Jumaat, 7 Oktober 2011

lagi serbuan ke atas kantin sekolah dalam daerah kluang


1.Agak lama rasanya aku tak join Operasi serbu kantin sekolah ni..seingat aku last sekali aku serbu kantin sekolah time OPS KESAN yang lalu bersama my bos kat sekolah Taman Kluang barat..lepas tu sejak aku jadi pegawai penyiasat ni jarang bebenor aku join serbuan..kecuai OPS KESAN nak ne semua terlibat...termasuklah serbuan malam yang dilakukan keatas pengusaha kedai makan tomyam dan sewaktu dengannya..hehehe teringat plak kat memori aku dan geng serbu kedai2 makan tomyam kat simpang rengam..pehhh rupanya banyak gak budak2 alik rantau panjang buat tomyam kat simpang renggam hahahaha..comel2 tuuuuuuuuu


2.Sebut pasal kantin sekolah ni dah banyak kali aku duk nasihat supaya pemiliknya segera mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso..namun nasihat tinggal nasihat..ada kalanya orang susah nak dengar teguran cara baik..nak kena ambil tindakan baru terhegeh hegeh nak datang jumpa nak minta tolongla..nak minta rayuan la..itula inila..masa tak kena amboi bukan main buat tak tahu je!seingat aku dalam tahun 2008,2009 aku pernah buat Operasi Kantin sekolah di rengam..kat bandar rengam saja 3 sekolah ne kompaun..satu dibawa ke mahkamah..itu semasa operasi aku buatla..tahun 2010 juga operasi sebegini juga diteruskan..namun tetap hasilnya sama masih ada yang gagal mendaftar..pelik sungguh depa ni..betulla kesalahan berulang mungkin sebab pengusaha lama diganti pengusaha baru..tender kantin 2 tahun je kan..sebab itu OPS KANTIN ini dilakukan berkala..


3.Bulan lepas (september 2011) aku bawa 2 kes Mahkamah, di Mahkamah Majistret Kluang juga melibatkan pengusaha kantin sekolah di Kluang..masa itu aku sendiri jadi pegawai Pendakwa untuk kes tersebut..2 kes itu melibatkan pengusaha kantin sekolah Agama kerajaan Johor dan sekolah Menengah teknik kluang jalan mengkibol..masing2 dah dijatuhkan hukuman setimpal..thanks Puan Majistret..ada kes kita bersua kembali :)


sempat bergambar kenangan dengan pemilik kantin sekolah di kluang yang telah didakwa..

4.Aku ingatkan 2 kes tersebut bakal menjadi pengajaran bermakna buat pengusaha lain namun nampaknya depa tetap buat tak tahu dan pura2 tak tahu...semalam satu lagi Operasi kantin sekolah digerakkan dan kali ini melibatkan operasi secara berkala juga besar besaran..list kantin dah ada cuma menunggu masa sesuai untuk serbuan dilakukan..biasanya kantin ini cepat tutup...buka pagi tengahari dah tutup mana sempat nak pi semua hehehe..sempatla jugak Team Khas ini serbu kantin2 yang teryata terkejut dengan kehadiran mereka..

kantin sekolah mana la depa serbu ni..cantik nampak

5.Dalam serbuan semalam (jumaat)10 kantin sekitar Kluang dan Kampung gajah kluang diserbu serentak..hasilnya 4 dari mereka dikompaun..pengusaha kantin lain hangpa serah diri sebelum terlambat...jangan duk kata aku kenal tu aku kenal ni atau wife aku mengajar kat mana2 kakakaka..dah letih aku duk nasihat..bila dah serbu jangan harap nak tolong beb..serah diri ok lagi hahahaha..

antara diserbu :)

bersoal jawabla kamu..

ini bukan time order makanan tauuuuu

sekolah ladang juga diterjah :)

turut diserbu :)

hehe..buka pintu plzzz :)

tak nak daftar yeeee..

selesa kantin sekolah la ni kan kan

teringat plak time masa belajor dulu hehehe time berebut nak beli makanan..masa tu nasi kerabu 20 sen je sepinggan

banyak lagi akan cuba dikongsikan...tunguuuu hahahahaha..ops hangpa semua kena ingatla malang tak berbau oooo..aku tiap2 hari duk pi siasat kes kematianla patah sini patah sana patah hati pun ada hahahaha..lindungila dan sayangilah pekerja anda...anggap pekerja sebahagian dari hidup anda dan bukanya HAMBA ABDI anda..

opsss salah satu kes yang aku siasat..sian dia

6.Apa pun berbanyak terima kasih atas kerjasama pejabat pelajaran daerah kluang (PPD Kluang) atas kerjasama membekalkan nama pengusaha kantin dan maklumat yang diberi..harapnya kerjasama ini akan dipanjangkan dalam aspek yang lain pula, dan operasi sebegini akan diteruskan secara berkala dari semasa ke semasa sehingga program pemutihan kantin sekolah derah Kluang selesai dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan