Jumaat, 24 April 2015

COMBI Impiana Casa bersihkan kawasan 'pembiakan' Nyamuk

 
1.Skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang yang baru saja ditubuhkan tidak mengambil masa yang lama untuk turun padang...atas semangat dan kerjasama yang erat antara ahli DEVIT COMBI Impiana Casa dan hasil kerjasama pemaju perumahan Matrix satu usaha untuk membersihkan kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes telah diambil.Kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk terlebih dahulu telah dikenal pasti oleh Ahli DEVIT COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang sebelum ia dimajukan pada pihak terlibat.
 
 
2.Kawasan lapang yang didapati terbiar  dan terletak berhampiran kawasan perumahan telah menjadi tempat buangan sampah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan cetak akal fikirannya,jika dibiarkan kawasan ini berpotensi mengundang malapetaka jika berlakunya pembiakan nyamuk Aedes dikawasan tersebut.
 
                               Syed Jamalil Syed Kassim Pengerusi COMBI Impiana Casa
 
3.Atas kesedaran inilah satu kata sepakat telah diambil untuk memohon bantuan pemaju perumahan matrix bagi membersihkan kawasan tersebut,dan Alhamdulilah permintaan Skuad COMBI Impiana Casa ini ditunaikan hasil kerjasama erat kedua-dua pihak. Operasi pembersihan telah dijalankan dengan pantas,kini kawasan lapang yang dahulunya penuh dengan sampah sarap kini telah bersih dan tidak lagi menjadi tempat pembiakan nyamuk.Sekalung tahniah kepada skuad COMBI Impiana Casa Taman Seri Impian Kluang..anda telah bertindak dengan cukup bagi untuk penduduk Impiana Casa!!!
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan