Jumaat, 31 Ogos 2018

49 Kompaun di keluarkan kebanyakkannya Kantin Sekolah@Gagal daftar Perkeso!

1.Salam kemerdekaan ke 61 geng,sayangi Malaysiaku hehehe..selamat berehat disamping keluarga tersayang,hari cuti katakan kikiki..geng maaflah aku nak habaq sikit berkenaan kesedaran di kalangan majikan terutamanya majikan-majikan yang terdiri dari pengusaha-pengusaha kantin-kantin sekolah, kantin-kantin kilang dan kedai2 makan terhadap kepentingan mendaftar perniagaan dan membuat caruman Perkeso untuk pekerja-pekerja mereka masih berada pada tahap kurang memuaskan lagi banyak lagi yang tak mendaftar dengan Perkeso walaupun telah mengentahui akan fungsi dan kewajiban mereka mendaftar pekerja dan membuat caruman kepada Perkeso..ini banyak berlaku terutamanya di kawasan2 bandar kecil dan sederhana kecil macam tempat aku ni hah..hehe aku percaya tempat hangpa pun sama.. tak tahu la depa mungkin ambil ringgan bab2 Perkeso ni..orang kata tak kena maka tak buat la rileks2 dulu kikiki..dah kena maka baru nak menyesal..tapi menyesal tu biasanya terpaksa dibayar dengan harga tinggi..umpamanya berlaku kemalangan melibatkan kehilangan nyawa baru nak daftar Perkeso hm hm masa tu tiada gunanya lagi geng..jangan ingat kantin2 sekolah atau kantin2 kilang atau warung pekerjanya tidak terdedah pada kemalanga di tempat kerja atau kemalangan jalan raya??hohoho la ni nak habaq mai kemalangan ni macam2 cara dan gaya boleh berlaku..yang tak terfikir boleh jadi pun ia terjadi masa kini..
2.Ambik contoh yang mudah..sepanjang bulan Julai 2018 kami di Perkeso Kluang telah menjalankan Operasi Pemutihan..di mana majikan diberi tempoh sebulan untuk mendaftar perniagaan mereka tanpa dikenakan sebarang tindakan kompaun..masa diberi sebulan tu amat2 memadai..la ni jangan dok habaq pasai tak tahu lah kena daftar Perkeso..tak de masa lah nak daftar..tu alasan2 nak menunjukkan kita masih dok dalam gua..orang duk dalam gua pun tahu maklumat2 terkini zaman2 la ni kanak pun dah pandai selpi ni hahaha..so alas an bukan2 tu buat aku mengantuk ada la adeiii..so dalam tempoh pemutihan tu biasalah tak dak sambutan la sebab benda free dan tak kena kompaun kikiki bila habis tempoh pemutihan..bermula 1 Ogos 2018 yang lalu dan berakhir 30 Ogos 2018 OPS Kesan untuk mengesan majikan2 ingkar ini terus digerakkan..dalam Ops itu kebanyakkan di periksa sudah pasti targetnya tadi..hasil pemeriksaan terhadap kantin2 sekolah dan pengusaha makanan/warung/kedai makan tadi sebanyak 117 premis telah dilawati dan di periksa..dari jumlah tu sebanyak kira-kira 49 kompaun telah dikeluarkan melibatkan kantin2 sekolah dan pengusaha makanan yang gagal mendaftar Perniagaan mereka dengan Perkeso walaupun mempunyai sekurang-kurangnya 1 pekerja!!!49 kompaun ini melibatkan 49 pengusaha!!!!!pehhhh..banyak kan geng..bukan bab kompaun nak cerita tapi bab kesdaran kita masih di takuk lama walaupun pelbagai usaha dibuat..hangpa tahu kalian tahu akan Perkeso dan funsinya dan akan kewajibannya untuk mendaftar dengan Perkeso supaya pekerja terbela namun hangpa masih mengambil sikap tunggu dan tunggu dengan harapan Perkeso tidak membuat Operasi dan hangpa selamat...tahun depan benda yang sama hangpa ulang sampai habis kontrak tender hahaha..sayangnya hangpa tak tahu sebenarnya  hangpa belum benar-benar MERDEKA lagi dalam erti kata sebagai majikan yang bertanggungjawab!!!!hangpa zalim pada Pekerja dengan tidak melindungi pekerja hangpa dengan tidak mebuat caruman dengan Perkeso..jika berkaku apa2 kemalangan dan kematian hangpa sanggup ke membela nasib anak2 bini pekerja hangpa buat seumur hidup mereka???Jom masih belum terlambat untuk mendaftar pekerja2 kalian dengan Perkeso..ayuhh kunjungi mana2 pejabat Perkeso terdekat..hangpa serah diri Inshallah tak kena kompuan hehehe..apa yang lebih penting pekerja kalian dilindungi Perkeso :)
Salam kemerdekaan ke 61
Sayangi Malaysiaku
Sayangi keluarga
Sayangi PekerjaMU

Sambutan Hari Kebangsaan ke 61@Kluang Johor :)

1.Sayangi Malaysiaku..selamat menyambut hari kebangsaan kali ke 61 geng, hari ni wa and the geng dari Perkeso Kluang macam tahun2 yang lepas macam biasalah kena kerah untuk menyertai sambutan hari kebangsaan ni jugak kikiki..kalau tak kerah makanya tido syok wooo kikiki tapi tiap2 tahun wajib sertai laaah..so seawall jam 6.30 pagi dah gerak ke tempat sambutan hari kebangsaan peringkat Daerah Kluang ni..hehe dengan perut kosong tak sempat makan apa2 tapi perut still buncit kikiki maka bergeraklah keluar dari rumah sepertimana diarahkan kikiki..kena pi awal..kalau pi lambat takut payah nak parking keta geng..biasa majlis sambutan ni dibuat kat jalan rambutan depan Kluang Mall 100 tapak kalau jalan kaki dari pejabat aku geng..tapi tahun ni diubah ke dataran tasik putih Kluang jauh sikit dari pejabat wa beb..tapi ini tapak asal yang dah sinonim dengan majlis sambutan hari kebangsaan pun..
2.Ohhh yaaa geng.. sambutan hari kebangsaan pertama dibawah Pemerintahan Kerajaan baru Pakatan Harapan hehehehe  Alhamdulilah hehehe mana mana lah kikiki..tiada beza sangat dari segi sambutannya..begitu juga dengan aktiviti/persembahannya..perbarisan macam biasa dan ada sedikit persembahan, dan juga bacaan perutusan wakil Menteri Besar..juga macam tahun2 yang lalu hehehe..cuma kat tasik putih ni panas geng tak tahan wooooo..kena plak bacaan perutusan panjang lebar aiyaaa mandi peluh wa cakap lu kikiki..tak heran ramai yang tinggalkan perbarisan pi dok bawah pokok cari teduhan hahahaha..so nak buat macam ne tahan tak tahan kot..nak kata tak patriotik tak boleh jugak gang karang ada yang kena strok haba tak pasal2 geng..
3.Hahahaha tahun ni jugak pertama kali wa sertai perbarisan geng kikiki..rasala jugak jalan-jalan dan jumpa kawan2 lama..tahun2 lepas wa tak sertai perbarisan sebab dok atas sana kikiki tahun ni dapat rasa jalan2 best gak la..Hmmm perbarisan habis jam 10.00 so habis program tu cepat2 cari makan kikiki lapar wa cakap lu..hehehe
4.Geng jika kita diarah untuk hadir menyertai program rasmi sebegini dan berlaku kemalangan semasa pergi ke majlis atau balik dari majlis atau semasa majlis berlangsung bagi para pekerja sektor swasta dan badan berkanun yang mencarum Perkeso hangpa boleh claim dengan pihak Perkeso hahahahaha. lagipun banyak jugak sector swasta seperti kilang2 ambik bahagian hari ni geng...dek sebab nya ini majlis rasmi dan majikan hangpa arah hangpa hadir sertainya aaaaa boleh claim geng!!!Mana la tahu tengah2 dok jalan dalam perbarisan tu hangpa tersepak batu lalu jatuh dan patah tangan hahahaha..atau masa dok berbaris tu tiba2 ada motor sesat pi langgar ka kikiki leh claim geng oiiit..prosedur macam biasalah geng..kalau kemalangan jalan raya kena lapor polis lah, kena ada peta lakar lah,kena kemukakan MC/sijil cuti sakit minima 4 hari lah,slip gaji 6 bulan sebelum bulan kemalangan,salinan IC hehehe senarai kehadiran pada hari perbarisan sebagai bukti hangpa hadir program tersebut hahahah tengok sempat lagi aku citer bab Perkeso kan kan kan hahaha..
 

jatuh di tempat kerja terus dapatkan rawatan hari yang sama..memudahkan untuk claim Socso:)

1.Akhir-akhir ini banyak sangat kes-kes yang aku jumpa melibatkan kecederaan retak anggota badan retak ni berbeza dengan patah hehehe patah ni terkulai jadinya retak ni mula2 tak rasa sakit sangat kikiki..tak kisahla tangan ke atau kaki, retak ni geng ada kala sakitnya mcm biasa2 mula2  hangpa jatuh ..esok atau malam baru bengkak..ada kes retak tangan  atau jari ambil masa 2 atau 3 jam baru bengkak dan lebam dan sakit berdenyut denyut hehehe..cumanya aku nak nasihat sikit kat hangpa ni..kalau lah jatuh tempat kerja tak kisah lah jatuh dari kerusi ke,jatuh dari atas lori ke atau jatuh dari tangga pejabat ke..jatuh sahaja terus minta kebenaran pihak majikan untuk buat pemeriksaan doctor jangan dok tangguh2..kalau kecederaan patah memang terkulai lahh hahaha memang aku percaya hangpa segera mendapatkan rawatan lah..itu tak jadi masalah..namun bila retak ni banyak dari hanga ni dok main tunggu dan lihat sakit teruk baru nak ke hospital atau klinik kadang ia mengambil masa sehari atau satu malam adehhh tang ni aku tak suka ia akan merumitkan proses siasatan dan hangpa juga yang menanggung kesan hahahaha..sebabnya bila lewat dapat rawatan macam-macam Perkeso akan syak, ia la logikkan kot2 mana tahu jatuh kat rumah ke,jatuh kat panggung wayang ke kikiki jatuh masa dok tenggah intip anak dara ke wakakakaka so macam2 tauuuuu tu yang kadang2 payah nak bayaq tu kah kah kah..so ada kes 4 hari baru dapatkan rawatan hm hm hm sukar kita nak buat keputusan..terpaksa minta medical report untuk membantu keputusan dibuat..bila minta medical repot macam minta anak dara woooooo lama geng mau sebulan baru dapat bahahahahaha...
2.So mai aku nak habaq supaya jika berlaku kejadian jatuh melibatkan kecederaan retak ini tak akan mengundang masalah bila mana nak claim Perkeso,aku nasihatkan jatuh sahaja di tempat kerja perkara pertama maklum pada majikan hahahah kalau jatuh di depan ramai pekerja lain ok la jugak ni kalau jatuh dalam bilik mana ada saksi,jatuh dalam tandas mana ada saksi hahahaha soo untuk langkah yang bijak x de cara lain jatuh sahaja di tempat kerja tak kira lah sakit sikit atau banyak segera maklum majikan dan segera dapatkan rawatan/pemeriksaan di klinik atau hospital pada hari yang SAMA!!!!!dapat MC 4 hari leh claim Perkeso..kalau tak dapat MC hangpa dok diam2 aje la hahaha bukans enang tau nak jumpa doctor kikikiki..

Selasa, 28 Ogos 2018

Anda cari kerja??Pilihlah Majikan Yang Mencarum dengan Perkeso..

1.Hari ni banyak kemalangan berlaku dalam perjalanan pergi kerja dan balik kerja,tak kurang juga kemalangan juga berlaku di tempat kerja,bagi pekerja2 sector swasta ni aku berharap sangatlah hangpa semua bekerja di majikan2 yang mencarum dengan pihak Perkeso,hangpa letakkanlah ia sebagai sesuatu yang amat penting dalam kerja hangpa..kerja WAJIB ada caruman dengan Perkeso itu yang patut menjadi keutamaan hangpa selain dari bayaran gaji!senang cakap pilihlah majikan yang mencarum dengan Perkeso sebagai majikan pilihan hangpa dalam mencari pekerjaan!!Percayalah jika berlaku sesuatu kemalangan Inshallah perkeso ada akan membantu hangpa..jangan dok dengar melaun2 katakan perkeso susah dan lambat dalam proses tuntutan itu semua tomahan lambat atok diaaa hahaha!!!Hangpa kemalangan pi kerja balik kerja semasa kerja Inshallah dapat sahaja cuti sakit 4 hari maklum pada majikan minta isi borang 34 Perkeso hantarlah dengan dokumen lengkap seperti Cuti sakit original,salinan kad perakam waktu,laporan polis jika kemalangan jalan raya,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,salinan IC hangpa,dan peta lakar laluan hangpa lalu semasa kemalangan Inshallah proses bayaran SEGERA dilakukan!!!! Percayalah cakap aku ni hah..hehehe yang dok marah2 tu depa tak tahu proses..kadang2 majikan lambat hantar depa pi marah kat Perkeso padahal majikan tak hantar laporan kemalangan pun lagi macam mana Perkeso nak bayaq kikiki..lagi satu kemlangan masa cuti atau kemalangand alam urusan Peribadi ada lencongan memang la Perkeso tak bayar itu kan urusan Peribadi...pi beli rokok kemalangan dalam kedai kikikiki mana la Perkeso nak bayar kalau macan tu bro hehehe..takpa2 nanti aku kupas satu2 bab ni nanti geng :)
2.Tapi tu lah nasihat aku sejak dari buka blog ni sampai la sekarang ni tetap konsisten wa cakap lu hahaha carum lah dengan Perkeso!!pastikan majikan bayar dan buat caruman kat Perkeso..hangpa tak kan rugi apa-apaPercayalah la kat aku geng..pilih lah majikan yang ada membuat caruman dengan Perkeso..majikan yang membuat caruman dengan Perkeso adalah majikan yang begitu prihatin pada kebajikan pekerja dan yang lebih penting majikan sayangkan pekerja selain ianya mematuhi undang2 Negara sebab Perkeso ni carumannya wajib!Kita tak tahu ajal maut kita bila geng..sekurang kurangnya jika kita mati inshallah pencen penakat sedia menunggu dan inshallah boleh menampung hidup Isteri kita nanti..pencen seumur hidup tuuu. Inshallah Ingat pesan aku ni!
3.Nanti aku ada banyak masa aku nak membebel sikit kat hangpa pasal Perkeso ni biar semua faham dan tak keliru lagi hehehe biars emua faham hak2 kita dan apa yang boleh kita claim dengan Perkeso..terutamnya pencarum2 Perkeso yang mengalami sakit kronik...ada Pencen Ilat menunggu kalian...ahhhhh banyaklah faedahnya dah berpuluh kali aku ulang tulis kat sini...aaaaa ada masa aku ulas lagi biarlah beratus kali pun hahahahaha sekurang kurang lambat laun hangpa akan faham!!!
 

Isnin, 27 Ogos 2018

Tolonglah Gunakanlahhh Baucer Saringan Kesihatan Perkeso tuuuu!!!

1.Salam geng..harap hangpa semua sihat la kikiki bila sihat jangan dok mengatal kot lain plak kah kah kah..oittt oiiit mai nak habaq sikit hehehe pada hangpa yang telah menerima Baucer Program Saringan Kesihatan Perkeso (HSP) jangan dok simpang baucer tu kat rumah saje geng hehe jangan dok simpan dalam laci atau dok buang merata-rata..adehhh baucer tu banyak lagi hang hangpa tak guna2 sampai la ni..hangpa tau dak berapa puluh juga nilainya yang tak guna tu???aiyaaa sejak tahun 2013 sampai tahun 2017 masih berjuta lagi baucer tak diguna..awat hangpa takut sangat nak guna baucer tuuuuu..kan ianya PERCUMA!!!!hangpa tak kena bayaq satu sen pun ehhh..hehehe sebab ramai yang tak gunalah kami lanjutkan lagi tempoh sah laku pengunaan baucer tu hingga akhir tahun 2018 untuk baucer Program Saringan Kesihatan dari tahun 2013 hingga 2017!!!
2.Geng gunalah baucer yang diberi Perkeso tu ia percuma untuk kita pi cek..pi periksa tahap kesihatan kita..bawa baucer tu ke klinik yang ada dinyatakan untuk pemeriksaan kita..ala hangpa pi klinik tengok logo HSP Perkeso maka pi la periksa tahap kesihatan kat situ..PERCUMA dengan bawa baucer tu!!!Opsss jangan di lupa geng penerima baucer saringan adalah yang berumur 40 tahun ke atas saja kikikiki yang muda2 tu gagah perkasa tu dok diam2 dulu noooo kikiki hangpa punyer turn akan tiba juga nanti kikiki..sekurang kurangnya jika kita periksa tahap kesihatan kita maka kita boleh KESAN penyakit yang kita hidapi pada PERINGKAT AWAL ooooo itu penting geng..jangan menyesal kemudian hari noooo..

Sabtu, 25 Ogos 2018

Selamat Hari Raya Korban 2018 geng:)

Hehe belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya korban buat hangpa semua hahaha..macam baisala raya korban balik kampungla..lenguh segala sendiri drive geng..balik 3 hari aje..tapi puas hahaha dapat balik kampong!!!

Ahad, 19 Ogos 2018

Mulai 1 Julai 2018 Suami/Isteri yang bekerja dengan Pasangan(pemilik perniagaan) wajib mencarum Perkeso!

1.Salam geng berkuatkuasa 1 Julai 2018 majikan yang mempunyai syarikat milikan tunggal atau perkongsian yang mempunyai Isteri/Suami(pasangan) yang diambil bekerja dengan syarikat tersebut yang mana salah satu pasangannya adalah pemilik perniagaan tu maka,la ni wajib mencarum dengan pihak Perkeso hehehe..dulu hangpa pasangan pada pemilik syarikat dok minta untuk mencarum dengan Perkeso kerana bekerja dengan pasangan..dulu tak boleh mencarum..la ni sebab hangpa selalu dok minta maka kerajaan dah luluskan.. dah boleh mencarum dengan Perkeso dan wajib mencarum dah..hehehe jangan bila dah lulus tak nak carum plak pasangan kalian kikiki dulu nak sangat hahaha..dengan perluasan perlindungan dibawah Akta 4 (Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969) dan Perluasan perlindungan dibawah Akta 800 (Akta Sistem Insurans Pekerjaan) hehehe..ia dikuat kuasa melalui Warta kerajaan yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2018.
 
2.Dengan perluasan perlindungan keselamatan sosial pada pasangan pemilik perniagaan ini maka pasangan yang mencarum ini akan menikmati faedah yang sama dengan pencarum yang lain jika ditakdirkan berlaku kemalangan ketika dalam perjalanan pergi kerja,kemalangan dalam perjalanan balik kerja, kemalangan semasa bekerja,kemalangan yang berkaitan dengan pekerjaan, Ilat,Penakat,faedah perubatan,faedah pemulihan dan banyak lagi lah hahaha..tapi ingat ia adalah pasangan pemilik perniagaan yang bekerja dengan perniagaan yang dimiliki pasangan sahaja..dengan kata mudahnya kalau suami pemilik syarikat dan isteri diambil bekerja dan dibayar gaji maka bermula 1 Julai 2018 wajib mencarum untuk Isteri begitulah sebaliknya..namun jika pasangan adalah kedua duanya pemilik syraikat yakni namanya ada dalam daftar perniagaan makan dua dua tak boleh mencarum dengan Perkeso kecuali syarikat itu berstatus Berhad atau Sdn Bhd kikiki harap hangpa semua faham hehehe tak faham ni kat bawah ni baca kikiki..
 

Jumaat, 17 Ogos 2018

hilang kerja..majikan buang kerja..jom claim Perkeso melalui SIP!!!

1.Bagi tempoh Januari 2018 hingga Disember 2018 Perkeso telah memperuntukkan sebanyak RM122 juta sebagai dana untuk membuat bayaran Interim/bantuan Interim kepada pencarum mereka yang mengalami masalah hilang pekerjaan di bawah skim Sistem Insuran Pekerjaan (SIP), senang cakap jika hangpa hilang pekerjaan/kerja disebabkan faktor2 tententu yang ada disenaraikan oleh pihak Perkeso, kalian cepat2 maklum pada pihak Perkeso dengan berkunjung ke mana mana pejabat Perkeso terdekat atau terus daftar melalui portal https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration geng hangpa kena ingat tuntutan hilang kerja perlu dibuat dalam tempoh 60 hari selepas hilang pekerjaan!!!Inshallah bila laporan/tuntutan dibuat pada pihak Perkeso dalam tempoh 14 hari selepas kes perberhentian hangpa dibuat/dilaporkan pada Perkeso dans etelah Perkeso buat siasatan maka depa akan buat bayaran terus ke akaun kita sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksima selama 3 bulan!!!Ini hanya faedah interim dari pihak Perkeso untuk pencarum SIP yang hilang pekerja..banyak lagi faedah2 lain yang disediakan melalui Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) ini..faedah2 lain tu nanti aku free aku cerita lah geng hahaha..hangpa baca yang ni dulu lah untuk kali ni hahaha faham ni dulu..dan boleh baca syarat2 tambahan kat bawah ni hehehe..
Ramai kawan2 tanya pasai apa aku selalu aje dok up pasal Perkeso nii tak bosan kaaa...bukan ada orang baca pun hahaha..aku cakap banyak informasi yang kalian dok cari tak dak kat blog lain dan buka web perkeso hangpa tak faham2 jugak kah kah kah jadi yang mana aku faham tu aku kongsi aje laaa kat sini hahaha kot2 dapat sikit sebanyak pahala jadila geng hahaha..yang tak suka tak pa la tak yah baca la hahaha..

 

Selasa, 14 Ogos 2018

Sakit belakang disebabkan kerja claim Perkeso!

1.Hari ni aku siasat satu kes sakit belakang (Prolesed Intervertebral Disc-PID) yang buat tuntutan dibawah Penyakit Khidmat Perkeso..dakwanya bukan angkat berat sebab sakit belakang tapi sebab kerja beliau yang sentiasa perlu pulas/pusing injap untuk membuka dan menutup kunci tangki pembahagian air..hehe kerja macam ni aku tak terbayang pada mulanya ia cukup menyeksakan badan geng..nampak senang nampak tak berat hmm memang tak berat tapi gunakan kudrat untuk memulas kunci ni..hangpa try baru rasa macam nak terburai isi perut masa memulas trip injap dengan mengunakan kekunci T hehehe..
2.Hangpa tau dak pusing benda ni guna tenaga yang banyak..bukan sekali pusing kalau pintu tangki besar maka pusingannya ada sampai 100 kali pun geng adehhh..tak pelik kalau mengalami sakit belakang sebab buat benda ni..so sebab sakit belakang kerana kerja ni sentiasa dilakukan sejak 1988 maka adalah wajar lah beliau memohon tuntutan Penyakit Khidmat Perkeso kerana beliau syak sakit belakang yang beliau alami disebabkan kerja pulas memulas ni lah..
3.Sempat jugakla tengok cara2 pulas tu hehe..bukan senang seperti hangpa nampak geng..hmmm ye la mungkin sebab ni la beliau sakit belakang..tapi ye la mungkin jugak sebab lain so..kita serah pada Jemaah Doktor Khas (JDK) kerana doktor2 pakar inilah yang akan bersidang dan akan putuskan sama ada sakit belakang yang beliau alami ini berpunca dari kerjanya atau sebaliknya..oooh ya geng yang mana tak tahu lagi berkenaan Penyakit Khidmat Perkeso ni aku habaq sat Penyakit Khidmat bi adalah penyakit yang muncul disebabkan kerja..contohnya kalau hangpa kerja di tempat yang bising pada setiap hari dulu tak pekak la ni bila kerja dah sepuluh tahun telinga jadi pekak hahahaha itulah Penyakit khidmat dan boleh buat tuntutan dengan Perkeso dengan mengambil dan mengisi borang 34 isi lah pada bahagian Penyakit Khidmat hehehe senang bukan!

Ahad, 12 Ogos 2018

baru kerja seminggu putus pergelangan tangan boleh claim Perkeso!

1.Alhamdulilah mujur sangat-sangat majikan saya ada berdaftar dengan Perkeso jika tidak tak tahulah apa nak kata..itu luahan pertama pekerja sebuah kilang kayu yang mengalami kecederaan agak parah, akibat mengalami kemalangan di tempat kerjanya awal bulan ini..alkisah pekerja ni baru sahaja seminggu bekerja sebagai Operator mesin membelah kayu di sebuah sawmill..satu mesin ada 3 pekerja..dua pekerja mengendalikan mesin membelah kayu manakala satu pekerja lagi tukang susun kayu yang selesai dibelah..nak dijadikan cerita semasa tolak menolak kayu ke mesin untuk di belah entah macam mana kayu yang nak dibelah ni agak keras sikit kayunya..tolak punyer tolak tangan pekerja ni plak yang tertolak ke mata mesin pembelah kayu..apa lagi zapppp sekali aje habis putus pergelangan tangan kirinya..putus terus geng tak de nye terkulai kulai zapppp putus!!!
2.Melihat kedaan sedemikian rupa rakan2 sekerjanya terus membawa pekerja malang ini segera mendapatkan rawatan di Hospital..terus diberi rawatan kecemasan..pergelangan tangan yang terpotong tu turut dibawa bersama..namun malangnya tidak dapat disambung lagi..semasa siasatan dibuat sempat jugak aku masuk melawat dan melihat dan di demostrasi cara2 belah kayu dengan mengunakan mesin di tempat kerja ini..hmmm kalau lalai dan alpa serta tidak berhati hati mudah sangat nak kena...zappp kompem putus beb sebab mata mesin tajam!
3.Apa yang nak diceritakan kat sini kemalangan ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja dan pada bila bila masa sahaja..dalam kes ini pekerja ini baru sahaja seminggu masuk kerja..majikan pun belum sempat membuat potongan Perkeso sebab baru masuk kerja..Namun itulah Perkeso ianya prihatin dan sangat Prihatin..hari pertama masuk kerja kalian telah dilindungi Perkeso!!!Jadi jika berlaku kemalangan pada hari pertama bekerja di sesebuah perusahaan jangan ragu2 minta majikan claim dengan Perkeso kerana kalian dilindungi sebaik sahaja bekerja atau hendak memulai kerja hari pertama kerja!!!alaaaa kalau hari pertama nak pi kerja dah kemalangan belum pun sempat sampai di tempat kerja baru maka ketahuilah kalian kemalangan itu TELAH MEMBOLEHKAN KALIAN CLAIM PERKESO..dengan syarat majikan kalian adalah majikan berdaftar dengan PERKESOada kilang ada HR kilang mengatakan tunggu tiga bulan kerja baru boleh claim Perkeso aaaahhh itu mengarut!!!!!!!masuk aje kerja kemalangan boleh terus claim!!!!

Sabtu, 11 Ogos 2018

kecederaan teruk kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja@claim socso

1.Salam geng minggu lepas sempat ke Felda Tenggaroh Mersing siasat satu kes kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja..jauh perjalanan nak ke rumahnya..semasa kemalangan berlaku dikatakan beliau menunggang motorsikal dan dirempuh lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja..
 
2.Agakan aku ingatkan kecederaan beliau biasa2 sahaja..namun sebaik sampai ke rumahnya Allahuakbar teruk geng..beliau tak boleh bercakap langsung..makan tak boleh hanya minum susu khas melalui tiub sahaja..guna pampers..so dalam keadaan sebegini kita fahamla..nak ambik pernyataan si kemalangan sememangnya tak boleh sebab beliau tidak boleh bercakap..yang ada cuma laporan polis dan maklumt dari majikan dan maklumat dari keluarga..Alhamdulilah keluarga sahkan beliau turun dari rumah dengan pakaian kerja dan memang nak ke tempat kerja..begitu juga pengesahan dari pihak majikan ikut jadual kerja memang beliau sepatutnya kerja hari kemalangan itu maka tanpa teragak agak aku ssyor kes ini sebagai kes bencana kerja dan sekali gus diluluskan pihak Perkeso..Alhamdulilah bayaran cuti sakit (MC) telah pun dibayar dalam tempoh 1 hari sahaja..balik terus buat geng!!!
3.selain itu Inshallah Perkeso juga akan memberi alatan pemulihan sebagai sokongan kepada pekerja ini seperti lampin pakai buang (pampers) susu khas,kerusi roda dan keperluan yang lain yang diperlukan daris emasa ke semasa mengikut pengesyoran dari pihak Doktor! Harap sangat beliau cepat pulih..geng macam biasa aku tak kan jemu untuk bagi tahu hangpa semua mencarumlah dengan Perkeso kita tak tahu nasib kita macam mana geng..kalau jadi macam ni kecederaanya lambat pulih geng..dengan adanya Perkeso inshallah sedikit sebanyak beban menjadi ringgan Inshallah!Kita tak pernah abaikan pencarum Perkeso!
5.Kalau terlibat dalam kemalangan sebegini waris cepat2 bagitahu majikan/pihak syarikat agar segera minta majikan buat laporan kepada pihak Perkeso,pihak Majikan pulak janganla tunggu lama-lama,bila dah dapat maklumat dari keluarga atau waris pekerja yang kemalangan maka cepatlah bertindak jangan lembab sangatla hahaha bukan payah pun hangpa HR syarikat atau majikan just ISI borang 34 kemalangan isi bahagian kemalangan sahaja, sertakan MC/cuti sakit,laporan Polis kemalangan,slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan,puch card atau rekod kedatangan bulan kemalangan...hehe senang kan bukan susah pun!

Khamis, 9 Ogos 2018

17 Majikan di Mersing Endau di Kompaun kerana Gagal Mendaftar Perusahaan dengan Perkeso

Alhamdulilah hari ni sempat menyertai Ops Kesan Perkeso 2018 yang diadakan sekitar kawasan Mersing dan Endau, seperti biasa Ops Kesan ini adalah Operasi untuk memburu majikan yang masih gagal mendaftar Perusahaan dan juga pekerja dengan pihak Perkeso setelah tempoh pemutihan tamat 31 julai yang lalu, untuk makluman sebelum Ops Kesan digerakkan majikan di seluruh Negara telah diberi tempoh pemutihan selama sebulan bermula bulan Julai 2018 setelah tamat tempoh pemutihan maka Operasi mengesan majikan yang masih gagal mendaftar perusahaan/perniagaan dengan pihak Perkeso segera di gerakkan. Untuk kali ini Operasi yang disertai kira-kira 18 anggota pejabat Perkeso Kluang telah di pecahkan kepada 6 kumpulan yang telah bergerak memulakan Operasi sejak jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.
2.Operasi yang diketuai sendiri Pengurus Pejabat Perkeso Kluang Encik Ahmad Suzaime Abd Aziz teah berjaya memeriksa kira-kira 57 premis di kawasan Mersing dan Endau, dari 57 Premis yang di periksa di dapati sebanyak 17 majikan telah di kompaun atas kesalahan gagal mendaftar Perusahaan dengan Perkeso mengikut Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di mana jumlah keseluruh nilai Kompaun adalah RM19,000.00
3.Pengurus pejabat Perkeso Kluang yang ditemui semasa Operasi ini menegaskan Ops Kesan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk mengesan majikan-majikan yang masih ingkar untuk mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak perkeso,beliau memaklumkan mana-mana majikan yang mengaji sekurang-kurangnya 1 pekerja warganegara Malaysia wajib mendaftar perusahaan/perniagaan mereka dengan pihak Perkeso, ini penting agar kebajikan pekerja terbela jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kemalangan ketika bekerja, kemalangan ketika balik kerja atau kemalangan ketika perjalanan ke tempat kerja sepertimana melalui skim-skim yang ditawarkan Perkeso seperti skim bencana kerja dan juga skim Keilatan.
4.Pelbagai alasan lapuk diberikan pihak majikan untuk mengelakkan mereka dikompaun antaranya tidak ada masa untuk mendaftar perusahaan mereka dengan Perkeso, Pekerja sendiri tidak mahu dicarum dengan Perkeso, majikan tidak tahu dan macam-macam alasan diberi untuk menghalalkan perbuatan mereka yang gagal mendaftar Perusahaan dengan pihak Perkeso, namun Alhamdulilah operasi Berjaya!