Jumaat, 6 November 2015

Kes langgar babi hutan semasa nak pi kerja@tuntutan kemalangan perkeso@kampung setia jaya Mchap

1.Tiga hari lalu aku ke sebuah kampung untuk menyiasat kes kemalangan jalan raya yang berkaitan dengan tuntutan perkeso.Kampung yang aku masuk kali ni adalah kampung Setia Jaya Mchap jauh jugak masuk ke kampung ni..vrommm2 dengan mengunakan kereta buruk aku hahaha..masuk nun jauh ke dalam..jauh ke dalam..pusing2 jumpa la kampung Kawasan Air Hitam hehe dalam Kampung Setia Jaya Mchap..kampung di dalam kampung bekali..sama dengan cerita di dalam cerita dan drama di dalam drama hahaha teringat plak kat cikgu sastera yang mengajar aku dulu kadang2 payah nak faham drama di dalam drama ni hahaha berbuih mulut cikgu dok mengajar aku bahahaha..thanks Cikgu Kamariah..
2.Berbalik kes yang aku siasat tiga hari lalu..kes ini kes kemalangan semasa dalam perjalanan nak ke tempat kerja..motorsikal yang ditunggang pekerja ini melanggar seekor babi hutan yang telah mati yang berada betul2 diatas jalan raya di laluan pekerja ini..tak di ketahui pulak pasai apa babi hutan ni dok pi mati atas jalan hahaha betul2 malapetaka babi hutan ni..kejadian berlaku jam 6.45 pagi..suasana masih gelap..pekerja ni tak nampak plak menatang babi hutan yang mati betul2 di atas jalan..apa lagi berdentum dia pi langgar babi hutan tu hehehe kata beliau babi hutan tu cukup besarr.babi hutan biasa besaq wooo..bapak babi wooo bukan anak babi hutan hahaha..jatuhla ia diatas jalan raya..bertemankan babi hutan yang sedia mati tu..hehe kes langgar babi hutan bukan kes terpencil banyak kes begini beb..langgar babi hutan nak claim perkeso kena juga buat laporan polis..hehehe habaq je kat polis trafik langgar babi hutan tak yah dok malu2 hahahaha jangan duk kata langgar lembu pulak hahaha babi tetap babi hahaha..jangan menyusahkan diri dok putaq citer...berterus terang lebih afdal hahaha..selebihnya biaq majikan hangpa yang uruskan..
3.Kecederaan pekerja ni teruk juga..melanggar babi hutan bukan kemahuannya hehe tak guna babi hutan tu..patah kedua dua tangan pekerja ni...kesian dia..lagi kesian dia bukan orang yang senang..jadi cuba sedaya upaya percepatkan kes ini..anak beliau pun ramai semua masih sekolah..Inshaallah dalam masa terdekat dapatlah bayaran untuk kes ni..beliau sememangnya dalam perjalanan ke tempat kerja..dan kes disiasat di bawah seksyen 24(1)(A)AKSP 1969..kes ini kes bencana kerja dan sememangnya pihak perkeso akan membuat bayaran kepada pekerja ini dalam kadar segera..Hmm badan masih penat beb..aku banyak citer nak kongsikan..nantila bila dah ada sikit kelapangan akan kongsikan banyak lagi kes2 yang menarik yang sikit sebanyak dapat membantu hangpa yang masih kurang faham perkara2 yang berhubung kait dengan tuntutan perkeso..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan