Rabu, 28 Januari 2015

Impiana Casa memang terbaik


1.Alangkah indahnya jika suasana kehidupan dalam sesebuah taman perumahan kekal hormoni sepanjang masa..saling mengambil berat antara satu dengan yang lain..sama-sama berkongsi saat suka duka..hidup aman dan damai hehehe..payah jugak nak cari taman perumahan sebegitu masa kini..kadang2 jiran sebelah rumah pun kita tidak kenal hehehe..


2.Alhamdulilah taman perumahan yang aku diami setakat ini masyarakatnya terbaik..dari segi hubungan antara jiran2 alhamdulilah..mereka seperti adik beradik..saling bertanya khabar..saling mengambil berat antara satu dengan lain..payah nak cari taman perumahan dengan anggota kejiranan yang baik sebegini…puji taman sendiri tak salah kan kan hahaha..


3.Pelbagai aktiviti diadakan untuk menyemarakkan hubungan sesame penduduk taman ini..dari aktiviti kerohanian hinggalah ke aktiviti kemasyarakatan hehehehe..pendek kata lau nak buat kenduri kahwin satu taman leh tolonglah hahahaha..tolong habiskan makanan pun depa ni boleh hehehe..



4.Mungkin juga sebab 90% penduduk taman aku ni golongan muda dan aktif.. aktif lain macam depa ni dan rajin plak tu…dengan waktu malam aktiviti rondaan keselamatan cukup aktif…hehehe bersemangat waja betull..tanpa bayaran satu sen pun mereka secara sukarela keluar meronda taman perumahan sampai ke pagi menjaga keselamatan taman perumahan dari dibolosi anasir jahat…pehhh mana nak cari di taman lain sebegini??ada taman perumahan siap upah pengawal keselamatan..namun kami masih boleh berdiri mengembleng tenaga yang ada…untuk menjaga keselamtan taman perumahan yang disayangi ini hahaha…masuk bab taman plak hari ni kakakaka..Cuma satu la kalau dah ada sekatan pemeriksaan keselamtan dan jika dah lalu depan pos kawalan keselamtan taman pandai2 la angkat tangan…kasi hormat la sikit bro..perlahankan kenderaan tu..orang berjaga malam untuk keselamatan keluarga kamu juga…ada la satu dua yang bengong dalam 100 orang yang baik hahaha..biasala tu



5.Sebut pasal keberkesanan rondaan taman ni…pehhh banyak kejayaan dicapai..selain mencegah jenayah…kehadiran rondaan sukarela sebegini telah berjaya membenteras anasir yang tidak baik..kejayaannya banyak woooo tak boleh dikongsikan disini cube la hangpa buat kat taman hangpa semua..seronok..boleh kenal ramai kawan2 boleh eratkan hubungan sesame kita ..yang tak join lagi cube lah join..bukanya tiap2 malam pun..hehehe tak seronok tau kita duduk dalam rumah tiap2 malam tengok kawan2 lain keluar ronda untuk menjaga keluarga kita…kalau aku..aku malu kakakakaka…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan