Jumaat, 13 Julai 2012

selesai siasat kes pemandu lori paper the star terbunuh dalam kemalangan



1.Alhamdulilah hari ni selesai menziarah balu/isteri kepada Allahyarham Wan Mid bin Othman di taman sri lambak kluang (T6),pada 1/7/2012 yang lalu Wan Mid bin Othman telah terlibat dalam kemalangan di lebuh raya utara selatan berhampiran Pagoh dalam jam 2.30 pagi. Pada ketika itu Allahyarham dalam perjalanan dari kilang Akhbar The Star bukit Jelutong untuk ke Johor Bharu di mana pada ketika itu beliau memandu lori membawa akhbar the star,namun setiba di Lebuh raya utara Selatan (pagoh) lori yang dipandunya telah melanggar belakang trailler yang bermuatan bahan2 binaan,akibatnya Allahyarham meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Aku ke rumah balu ini dengan rakan setugas aku..hehehe macam biasa aku suka snap gambaq je le..


2.Kedatangan kami bukan setakat ziarah bertanya khabar semata-mata bukan setakat minum air jah hehehe kami bawa cek bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) RM1500 untuk balu ni..ini hanya permulaan beb..semoga ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban..sambil tu mereka dapat tanya juga pe yang depa masih tak faham akan hak2 depa ni..sementara aku mai ni leh la cerita sedikit sebanyak tentang tuntutan mereka ni..



3.Sebenarnya sebaik kes ini dilaporkan aku segera diarah menjalankan siasatan kes ini dan perlu diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh..kesian majikan wan mid nih aku tekan cukup-cukup agar segera selesaikan kes ni..bukan apa bilamana kes ini mendapat liputan meluas pihak media maka kes jadi tumpuan adehhhhh nak buat macam ne..mahu tak mau kena selesaikan jugak kalau boleh dalam masa 1 hari jek!!!dalam dok soal siasat aku sempat juga tanya itu dan ini..punca kemalangan ini kompem pandu laju!!!!bayangkan jam 12 malam beliau keluar dari kilang pencetakan Akhbar the star di bukit jelutong shah alam dan 2 jam kemudian sudah sampai di pagoh?????boleh tahan laju beb..itu bukan kereta tapi lori..bukan lori kosong beb tapi penuh dengan akhbar the star tuuuu kompem berat beb..hm hm kompem laju ..tapi apa nak buat sudah ajalnya disitu barang kali.Berbalik bab2 pandu laju ini aku rasa aku la paling lembab bab2 panju kereta ni kakakakaka..dalam duk lembab pun dah kena dua speed trep wooooo..adaka patut tempat 70 KM pun de speed trep adehhhh baik naik kereta lembu la lau macam ni aiyaaaaa..hehehe masa aku masuk taman sri labak (T6) depa duk sibuk turap jalan ni tak dak lain tak dak bukan nak pilihan raya la ni kakakakaka..kawasan hishamudin niiiii hm hm


4.Macam biasa oleh kerana ianya melibatkan bencana pekerjaan yakni kemalangan ini adalah kemalangan yang berkaitan dengan kerjanya maka waris si mati iaitu isterinya layak mendapat faedah orang tanggungan (FOT) dimana isteri si mati ini akan mendapat pencen seumur hidupnya!!!!aku dok kira-kira tadi adala dalam rm1200 sebulan.Alhamdulilah..bayangkan jika Allahyarham ini tidak dicarum dengan perkeso sudah pasti isteri dan anak2 nya dalam kesusahan untuk meneruskan kehidupan apatah lagi isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.



5.Sebab itulah aku tak jemu-jemu mengingaatkan kepada kenalan sahabat handai orang2 kampun mahupun pengunjung blog aku ni hangpa tolong war war kan lah..kalau kerja pastikan majikan mencarum hangpa dengan perkeso...aku takut satu hari nanti hangpa akan menyesal..kalau pun hangpa dah tak ada atas dunia ni hangpa fikir la untuk anak bini hangpa atas dunia ni.....er er balik dari ziarah balu ni perut rasa lapar hahahaha jam pun dah kui 5 petang so aku bantai pisang goreng kat warung pisang goreng di yap tau sah hahahaha di kluang ni warung pisang gorengla yang femes..mula2 aku mai sini pelik macam mana warung pisang goreng sentiasa penuh dengan orang ramai macam restoran ada menu hebat jeee




Tiada ulasan:

Catat Ulasan