Rabu, 11 Mac 2015

Operasi ke atas majikan yang tidak mendaftar perkeso@Kluang

 
1.Salam geng..hari ini aku sempat menyertai Operasi untuk mengesan Majikan yang masih gagal untuk mendaftar perusahaan mereka dengan pihak perkeso.Operasi ini dinamakan OPS KESAN.Nama Operasi tidak pernah berubah hahaha tetap OPS KESAN sejak beberapa tahun yang lalu.OPS KESAN hari ini dilakukan dikawasan yang telah dikenal pasti lokasinya di sekitar Daerah Kluang.
 
 
2.Untuk makluman seperti biasa jika kalian mempunyai perniagaan dan mengajikan sekurang-kurangnya 1 pekerja maka adalah wajib untuk kalian mendaftar perusahaan kalian dengan pihak perkeso,ianya selaras dengan peruntukan seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan Peraturan-Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.
 
 
3.Operasi pada hari ini disertai oleh 12 Anggota penguatkuasa pejabat perkeso Kluang, di mana Operasi yang bermula jam 10.00 pagi telah berakhir jam 5.00 petang telah dengan jayanya memeriksa sebanyak 116 premis majikan dimana hasilnya 6 majikan masih didapati gagal mendaftar perusahaan mereka dengan perkeso,lantas ke enam-enam majikan tersebut telah dikompaun,nilai kompaun kesemuanya berjumlah RM5500,jika gagal menjelaskan kompaun dalam masa ditetapkan maka tindakan Mahkamah akan diambil seleras dengan peruntukan Seksyen 4 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (AKSP 1969) dan Peraturan-peraturan AM keselamatan Sosial Pekerja 1971 yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM10000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
 
 
3.Operasi mengesan majikan ingkar mendaftar perusahaan dengan perkeso akan dilipat gandakan dari semasa ke semasa, ini memandangkan masih wujud lagi majikan yang enggan mendaftar dengan pihak perkeso setelah mempunyai pekerja bahkan mereka telah sedia maklum tentang perkara tersebut namun bertindak mengabaikan kebajikan pekerja mereka sendiri dengan tidak mendaftar dan mencarum pekerja dengan pihak perkeso.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan