeso atau tidak..jangan risau pihak kami akan membuat semakan dengan segera TIADA BAUARAN SATU SEN PUN DIKENAKAN!!!!!Tolonglah PIHAK kami untuk MEMBANTU anda!!!sepertimana yang aku telah post kan dalam blog ini berkenaan pencen penakat maka kalian carilah dalam blog ini,catatan berkenaan pencen penakat cukup lengkat kat situ...yang pasti..kalian kena buat semakan..cukup syarat caruman dan kelayakan umur maka boleh lah buat tuntutan pencen penakat.
 
 
3.Ok geng cukuplah setakat ini..sikit masa lagi akan ku catatkan lagi perjalanan aku dalam membantu para pencarum perkeso..dalam blog aku sengaja menulis bab2 macam ni..aku yakin tak ramai pun yang menulis bab2 sebegini dan tak ramai pun akan membacanya tapi takpela aku anggap ini kerja kebajikan kerana Allah..muga2 ia sedikit sebanyak membantu dan menambah ilmu si pencari maklumat..BLOG ini tidak ditaja dan tiada kaitan dengan PIHAK PERKESO!!! pihak PERKESO pun aku yakin tak pernah masuk ke blog aku ni wakakakakakakaka..
 
 

Isnin, 13 April 2015

kes bunuh pekerja Econsave Kluang:PERKESO bertindak segera selesaikan proses tuntutan

 
1.Alhamdulilah semalam aku ke Felda Ulu Dengar untuk menyelesaikan satu kes tuntutan PERKESO berkaitan kematian pekerja pasaraya Econsave Kluang yang telah dibunuh bekas tunangnya di tempat kerja beliau.Kes ini masih dalam siasatan Polis dan semasa catatan ini dibuat pembunuh masih belum berjaya ditangkap.
 
 
2.Macam biasa siasatan aku di pihak PERKESO lebih menjurus sama ada kes itu boleh disahkan sebagai bencana kerja atau sebaliknya.Setelah siasatan dibuat kami berpuas hati kes ini boleh disahkan sebagai bencana kerja memandangkan kes itu berlaku ditempat kerja dan berlaku tahkala dalam waktu rehat yang dibenarkan,bagaimana kejadian berlaku sememangnya semua sedia maklum..dan aku berpeluang meneliti CCTV kejadian tersebut..tapi biarlah dek kerana kes ini belum selesai di pihak POLIS maka elok aku tak menyentuhnya..sama ada dari segi kronologi kes atau cerita di sebelah keluarga arwah si mati..takpa la cukup setakat tu..sensitive kes ini,jadi memadai setakat itu sahaja.
 
 
3.Setelah kes ini disahkan bencana kerja maka sudah pasti warisnya yakni kedua ibu bapa dan adik bongsunya yang berusia 18 tahun layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) senang cakap kedua-dua Ibu dan Bapanya akan menerima pencen seumur hidupnya manakala adik arwah akan menerima sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat Ijazah Pertama,berkenaan FOT aku dah terang panjang lebar dalam post2 di blog ni yang lepas..hm cuba cari sendirilah.
 
 
4.Alhamdulilah Cek pembayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM1500 juga telah selesai dibuat pada hari ni,sebenarnya aku cukup2 simpati pada keluarga arwah..apa nak buat sudah sampai masanya arwah pergi dengan suasana dan kejadian sebegitu..kesian juga pada rakan sekerja yang menyaksikan kejadian tersebut..ketika sesi siasatan dibuat aku dapati emosi beliau masih tidak stabil dan menangis..aku yakin beliau cukup2 trauma dengan kejadian tersebut..apatah lagi arwah selepas ditikam saspek jatuh dan rebah sambil memegang kaki rakan sekerja(saksi) ini.
 
 
5.Apa pun Alhamdulilah Ibu arwah yang aku jumpa di kediamannya cukup tabah!!!beliau tidak menunjukkan kesediahan walaupun hakikatnya aku benar2 yakin beliau cukup2sedih dengan kejadian malang yang menimpa anak ke 11 nya itu..bahkan beliau ku lihat mengagahkan diri untuk menguntum senyumannya pada aku..Allahuakbar.beliau cukup tabah!!!
 

 
6.Seringkali aku ingatkan kepada pengunjung blog ini...pastikan adik2 anak2 sahabat2 kita mencarum dengan perkeso seandainya mereka bekerja...bukan apa..aku cukup risau jika sesuatu yang tidak diingini berlaku maka tiadalah pembelaan dan tiadalah kebajikan kepada keluarga yang kita tinggalkan :(

Selasa, 7 April 2015

Siasat kes kemalangan@ladang lian seng paloh@Claim socso

 
1.Salam geng..hari ni aku siasat kes kemalangan jalan raya (hehehe sebenarnya jalan ladang) yang melibatkan pekerja ladang lian seng paloh..ladang Lian Seng sebenarnya kepunyan Yong Peng Realty Sdn Bhd..ladang nyer ok jalan nak masuk ke ladang juga berturap so tak jadi masalah untuk masuk ke ladang tersebut.
 
 
2.Macam biasala kes kemalangan yang aku siasat hari ni juga melibatkan kejadian kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak balik ke rumah dari tempat kerja.Kemalangan ni melibatkan pekerja yang menunggang motorsikal telah melanggar anjing dan menyebabkan hilang kawalan dan jatuh ke atas jalan ladang.
 
 
3.Untuk makluman kejadian kemalangan jalan raya semasa pergi atau balik kerja yang mana untuk membuat tuntutan dengan pihak perkeso/socso maka wajib membuat laporan polis,dalam kes seperti langgar anjing sebegini juga laporan polis tetap perlu dibuat walaupun langgar anjing atau apa jua binatang hahahaha tak kira la kerbau ka gajah ka kambing ka..laporan polis wajib kena buat dan disertai peta lakaran arah perjalanan hendak balik ke rumah atau hendak ke tempat kerja atau  sebagainya.  
 
 
4.Selepas siap laporan polis,peta lakaran arah tujuan lokasi perjalanan misalnya dari tempat kerja hendak balik ke rumah juga perlu disertakan, pastikan dapat 4 hari cuti sakit,kepilkan bersama borang 21 dan borang 10..bab2 borang tu hangpa tak payahla nak sibuk2 tu bagi kat pihak majikan hangpa ..pandai2 la dia uruskan.
 
5.Hari ni kes ini memang bencana kerja sebab kemalangan itu berlaku dalam perajalanan beliau hendak balik ke rumah setelah selepas selesai bekerja dan perjalanan hendak balik ke rumah itu tiada lencongan..

6.Hehehe senangkan nak buat claim/tuntutan dengan pihak perkeso/socso kan kan...lau tak paham2 lagi tak tahu la aku wakakakakakakaka..sila rujuk balik post2 berkaitan yang dah berpuluh kali di ulang ulang hahahahaha..

Sabtu, 4 April 2015

Jamuan Teh Rakyat@Kluang Johor

 
1.Hari ni sempat ke Majlis Jamuan Teh Rakyat sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim@ Sultan Johor yang diadakan di Dataran Tasik Kluang..Majlis Jamuan Teh Rakyat peringkat Daerah Kluang ni cukup meriah..dengan ribuan hadirin yang hadir..Alhamdulilah cuaca pun agak baik..boleh sekadar nak santai2..namun macam biasalah nak cari parking berpusing-pusing hahaha ada kad jemputan VIP pun pusing 2-3 kali baru depa benar masuk parking..takpa la kita faham orang ramai sangat katakan..
 
 
2.Ramai juga kenalan2 yang sempat aku jumpa kat majlis ni hehehe maklumlah dah lama tak join Majlis rasmi sebegini kikiki..ramai jugak lah kenalan-kenalan lama yang bertanya khabar..ingat lagi la depa ni kat aku hahaha..dulu majlis2 sebegini leh dikatakan menjadi rutin..kini sibuk sikit tak sempat nak join geng..


3.Majlis yang berlangsung jam 1.45 petang tadi tamat jam 4.00 petang...DYMM Sultan berangkat balik maka aku pun berangkat balik jugak la hehehe...tadi duk semeja dengan geng2 VIP..duk semeja geng VIP ni nak makan banyak pun segan kakakaka...untungnya kalau duk tempat rakyat jelata tak de protocol..maka kita nak hentam makan sampai penuh perut pun tak pa...hahaha lain plak halnya lau duduk meja VIP nak makan pun kena control...takpa2 dah biasa dah macam ni..bawa nama jabatan kita kena jaga tingkah laku..itu jadi pegangan aku..cakap,borak2,makan2 semua kena jaga hehehe..ikutkan hati nak aje dok tempat awam hahahaha macam2 leh bantai makanan..apa nak buat :)
 
 
4.Makanan kat meja VIP tadi tak la beberapa berat..makanan yang di hidang antaranya mihun goreng dan roti jala..ada la kuih2 sampingan tu...ni kat meja VIP..yang untuk rakyat  awam aku tak berapa pasti..tak sempat nak pusing tadi orang ramai sangat.lagipun nak berkejar sembahyang Zohor plak tu ..sib baik sempat.
 
 
 
5.Pelbagai persembahan diadakan termasuk tarian zapin,nyayian Ameng Spring dan banyak lagi la..persembahan ok..cuma nak snap gambar tidak beberapa sempat lagi pun duduk meja VIP gerak geri terbatas hahahaha nanti orang bosan asyik nak snap gambar aje :)
 
 
hehehe dapat ni....sebagai kenang-kenangan :)
 
 

Khamis, 2 April 2015

Makan Malam KRT Impiana Casa



 
1.Salam geng..minggu lepas sempat berkumpul bersama rakan-rakan SRS Impiana Casa Taman Seri Impian..hahaha berkumpul konon-kononya untuk Majlis makan malam hehehe..bila dah berkumpul ni memang meriahla beb..sebenarnya seronok sangat dapat bersama rakan2 ni..hilang penat bekerja buat sementara waktu beb..macam-macam cerita leh dikongsikan bersama.
 
2.Sebenarnya tiap2 malam kami berkumpul..bersama sama meronda taman kesayangan ini..namun berkumpul untuk meronda taman tidaklah semeriah berkumpul untuk makan hahahaha..berkumpul untuk makan riuh rendah beb..bergegar restoran dengan gelak ketawa kita orang...pendek kata jenuh la nak makan malam tu...jap2 ambil makanan hehehe..kurang kasi tambah lagi..Alhamdulilah..kenyang malam tu..berbaloi la dengan bayaran nye hehehe..

 
3.Hidup bermasyarakat perlu bercampur gaul..saling bertanya khabar..kalau duk aje kat rumah,tak bercampur masyarakat kita tak ke mana gak...sekurang-kurangnya jika ada masalah ada yang sedia membantu..itu untungnya hidup bermasyarakat
 

4.Hehehe siap de kek lagi..hohoho pakak2 kongsi..thanks kawan2..hangpa semua memang terbaik..gelagat hangpa semua salah satu terapi kepenatan kerja aku hahaha..