Selasa, 13 Oktober 2015

antara alasan popular majikan lewat lapor kemalangan pekerja kepada socso@perkeso

1.Salam geng hohoho apa khabar kalian semua harap semuanya sihat looo..ermmm hari ni aku tak berapa nak sihat hahaha penat sikit geng..hangpa tahu ka aku tadi dekat 1 jam lebih sesat cari kampong parit basri kat simpang renggam hari ni pehhh..tak pernah sesat selama ni hahaha..sesat dalam ladang nenas pulak tuuuu adeh deh deh..pehhhh macam mana leh sesat hari ni..penat woooo..sesekali sesat ambik ko 1 jam lebih makan dia kah kah kah hmm tinggal dulu bab sesat berpusing2 tu hahaha..mai aku nak habaq sekali lagi..benda ni asyik duk ulang tayang tapi ade lagi yang buat  silap dan tak paham2 hahaha..tak paham dan tak tahu dan malas nak bertanya akibatnya berbulan bulan barulah nak lapor kemalangan pekerja pada pihak perkeso/socso parah ni beb parah..berapa kali mau ingatkan daaaaa..lupa lupa dan lupa kah kah kah..mau ubat lupa kasi kompaun kan baru tau hehehe..
2.Geng aku sebenarnya selalu dok ingatkan bila sahaja berlaku kemalangan pada pekerja hangpa (pekerja rakyat kita ja no hahaha bangladesh tak leh claim kah kah kah) tak kiralah kemalangan di tempat kerja ke atau kemalangan semasa balik atau pi kerja ka..dengar baik2 bila pekerja dah dapatkan rawatan dan dah dapat 4 hari cuti sakit(mc) hangpa tok sah duk simpan mc/cuti sakit tu buat belacan ka buat jerut ka dok simpan sampai berbulan bulan nak wakpa aku pun tak tau hahaha nak buat koleksi ka geng hahaha, geng bila dapat je mc/cuti tu hangpa dah boleh hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso dengan segera jangan duk tangguh tangguh lagi.,lapor kemalangan dengan mengisi borang laporan kemalangan borang 21 tuhhhhhh jangan duk tunggu tunggu lagi..bab isi borang laporan kemalangan (borang 21) malas aku nak sentuh dah banyak kali aku duk ajaq cari sendiri baca tengok balik post dulu dulu tuh hehehe..ingat geng..ingatlah sebaik pekerja dapat 4 hari cuti sakit dah boleh hantar laporan kemalangan pada socso/perkeso ok! tak ingat lagi tak tahu nak kata apa dah aku ni hahaha
                                             sekadar gambar hiasan sahaja
3.Geng..antara alasan2 yang popular serta wajib dan yang biasa dikemukakan oleh taukeh2 dan majikan2 mengapa majikan lambat hantar dan lambat lapor kemalangan pada pihak perkeso/socso adalah disebabkan depa ni...taukeh2 ni nak tunggu pekerja depa ni sihat sepenuhnya barulah nak lapor kemalangan pada pihak socso/perkeso dengan kata lain tunggu tunggu dan tunggu sampai pekerja sihat dan kembali bekerja barulah mula terhegeh kelam kabut sana sini nak isi borang laporan kemalangan hahaha..itu satu sebab..banyak lagi sebab2 yang popular mengapa majikan seronok hantar laporan kemalangan lewat ada yang tunggu laporan perubatan terlebih dahulu baru lah nak isi dan nak hantar laporan kemalangan pada pihak perkeso/socso bersama sama laporan perubatan yang depa duk tunggu tunggu tu..hahaha geng tok sah dok tunggu laporan perubatan la..laporan perubatan lau nak dapat pun mau kena tunggu 2-3 minggu oooo pasai pa nak tunggu laporan perubatan kalau socso tak mintak..yang duk terlebih bijak tu pasai pa hahahahaha..kalau socso mintak baru la pohon laporan perubatan tu...kalau tak mintak tok sah duk buat lah hahaha tu semua penyebab lambatnya laporan kemalangan di kemukakan pada pihak perkeso..banyak lagi sebab lain nanti tak tertulis plak ehhh hangpa pun bosan nak baca ehhh hahaha.
                                            sekadar gambar hiasan sahaja
4.Ada juga sesetengah majikan/taukeh2 yang sengaja melepas tanggungjawab mereka kepada pihak pekerja itu sendiri, hangpa..ni dah la pekerja tu sakit di suruhnya buat laporan kemalangan sendiri kat socso/perkeso..pekerja dah terlantar sakit mcm mana depa nak isi borang dan nak pi opis socso..aiyaaaa tauke helo tauke tugas melapor dan mengisi borang laporan kemalangan dan menghantar laporan kemalangan adalah tanggungjawab lu orang maaaa itu bukan tanggungjawab pekerja maaaa..itu pekerja mana boleh isi borang dan tanda tangan borang kemalangan maaa aiya...ingat aaaa jangan suruh pekerja lapor kemalangan sendiri oooo ingat aaa lu yang kena lapor kemalangan dan isi serta hantar ke socso bukan pekerja woooo..sian pekerja geng errrm..macam macam..ingat aaa lu lapor lu hantar aaa jangan suruh pekerja yang sakit tu aaaaa..janji tak buat lagi aaa hehehe..jangan tunggu pekerja buat aduan hangpa tak lapor kemalangan aaaa..kalau pekerja mengadu teruk la hangpa nanti hahahaha kompaun kompem dalam tangan kah kah kah..
5.Tak dinafikan juga ada segelintir majikan yang masih tak tahu untuk mengisi borang laporan kemalangan, jadi dok main tunggu tunggu dan tunggu sampai kesudah tunggu tak hantar2 laporan kemalangan hehehe..mai nak habaq tok sah malu tok sah segan tok sah takut sila lah ke pejabat socso/perkeso berdekatan dan minta depa tunjuk ajaq macam mana nak isi borang laporan kemalangan itu dan apa dokumen2 yang perlu di sertakan..depa akan ajaq sat risau..depa ajaq dengan percuma tak dak bayaran dikenakan..kalau depa kata de bayaran habaq kat aku hahahahaha socso/perkeso tak dak dan tak dak kenakan apa2 bayaran pun segalanya khidmat adalah percuma..pi la jumpa pegawai kaunter dan pegawai bertugas di opis berhampiran kalian nanti depa ajaq hangpa..ingat tok sah malu tok sah segan tak tahu kena belajaq lama2 pandaila bukan susah mana pun.
6.Rasanya cukupla untuk hari ni hahaha banyak2 pun nanti bukan hangpa baca semua kah kah kah..bosan kan baca benda2 macam ni hahaha..geng sebenarnya perkaraini amat penting sekali..lapor kemalangan pada pihak socso..kalau tak lapor kita tak tahu..kalau tak lapor macam mana kita nak bayar tuntutan..kalau lambat lapor hanga tahu ka pekerja yang sakit nak makan juga..kalau lambat lapor sampai berbulan bulan pekerja hangpa nak makan apa nanti geng...anak bini kena bagi makan,rumah kena bayar,kereta kena bayar..sendiri mau ingatla macam mana azabnya pekerja kalau hangpa lewat lapor kemalangan kat socso/perkeso..geng ada pekerja yang terlibat dalam kemalangan terpaksa sorok kereta motor tau..pihak bank cari loooo..bank duk bising2 call rumah bila mau bayar looo..tolongla kesiankan lah kat pekerja hangpa depa pun ada anak bini dan tanggungang..hantar cepat lapor segera kemalangan maka bayaran pun InshaAllah akan cepat menyusul...tak lapor dan lewat lapor maka lewatlah siasatan dibuat hohoho..

8 ulasan:

  1. Salam. Bg nk tanya kalu eksiden masa nk pi kja kes dh 5 thn. La ni baru tahu slip disc. Boleh claim ka. Masa kna hr tu moto jatuh hempap blkg saya. Lain2 cuma luka luar. MC 3 hr. Kluar spital berubat kg. Je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam bro...hahaha dihembab motor memang sakit wooooo hahahaha..sabor aje lah bro..

      2.HM bro nak Tanya masa kemalangan tu bro nak pi mana?bro dah claim dengan perkeso ke belum?

      Padam
  2. Assalam saya nak tanye..
    Situasi berlaku ke atas suami saya.

    Suami sy kerja despacth
    Berlaku kemalangan berlanggar dengan kereta dan mengakibatkan pendarahan bahagian hidung. Alhamdulillah takde patah riuk. Kemalangan berlaku semasa bekerja.

    Pergi gov hospital xray dan doktor kata hudung tak patah. Ok dapat mc 1 hari.

    Tapi suami saya cuti lagi dalam 3 hari kalau tak silap ( tak ada mc sbb majikan kata cuti je.)

    Selepas beberapa bulan, luka dah ok tp bahagian hidung tu macam ade tulang hidup (timbul).ingat kan takda apa2..

    Tp sekarang dah setahun tulang timbul tu makin besar dan sakit. Doktor syak hidung patah. Soalannye. Boleh ke suami saya buat tuntutan perkeso?

    Mc ade 1 hari je.. kes ni tak pernah buat apa2 tuntutan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..boleh puan tapi agak rumit sedikit untuk melihat kembali rekod2 perubatan yang lama..khususnya di hospital yang terbabit..

      2.Walaubagaimanapun bayaran MC/cuti sakit untuk satu hari memang tiada puan...sekurang kurangnya MC 4 hari

      3.Walaubagaimanapun jika terbukti ada semua dokumen boleh buat tuntutan perkeso dan jika disahkan bencana kerja suami puan boleh claim bil2 perubatan dan juga jika ada CACAT KEKAL maka boleh lah suami puan membuat tuntutan hilang upaya kekal (HUK)

      hehehehe mesti puan tak beberapa nak paham ni...pe pun lau tak paham reply semula atau terus ke pejabat perkeso terdekat puan.

      wasalam

      Padam
  3. assalamualaikum..saya ada pertanyaan.suami sy jatuh dari bumbung tempat kerja dan luka di peha akibat terkena tong besar yg telah dipotong.pada mulanya suami sy fkir lukanya kcil je..dan dia terus balik ke rumah..selepas kurang 1jam darah msih kluar'.sy membawa suami ke klinik swasta.suami mendapat 6 jahitan dan diberikan 3 hari MC..doktor meminta suami dtg slpas 3 hari utk mencuci luka.tp kmi mengalami masalah kewangan utk pergi mencuci luka di klinik swasta dan saya telah membawa $uami pergi ke hospital untuk mencuci luka tp suami tidak m3ndapat MC. alasan yg diberikan pegawai perubatan tersebut kerana suami telah mendapatkan rawatan d klinik swasta..saya dan suami telah pergi semula ke klinik swasta tersebut utk m3mohon MC tp tidak dilayan kerana suami telah pergi ke hospital utk mencuci luka.selepas seminggu sy membawa suami ke klinik kerajaan utk membuka jahitan pd luka suami sy mendapat mc 2 hari..bolehkah suami sy membuat tuntutan kalau macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam..semoga suami puan cepat sembuh..boleh buat tuntutan puan

      Padam
  4. assalamualaikum . sy dah eksiden 3bulan lepas dan sekarang baru nk isi borang hantar dekat socso . org kata kalau dah 3bulan proses jadi susah ye ? sebab sy eksiden balik dari tempat kerja dan patah tulang peha kanan . kalau sy lapor masih lg diterima tak ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Bro Zul..semoga cepat sembuh bro
      1.Nasihat saya jangan dok dengar kata orang hahahaha depa tu bagi nasihat yang tak betul nak nasihat yang betul sila ke pejabat Perkeso terdekat..depa ni main hentam ja sapa kata tak BOLEH CALIM DAN SUSAH CLAIM HABAQ MAI hahaha kalau tak tahu jangan dok bagitahu orang lain benda yang salah hahaha kesian kat orang..

      2.Pendek citer nya boleh claim bro tak de hal tak jadi masalah dan tak rumit!!!!sepatutnya bila berlaku kemalangan yang kena isi boring tuntutan iaiatu borang 34 adalah pihak majikan!!!bro dah lah kemalangan patah peha plak tu jangan susah2 maklumkan pada pihak majikan itu tanggungjawab depa!!!depa tak buat maka sila buat aduan kat PERKESO kita tahu macam mana nak sekolah kan depa ni hahahaha

      3.JANGAN RISAU BRO claim boleh dibuat!!!kim salam kat mereka2 yang dok kata susah nak claim tu

      wasalam

      Padam