Khamis, 20 Jun 2013

program seminar seranta perkeso kluang 2013


1.Alhamudilah walaupun dalam keadaan penat namun selesai juga menjayakan Program Seminar Seranta peringkat pejabat perkeso Kluang bagi tahun 2013 dengan jayanya.Kali ini pengisiannya seperti tahun2 yang lalu tiada perubahan yang ketara.Para penceramah pula terdiri dari agensi yang sama seperti pihak PDRM melalui cawangan Trafik, pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan pihak perkeso sendiri.


2.Seramai lebih kurang 100 peserta yang mewakili pelbagai syarikat,sektor industri dan juga perladangan mengambil bahagian dalam program seranta ini.Program yang dimulakan tepatn jam 9.30 pagi ini selesai dalam jam 5.00 petang.Program ini diadakan dewan jupiter hotel prime city kluang.


3.Melalui program ini pelbagai penerangan dapat diberikan secara langsung kepada peserta melibatkan aspek2 tuntutan perkeso,aspek keselamatan jalan raya dan keselamatan ditempat kerja dan juga prosedur dalam membuat laporan polis selepas kemalangan berlaku.


4.Program sebegini mampu bukan sahaja memberi pendedahan yang cukup luas kepada pihak majikan dan juga pekerja berkenaan cara2 tuntutan dengan pihak perkeso, namun ianya juga menjadi titik tolak perhubungan yang erat antara pihak majikan,pekerja dan juga pihak perkeso dalam bersama sama mengurangkan kadar kemalangan melibatkan perjalanan pergi dan balik kerja juga kemalangan ditempat kerja.


5.Terima kasih juga buat semua majikan dan para pekerja yang sudi hadir dalam menjayakan program ini..adalah diharapkan kerjasama erat ini akan berterusan hendaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan