Rabu, 18 September 2013

masih ade yang keliru antara tuntutan bencana kerja perkeso dengan tuntutan penyakit khidmat perkeso


1.Hehe tak sempat nak update laa..adehh.. la ni kerja banyak la geng..leh kata tak dan masa aku nak catat pe pun..but hari ni aku nak kongsi sikit pasal tuntutan bencana kerja perkeso yang hangpa kadangkala keliru dan mungkin juga tersalah tafsir lalu sedikit sebanyak menyusahkan aku wakakakaka..


2.Apa yang aku nak sentuh kali ni berkaitan situasi bencana kerja itu berlaku..ini bukan kali pertama bahkan dah berpuluh kali aku hadapi situasi ni...harap2 lepas ni tak dak lagi situasi 'sindrom keliru' pihak majikan dalam membuat tuntutan perkeso..situasinya begini...JIKA SEKIRANYA PEKERJA MENDAPAT KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA YAKNI KEMALANGAN ITU MUNGKIN BERBENTUK JATUH TANGGA PATAH TANGAN BLA BLA BLA..KENA ASID LALU MELECUR BLA BLA BLA..MATA MASUK BUAH SAWIT BLA BLA BLA..JANGAN SESEKALI HANGPA PERGI ISI BORANG TUNTUTAN PENYAKIT KHIDMAT!!!!!!!!!dan banyak lagila situasi malas aku nak habaq satu persatu..kena ingat setiap kemalangan di tempat kerja perlu isi borang 21 bukanya borang penyakit khidmat!!!!dah banyak kali dah aku bagitahu ehhhhh..


3.Kekeliruan ini berlaku mungkin majikan tidak tahu apa sebenarnya berlaku pada pekerja...mungkin juga majikan main bedal sahaja isi..ikut penasihat tak bertauliah hahahaha main isi ajeee..mungkin juga terkeliru dek kerana kesan jatuh itu lambat muncul...contohnya hari ni jatuh esok baru dapat kesan tangan pekerja patah dek jatuh semalam...SITUASI BEGINI JANGAN DUK ISI BORANG PENYAKIT KHIDMAT LA TOLONGLA...nak marah puas marah dok kakakaka penat doh aku ni..

4.Sebagai contoh hari ni aku ke sebuah pusat pengumpulan barang2 terbuang...kiranya syarikat ni beli semua barang2 terbuang..botol2 kosong,surat khabar macam2 lagi..satu hari ketika pekerja syarikat ini sedang angkat botol2 kosong untuk dikumpulkan bagi tujuan kitar semula entah macam mana botol yang disangkakan kosong itu rupanya berisi air jernih yang rupa-rupanya baki bahan kimia yang masih ade didalam botol tersebut..kena plak botol itu tak de penutup maka terkeluarla cecair jernih itu kena pada bahagian dada lalu sedikit mengalir ke pusat dan ke celah kankang pekerja ini dan menuju ke telur sebelah kanan kemaluannya...cecair kimia itu bertindak balas cepat beb habis melecur bahagian yang kena tadi...celaka betul la manusia yang buat kerja tak beretika buang bahan kimia dalam botol dan jual plak kat pusat kitar semula kan tak pasal2 pekerja ni melecur batu/telur kemaluannya hahaha malu dia nak tunjuk kat aku tadi woiiiii kakaka...baik situasi sebegitu adalah bersifat kemalangan!!!!!jangan sesekali pergi isi borang penyakit khidmat!!!cerdik majikan ni pi isi borang penyakit khidmat...adehhhh tak sangkutan langsung!!!buang masa dan menyusahkan banyak pihak...kena isi borang 21 semula...tak pasal2 siasatan kena buat balik!!!


5.Untuk penyakit khidmat aku dah banyak kali bagitahu..penyakit khidmat adalah penyakit yang terbit dari pekerjaan...ia bukanya KEMALANGAN!!!!contohnya sebabkan hangpa kerja di kilang sawit yang bising dalam jangka masa lama bertahun tahun kemudian hangpa punyer pendengaran makin kurang makin kurang dan makin kurang lama-lama pekak hahahaha itu barulah boleh isi borang penyakit khidmat!!!!hehehe bebel lama sikit malam ni...tak faham lagi tak tahu la aku..lantak koranglah


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Mohon pandangan Tuan, suami saya baru mula bekerja 2 hari di tempat kerja baru. Pada hari ke tiga, beliau kemalangan dlm perjalanan menuju tempat kerja menyebabkan kecedaraan seperti patah tulang belakang, tulang pinggul, rusuk, dan paru2 pecah. Layak ke memohon faedah hilang upaya kekal sebab suami saya baru je mula 2 hari bekerja.( Utk faedah hilang upaya sementara, suami saya dapat utk tempoh 6bulan rm10 per hari. ) jazakillah Tuan

    BalasPadam